Coklat takde tanda halal, dan start majlis dgn fatihah

Salam akhi thtl,

Ana ninggu lepas pi Langkawi, jadi teringin sangat nak cari coklat2 kat sana, cuma ana ragu2 nak membelinya sebab takde tanda halal..cuma menurut sahabt ana yang dok luar negara, mmg coklat2 kat sana tak de tanda halal, mereka just diberi guide bahan2 jer..so ana husnu zon, kedai melayu Ismail Grup kat langkawi memang menjual coklat halal..dengan angapan mereka cek bahan dulu sebelum mengimportnya…Mcm ne akhi?

Akhi, memang menjadi kewajipan ke baca al-fatihah untuk membuka sesuatu majlis atau mesyuarat? Atau ada hadis yang sahih mengajar kita bacaan sebelum memulakan sesuatu majlis?

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

1. Hukum Coklat impot di Langkawi.

Bagi yang bermadzhab Syafi’iy, syarat kehalalannya adalah ketat, maka sebab itu Malaysia menubuhkan persijilan Halal dan merintis jalan untuk menstandardkan persijilan Halal yang valid utk seluruh dunia sebagaimana sijil ISO 9001 yang dikeluarkan oleh Badan ISO yang berpusat di Geneva (yg valid utk seluruh dunia).

Dalam madzhab Syafi’iy, utk menghalalkan sesuatu produk, maka ia kena pastikan ingredients (bahan2 mentah/asas) yang menjadi komponen produk itu mestilah halal. Maka itulah sebabnya logo Halal yg sah itu penting dalam madzhab ini.

Manakala madzhab Jumhur, melonggarkan jika produk makanan itu berasal dari negara ahlil Kitab (yahudi & Nasrani), ini kerana berdasarkan dalil AQ, makanan dan wanita ahlil kitab adalah halal untuk orang Islam secara hukum umum. (Lihat al-Maidah, ayat 05)

Maka jika anda berpegang dgn madzhab Syafi’iy, maka anda hendaklah membeli coklat yang ada logo Halal yg sah sahaja, manakala coklat yg tiada logo halal yg sah adalah syubhah. Maka belilah coklat yang dikilang di Malaysia sahaja yang ada label Halal-Jakim.

Jika anda berpegang dgn madzhab Jumhur, maka anda boleh beli dan makan coklat2 yg berasal dari negara Kristian spt Swiss, Denmark, UK, USA, Belanda dsbnya kerana ini adalah negara Kristian. WA

2. Membuka majlis dengan al-Fatihah. Menurut Lajnah Daimah Kerajaan Arab Saudi, ia perbuatan bid’ah kerana tidak ada kaum salaf assoleh yg melakukan demikian. Walaupun al-Fatihah bermaksud Pembukaan, bukan bermaksud ia adalah surah utk membuka semua majlis. Ia disyari’atkan utk membuka solat sahaja dan ia juga bermaksud surah yang membuka alQur:an. Manakala orang-orang yg tidak dikurniakan kecerdikan memahami ia sebagai Pembuka selera kepada semua aktiviti harian mereka. Ini suatu tindakan yang tidak ada asal usulnya dalam agama kita. Maka ” apa jua amalan yang tidak berasal dari kaum salaf, maka tak usahlah kita mendahului mereka. Jika amalan tersebut baik dan dianjurkan, sudah tentu kaum salaf sudah mendahului kita melakukannya. ” sekian

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s