Imam makmum berbeza mazhab

Salam

Contoh, saya bermazhab syafie yang mana membaca qunut semasa solah Subuh. Jika menjadi imam ketika berada di luar negara( Cth Pakistan) perlukah saya meninggalkan Qunut (krn rata2 disini tiada Qunut semasa solah subuh) atau berpegang dgn Mazhab saya jika saya menjadi imam. (Faham tak soalan ni?) 😀

jawapan:

1 ~ Adakah  “ QUNUT SUBUH “ itu wajib dibaca ( menurut Mazhab Imam asy-Syafi’e ) sehinggakan saudara kelihatan “ agak berat hati “ untuk meninggalkannya sedangkan para makmum semuanya bermazhab Hanafi ( mazhab majoriti umat Islam di Pakistan ) ? .

Kalau ia adalah  WAJIB  , maka sudah tentu saudara tak dapat tidak kena lakukannya juga .

Kalau ianya  TIDAK WAJIB  , maka apakah salahnya saudara meninggalkannya demi menghormati pegangan para makmum !? .

2 ~ Tidakkah saudara sendiri pernah terdengar kisah pengembaraan Imam asy-Syafi’e rh ke negara Iraq . Ketika beliau rh berkunjung ke sana ( yang majoriti umat Islam di sana bermazhab Imam Abu Hanifah rh ~ Hanafi ) beliau rh sendiri meninggalkan “ QUNUT SUBUH “ . Dan apabila ditanya orang :  “ Wahai Imam ! , mengapakah tuan meninggalkannya walhal tuan sendiri menyatakan bahawa hukum Qunut Subuh itu adalah Sunnat Muaakkad ? “ .

Lalu dijawab oleh al-Imam asy-Syafi’e rh :  “ Aku meninggalkannya kerana menghormati al-Imam Abu Hanifah rh yang telah meninggalkan pesaka ilmunya kepada kamu semua “ .

Kalau Imam asy-Syafi’e rh sendiri boleh meninggalkannya , mengapa pula saudara yang mengaku bermazhabnya tidak mahu pula menurut akhlaq dan sikap yang ditunjukkan oleh al-Imam yang sangat mulia itu ? .

Hati – hati , jangan sampai hanya pandai mendakwa menjadi “ penganut mazhab Imam Syafi’e rh “ , tetapi tanpa disedari kita pula yang menentang ajarannya ! . :2tidak

3 ~  Perbezaan mazhab di dalam Islam BUKANLAH SEBAB untuk kita berpecah – belah  . Hal ini sudah kerap sangat kami sentuh di dalam tulisan – tulisan kami sebelum ini ( Harap dapat dirujuk menerusi Enjin Pencarian :  SEARCH  ) .

Yang paling penting , semua mazhab ( aliran , sekolah , bidang , pengangan , sikap dan pendapat ) yang nyatakan oleh seseorang ulama’ yang muktabar ( terkemuka ) itu mempunya sandarannya yang kukuh daripada al-Quranul Karim , as-Sunnah as-Sahihah dan juga daripada sumber – sumber perundangan Islam .

Selagi ianya bertepatan dengan ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w , maka semuanya itu boleh dipegang dan boleh diikuti oleh kita semua . 

Jangan dijadikan isu PERBEZAAN MAZHAB itu SATU SEBAB yang boleh memecah-belahkan sesama umat Islam yang menyembah Tuhan yang sama dan menghadap kiblat yang sama !!! . :non

Jangan pula menjadi sebagai mana umat Islam yang hidup di zaman “ KEGELAPAN “ , “ TAKSUB MAZHAB “ , “ JUMUD “ sebelum ini , sampaikan ada di kalangan “ tuan – tuan guru “ mereka berfatwa :  “ Haram bagi mana-mana penganut mazhab Hanafi berkahwin dengan para penganut mazhab Syafi’e !!! “ .  Walhal “ FATWA SONGSANG “ ini tidak ada sandarannya langsung daripada ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w ! .

Jangan pula kita mengikut “ JEJAK LANGKAH SYAITAN “ , walhal yang diperintahkan kita ialah mengikut “ JEJAK RASUL A.S “ ! .
Jangan pula kita mengikut “ JEJAK – LANGKAH YAHUDI DAN KRISTIAN “ . Mereka sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri lantaran “ Perbezaan Mazhab / Sekte “ di dalam agama mereka . Lihatlah sahaja contoh – contoh yang telah dirakamkan di dalam sejarah dunia . Kaum Kristian Katholik di Perancis pernah membunuh / meracun makanan – minuman delegasi Kristian Protestant yang dating dari Negara England ! .

England dan Ireland sampai ke hari ini “ berperang dan saling berbunuh – bunuhan sesama sendiri “ hanya disebabkan perbezaan mazhab di kalangan mereka . England dengan Kristian bermazhab Protestant , manakala Ireland pula dengan mazhab Kristian Katholik mereka ! . 

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s