Kad keahlian hotel

Apa hukumnya jika bekerja menjual keahlian (membership) bagi sebuah hotel kpd org ramai yg mana keahlian tersebut menawarkan diskaun utk makanan dan minuman di hotel tersebut kpd ahlinya, tetapi tidak semua makanan dan minuman di hotel tersebut halal?

jawapan:

al-Jawab:

Persoalan macam ni pernah diajukan kepada Prof Dr Yusof al-Qardhawi, ada yang tanya bolehkah kerja di perbankan konvensional, bolehkah bekerja disektur perhotelan.
Dr al-Qardhawi jawab, hukumnya boleh, asalkan seseorang tidak bekerja di unit-unit yang secara langsung terlibat dgn yang haram dan syubhah. Ini kerana perhotelan dan perbankan mempunyai banyak jabatan dan unit, maka seseorang hendaklah pilih mana-mana kerja yg tidak melibatkan yg haram.

Misalnya ada hotel yang menyediakan kemudahan nightclub dan pub atau karaoke, di mana terdapat GRO dan minuman keras. Maka tidak bolehlah seseorang muslim bekerja sebagai pengurus pub atau karaoke laounge atau menjadi bartender atau promoter menjual keahlian pub dan karaoke tsb.

Begitu juga jika hotel itu ada menyediakan restoren yang mana ia tidak berstatus Halal Jakim dan menyediakan hidangan khinzir dan arak, maka anda tidak boleh menjadi pengurus restoren tersebut atau bekerja untuk mempromosikan restoren tersebut.

Jika anda mempromosikan sesuatu yg tidak halal, maka sudah tentu orang melayu akan tertipu dan mengunjungi restoren tersebut. sekian WA

al-ahkam 

Advertisements

One thought on “Kad keahlian hotel

  1. Assalamualaikum..

    ustaz.. saya dahulunya suatu masa pernah bekerja di sebuah pasaraya, dan ditugaskan bekerja di bahagian minuman keras. saya ada beberapa soalan:
    1) apakah hukum saya bekerja di bahagian tersebut?
    2) apakah hukum saya memegang tin dan botol2 arak?
    3) apakah yg perlu saya lakukan setelah air arak tersebur terkena tangan saya.

    terima kasih ustaz..

    Assaamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Pekerjaan saudara menunjukkan saudara terlibat dalam pengurusan arak. Ia tidak dibenarkan di dalam Islam.

    Saudara boleh membaca link di bawah untu detil.
    https://soaljawab.wordpress.com/2010/01/27/bersekongkol-dalam-pengeluaran-arak/
    https://soaljawab.wordpress.com/2010/01/27/apakah-arak-najis/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s