solat istikharah

Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam mensyari’atkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan kepada Allah Ta’ala dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan mereka dan supaya mereka memohon kebaikan di dalamnya, yaitu dengan mengajarkan kepada mereka shalat istikharah sebagai pengganti bagi apa yang biasa dilakukan pada masa jahiliyyah berupa ramal meramal, memohon kepada berhala dan menilik nasib.

 

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,

 

Jika salah seorang daripada kalian berkeinginan keras untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua raka’at diluar shalat wajib dan hendaklah dia mengucapkan,

اللّهُـمَّ إِنِّـي أَسْتَخيـرُكَ بِعِاْـمِك، وَأسْتَقْـدِرُكَ بِقُـدْرَتِـك، وَأَسْـألُـكَ مِنْ فَضْـلِكَ العَظـيم، فَإِنَّـكَ تَقْـدِرُ وَلا أَقْـدِر، وَتَـعْلَـمُ وَلا أَعْلَـم، وَأَنْـتَ عَلاّمُ الغُـيوب، اللّهُـمَّ إِنْ كُنْـتَ تَعْـلَمُ أَنَّ هـذا الأمْـرَ- وَيُسَـمِّي حاجَتَـه – خَـيْرٌ لي في دينـي وَمَعـاشي وَعاقِـبَةِ أَمْـري، فَاقْـدُرْهُ لي وَيَسِّـرْهُ لي ثـمَّ بارِكْ لي فيـه، وَإِنْ كُنْـتَ تَعْـلَمُ أَنَّ هـذا الأمْـرَ شَـرٌ  لي في دينـي وَمَعـاشي وَعاقِـبَةِ أَمْـري، فَاصْرِفْـهُ وَاصْرِفْني عَنْـهُ وَاقْـدُرْ لي الخَـيْرَ  حَيْـثُ كانَ ثُـمَّ أَرْضِـني بِـه .

Allahumma innee astakheeruka biAAilmik, wa-astaqdiruka biqudratik, wa-as-aluka min fadlikal-AAatheem, fa-innaka taqdiru wala aqdir, wataAAlamu wala aAAlam ,wa-anta AAallamul ghuyoob, allahumma in kunta taAAlamu anna hathal-amr (sebutkan apa yang dikehendaki) khayrun lee fee deenee wamaAAashee waAAaqibati amree faqdurhu lee, wayassirhu lee, thumma barik lee feeh, wa-in kunta taAAlamu anna hathal-amr sharrun lee fee deenee wamaAAashee waAAaqibati amree fasrifhu AAannee wasrifnee AAanh, waqdur liyal-khayra haythu kan, thumma ardinee bih.

 

Yang ertinya,

 

Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetapan dengan kekuasaanMu dan aku memohon kurniaMu yang sangat agung, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau Maha Mengetahui segala hal yang ghaib,

 

Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan itu) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku,

 

Maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berilah berkah kepadaku dalam menjalankannya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku daripadanya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku dimana pun kebaikkan itu berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut’”.

(HR. al Bukhari no. 1162)

 

Imam an Nawawi rahimahullah berkata, “Shalat istikharah itu disunnahkan dalam segala urusan, sebagaimana yang secara jelas disampaikan oleh nash hadits shahih ini” (al Adzkaar III/355)

 

Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, “Shalat istikharah ini mencakupi urusan – urusan besar mahupun kecil. Berapa banyak masalah kecil menjadi sumber masalah besar ?” (Fathul Baari XI/184)

 

Az Zamlaki mengatakan, “Jika seseorang mengerjakan shalat istikharah dua rakaat untuk suatu hal, maka hendaklah setelah itu dia melakukan apa yang tampak olehnya, baik hatinya merasa senang maupun tidak, kerana padanyalah kebaikan itu berada sekali pun jiwa tidak menyukainya” (Thabaqaat asy Syaafi’iyyah IX/206)

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berpendapat bahawa doa istikharah itu dipanjatkan sebelum salam (al Ikhtiyaaraatul Fiqhiyyah hal. 58). Namun ada juga ulama yang membolehkan membaca doa istikharah setelah salam berdasarkan lahiriyyah hadits shahih di atas. WallaHu a’lam.

 

Maraji’

Meneladani Shalat – shalat Sunnah Rasulullah, Syaikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Pustaka Imam asy Syafi’i, Bogor, Cetakan Kedua, Rabi’ul Awal 1425 H/April 2004 M

assunnah 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s