Jawapan Kepada Syubhat Menghalalkan bersalam dengan bukan mahram

HUKUM BERJABAT TANGAN

DENGAN

PEREMPUAN

Oleh

zain y.s

Diringkaskan dari buku bertajuk: Berjabat tangan Dengan Perempuan, karya Muhamad bin Ahmad bin Ismail

1. Definasi:

1.1. Meletakkan telapak tangannya pada telapak tangan sahabatnya yang membuatkan telapak tangan berkenaan saling berhadapan. (Taajul ‘Arus Syarhul Qamus)

1.2. Perbuatan menempelkan telapak tangan dengan telapak tangan yang lain dengan wajah saling berhadapan. (Lisanul Arab, al-Asas & At-Tahzib)

2. Berjabat Tangan Dengan Perempuan Mahram

2.1. Siapakah dia perempuan mahram?

2.1.1. Sebab Nasab, ada 7:

1) Ibu dan nenek ke atas..

2) Anak perempuan dan cucu ke bawah…

3) Saudara perempuan seibu seayah/seayah/seibu.

4) Ibu saudara dari ayah ke atas..

5) Ibu Saudara dari ibu ke atas..

6) Anak saudara perempuan dari saudara lelaki

7) Anak saudara perempuan dari saudara perempuan.

2.1.2. Sebab Susuan, ada 7, iaitu seperti susunan di atas (mahram sebab nasab.

2.1.3. Sebab Pernikahan, ada empat:

1) Ibu tiri (Isteri ayah).

2) Anak menantu (Isteri anak lelaki).

3) Ibu mertua (Ibu isteri).

4) Anak tiri (anak perempuan isteri).

2.2. Hukum Berjabat Tangan Dengan Mahram

Dibolehkan berjabat tangan dengan perempuan mahram.

3. Dalil Pengharaman Berjabat Tangan Dengan Bukan Mahram

3.1. Dari Urwah bin az-Zubair, katanya, “Aisyah r.a. pernah mengkhabarkan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menguji beberapa orang perempuan yang beriman yang datang kepadanya, dengan firman Allah Taala:

“Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurkaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka..” (Al-Mumtahanah: 12)

Maka di antara mereka yang sepakat dengan syarat ini. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu.” “Demi Allah”, kata Aisyah, “tangan baginda s.a.w. tidak menyentuh tangan seorang perempuan pun ketika berbaiah. Baginda hanya berbaiah dengan perkataannya: “Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal itu.” (HR al-Bukhari)

Aisyah r.a. meriwayatkan: Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w. menyentuh tangan seorang perempuan kecuali yang Baginda miliki (isterinya). (HR al-Bukhari)

3.2. Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., katanya, “Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan ketika berbaiah.” (HR Ahmad).

3.3. Dari Muhamad bin al-Munkadir dari Umaimah binti Duqaiqah, katanya: “Saya pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. bersama beberapa orang perempuan untuk berbaiah atas Islam. Maka mereka berkata, “Wahai Rasulullah s.a.w., kami berjanji setia bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah. Kami tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berbuat dusta yang kami ada-adakan antara tangan dan kaki kami, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Maka bagaimana kalian mampu?” Mereka menjawab: “Hanya Allah dan RasulNya yang paing mengasihi kami daripada diri kami sendiri. Marilah kami berjanji setia kepadamu, wahai Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seratus perempuan seperti ucapanku kepada seorang perempuan.” (HR Malik & Nasa’i)

3.4. Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

3.5. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah memegang; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

3.6. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)

3.7. Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).” (HR At-Tirmizi)

4. Berjabat Tangan Dengan Perempuan Bukan Mahram

Menurut 4 mazhab

4.1. Mazhab Hanafi

– Haram menyentuh wajah dan dua telapak tangan perempuan bukan mahram, sekalipun aman dari syahwat.

– Berjabat tangan dengan perempuan tua yang sudah tidak bersyahwat lagi; At-Thahawi berkata tidak mengapa. Manakala Syamsudin Ahmad bin Qaudar berkata tidak halal sekalipun aman dari syahwat.

4.2. Mazhab Maliki

– Haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram. Ini dinyatakan oleh al-Imam al-Baaji, al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi dan As-Shawi.

– Hukum berjabat tangan dengan perempuan tua, menurut Syeikh Abul Barakat Ahmad bin Muhamad bin Ahmad ad-Durdair ia tidak dibenarkan.

4.3. Mazhab Syafi’i

– An-Nawawi di dalam beberapa karyanya, as-Syaribini dan lain-lain ulama as-Syafi’I menyatakan haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.

– Dibenarkan menyentuh perempuan bukan mahram ketika dalam keadaan darurat, seperti ketika berubat, pembedahan, mencabut gigi dan sebagainya, seandainya ketika itu tidak ada perempuan yang boleh melakukannya.

4.4. Mazhab Hanbali

– Imam Ahmad ketika ditanya tentang masalah berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram, beliau menjawab: “Aku membencinya.”

– Berjabat tangan dengan perempuan tua; Imam Ishaq bin Mansur al-Marwazi menukil dari imam Ahmad, ia tidak dibenarkan. Sementara Ibnu Muflih menyatakan; pemilik an-Nazham mengatakan makruh dan dengan anak kecil dibolehkan dengan tujuan menyemai budi pekerti.

5. Sanggahan Terhadap Keraguan Haramnya Berjabat Tangan Dengan Perempuan Bukan Mahram

5.1. Keraguan 1: Ketika pembai’ahan terjadi, para perempuan berjabat tangan dengan Rasulullah s.a.w. dari atas baju Baginda s.a.w. Ia didasarkan kepada riwayat Imam Ahmad dari Asma’ binti Yazid.

Sanggahan:

1. Hadis di atas tidak boleh dijadikan hujah kerana di dalamnya terdapat Syahr bin Hausyab. Dia seorang yang banyak benarnya dan banyak irsalnya.

2. Hadis-hadis yang semakna dengannya juga tidak dapat dijadikan hujah kerana semuanya mursal.

3. Hadis-hadis berkenaan bertentangan dengan kehendak hadis yang lebih sahih.

5.2. Keraguan 2:

Hadis 1. Hadis Ummi Athiyah: Rasulullah s.a.w. telah membai’ah kami, kemudian membacakan kepada kami untuk tidak mempersekutukan Allah dan melarang kami dari meratapi mayat. Seorang perempuan menggenggam tangannya sendiri sambil berkata: “Si fulanah telah membahagiakanku, maka aku ingin membalasnya.” (HR al-Bukhari)

Hadis ini memberi petunjuk, bai’ah dengan Rasulullah s.a.w. dilakukan menggunakan tangan-tangan mereka.

Hadis 2. Hadis riwayat dari Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Bazzar, At-Thabari dan Ibnu Murdawaih dari jalan Ismail bin Abdur Rahman dari neneknya Ummi Athiyah dalam hadis pembai’ahan: “Lalu Nabi s.a.w. menghulurkan tangannya dari luar rumah, sedangkan kami mengeluarkan tangan kami dari dalam rumah. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Ya Allah, saksikanlah.”

Sanggahan Hadis 1:

Hadis berkenaan menunjukkan yang sebaliknya, iaitu Nabi s.a.w. tidak berjabat tangan dengan perempuan-perempuan yang berbaiah dengannya.

Sanggahan Hadis 2:

Menghulurkan tangan dari belakang tabir bukanlah menunjukkan Baginda s.a.w. berjabat tangan tetapi adalah isyarat telah berlakunya bai’ah sekalipun tidak berjabat tangan.

5.3. Keraguan 3: Telah diriwayatkan bahawa saidina Umar r.a. pernah berjabat tangan dengan perempuan dalam bai’ah mewakili Rasulullah s.a.w.

Sanggahan:

Al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi: Riwayat di atas dha’if.

5.4. Keraguan 4: Hadis: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” Ini bermakna Rasulullah s.a.w. tidak melarangnya secara mutlak. Sabdaan di atas khusus untuk bai’ah sahaja.

Sanggahan:

Pendapat di atas tidak menepati kaedah: Pengajaran tidak diambil dari kekhususan sebab tetapi keumuman lafaznya.

5.5. Keraguan 5: Berjabat tangan dengan bukan mahram dalam situasi zaman sekarang telah menjadi perkara darurat kerana telah tradisi ini telah tersebar luas.

Sanggahan:

Tersebar dan meluasnya tradisi berjabat tangan dengan perempuan tidak termasuk hal darurat.

5.6. Keraguan 6: Kita hanya diperintah meneladani terhadap apa yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w., bukan terhadap apa yang Baginda s.a.w. tinggalkan (tidak kerjakan).

Sanggahan:

Menurut al-Qastalani as-Syafi’I, sunnah ialah apa yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. dan apa yang ditinggalkan (tidak dikerjakan) oleh Baginda s.a.w.

5.7. Keraguan 7: Firman Allah Taala: “Dan jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci).” (An-Nisaa’: 43)

Firman: “atau kamu telah menyentuh perempuan..” di atas menunjukkan bolehnya berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram sekalipun ia dapat membatalkan wuduk.

Sanggahan:

Ayat di atas menunjukkan perkara-perkara yang mewajibkan bersuci dengan menyentuh isteri ataupun perempuan bukan mahram. Ia tidak ada kaitan samasekali dengan permasalahan berjabat tangan

Ayat di atas menunjukkan perkara-perkara yang mewajibkan bersuci dengan menyentuh isteri ataupun perempuan bukan mahram. Ia tidak ada kaitan samasekali dengan permasalahan berjabat tangan.

6. Adab Berjabat Tangan

6.1. Sunnah berjabat tangan

6.1.1. Imam An-Nawawi menjelaskan para ulama bersepakat atas sunnahnya berjabat tangan ketika bertemu.

6.1.2. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: “Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, apabila salah seorang dari kami bertemu dengan temannya, apakah dia perlu menundukkan kepala?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak.” Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia perlu merangkul dan menciumnya?” Baginda menjawab: “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia perlu berjabat tangan?” Baginda menjawab: “Ya, jika dia mahu.” (HR At-Tirmizi)

6.1.3. Diriwayatkan dari Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Janganlah seorang lelaki menundukkan kepada kepada lelaki lain, dan jangan juga merangkulnya.” Kemudian para sahabat bertanya: “Apakah lelaki itu boleh berjabat tangan dengannya?” Baginda s.a.w. menjawab: “Ya.” Dari Anas r.a. katanya, “Dulu para sahabat nabi s.a.w. semasa bertemu sesama mereka akan saling berangkulan.” (HR at-Thabari dalam al-Ausath dengan sanad baik dan perawi yang sahih).

6.1.4. Huzaifah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah bertemu denganku, kemudian baginda s.a.w. bersabda: “Hulurkan tanganmu.” Namun aku tetap menggenggam tanganku (tidak mahu menghulurkannya), hingga untuk kali kedua dan ketiga diminta oleh baginda.” Maka Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku: “Apakah yang menghalangimu?” Aku menjawab: Sesungguhnya aku sedang berjunub.” Kemudian baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya apabila seorang mukmin bertemu sesama mereka, kemudian memberi salam dan mengambil tangannya berjabat tangan, maka kesalahan-kesalahan keduanya berguguran seperti gugurnya daun-daun pokok.” (HR at-Thabari dalam al-Ausath).

6.2. Disunahkan tersenyum dengan wajah berseri ketika bertemu

62.1. Dari Abu Daud, dia berkata: “Aku pernah bertemu al-Barra’ r.a. Kemudian dia mengucapkan salam kepadaku dan berjabat tangan dan tersenyum kepadaku, kemudian katanya: “Tahukah kamu mengapa aku melakukan perkara ini kepadamu?” Aku menjawab: “Aku tidak tahu, tetapi aku melihat engkau melakukannya untuk suatu kebaikan.” Maka al-Baraa’ bin Azib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah bertemu denganku. Baginda s.a.w. melakukan seperti yang aku lakukan terhadapmu. Kemudian Rasulullah s.a.w. dan akupun menjawab “seperti yang telah engkau sabdakan kepadaku”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Dua orang muslim yang bertemu, lalu salah seorang dari keduanya memberi salam kepada yang lain dan berjabat tangannya, ia lakukan itu semata-mata kerana Allah, maka kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya. (HR Imam Ahmad dihasankan oleh al-Albani. Abu Daud dan At-Tirmizi meriwayatkannya secara marfu’).

6.2.2. Diriwayatkan oleh Jabir bin Salim al-Hujaimi r.a., katanya: “Saya pernah berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w., kami adalah orang desa. Maka ajarkanlah kepada kami sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepada kami.” Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Bertqawalah kepada Allah dan janganlah engkau sekali-kali memperkecilkan kebaikan sekalipun perlu mengosongkan timbamu ke tempat orang yang meminta minuman, dan hendaklah engkau temui sudaramu (sesama muslim) dengan wajah gembira.” (HR At-Thayalisi dengan susunan berbeza dari Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I, al-Baghawi, Ibnu Hibban dan lainnya).

6.3. Makruh berjabat tangan dengan pengidap penyakit menular

6.3.1. Maksudnya ialah semua penyakit yang dapat berjangkit melalui sentuhan.

6.3.2. Diriwayatkan oleh As-Syuraida, katanya: “Di antara utusan Bani Tsaqif terdapat seorang lelaki yang mengidap penyakit kusta. Maka Nabi s.a.w. mengutus kepadanya (dengan ucapan): “Sesungguhnya kami telah membai’ah kamu, maka pulanglah.”

6.3.3. Dari Abu Hurairah r.a. dikatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Larilah kamu dari penderita kusta seperti kamu lari dari singa.” (HR al-Bukhari)

6.3.4. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Janganlah orang yang berpenyakit mendatangi orang yang sihat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

6.4. Masalah berjabat tangan selepas solat

6.4.1. Pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: Bid’ah. Alasannya, Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya dan tidak seorang ulama pun yang menganjurkannya.

6.4.2. Ibnu Abdis salam dari kalangan as-Syafi’iyah mengatakan ia adalah bid’ah yang dibenarkan.

6.4.3. Al-Imam an-Nawawi: Hukumnya Sunnah. Menurutnya, hukum asal berjabat tangan adalah sunnah, dan melakukannya dalam beberapa keadaan tertentu tidak mengeluarkannya dari hukum asal berkenaan.

6.5. Disyariatkan berjabat tangan ketika berpisah

6.5.1.  Dari Qaz’ah, katanya: “Ibnu Umar pernah mengutusku untuk satu keperluan. Kemudian dia berkata: “Marilah, aku hendak mengucapkan selamat tinggal kepadamu, sebagaimana yang pernah lakukan kepadaku semasa Baginda s.a.w. mengutusku untuk satu keperluan. Baginda s.a.w. bersabda: “Aku titipkan kepada Allah agamamu, amanahmu dan penghabisan amalmu.” Dalam satu riwayat lain dikatakan: “Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil tanganku lalu berjabat denganku.” (HR Abu Daud, al-Hakim dan Ahmad).

6.5.2. Dari Nafi’, katanya: “Dulu, jika Rasulullah s.a.w. mengucapkan selamat tinggal kepada seseorang maka Baginda s.a.w. mengambil tangannya dan tidak melepaskannya hingga orang itu yang melepaskan tangannya terlebih dahulu. (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

7. Hukum memberi salam kepada perempuan

7.1. Memberi salam kepada perempuan yang mahram adalah dibenarkan, malah dianjurkan salah seorang memulainya.

7.1. Memberi salam kepada sekumpulan perempuan ajnabi. Begitu juga, sekumpulan lelaki boleh memberi salam kepada seorang perempuan.

Hal ini dibenarkan berdasarkan hadis:

Dari Asma’ binti Yazid, katanya: “Nabi s.a.w. pernah melalui di hadapan kami, kemudian Baginda s.a.w. memberi salam kepada kami.” (HR Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan selainnya. Menurut at-Tirmizi hadis ini Hasan)

7.2. Memberi salam kepada perempuan ajnabi, tidak dibenarkan melainkan jika tidak mendatangkan fitnah.

7.3. Memberi salam kepada perempuan tua, dibenarkan kerana terhindar dari fitnah.

Sekian

zain y.s

Pekan Nenas,

Johor

18 April 2005

al-ahkam.net

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s