Niat nazar: di hati atau di lafaz

assalamualaikum…

1. adakah dengan niat untuk bernazar tanpa lafaz , nazar itu sah?

2. jika lafaz tidak jelas seperti “aku takkan sahaja” tetapi niat bernazar takkan buat dosa dikira sah nazarnyer..
jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hafiz85 sekadar yang termampu, Insya-Allah.

1. Niat sebenarnya terletak di hati. Lafaz itu cuma membantu hati untuk berniat sahaja. Niat tersebut sah tanpa lafaz. Sabda Nabi saw :-

إنما الأعمال بالنيات

“Sesunggubnya setiap amalan/perkerjaan itu (bermula) denghan Niat……” [Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berkata Ibn Utsaimin ketika mensyarahkan hadith ini :-

هذا الحديث اصل عظيم في أعمال القلوب , لان النيات من أعمال القلوب قال العلماء : وهذا الحديث نصف العبادات

“Hadith ini adalah asal kehebatan pekerjaan hati, kerana sesungguhnya Niat adalah amalan hati, berkata ulama’ : hadith ini adalah separuh daripada seluruh ibadat” [Ibn Utsaimin, Arba’un al-Nawawiyah].

Jelas menunjukkan tempat Niat adalah didalam hati. Sah niat tanpa lafaz.

2. Jika Niat tersebut jelas, tetapi lafaznya kurang tepat, maka yang diambil kira adalah Niatnya. Sebagaimana kenyataan diatas, tempat Niat adalah didalam hati. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

terima kasih

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s