Pakai Jam Tangan Kanan

MEMAKAI JAM TANGAN DENGAN TANGAN KANAN

Oleh
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Pertanyaan
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : Kami melihat sebahagian orang memakai jam tangan di tangan kanan, dan mereka berkata bahawa yang demikian itu sunnah, ada dalilnya ?

Jawapan:
Kami berpegang teguh dalam masalah ini dengan kaedah umum yang terdapat di dalam hadits Aisyah di dalam Ash-Shahih, beliau berkata.

“Ertinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyukai menggunakan (mendahulukan) kanan dalam segala sesuatu, yaitu ketika bersikat, bersuci, dan dalam setiap urusan”

Dan kami tambahkan dalam hal ini, hadits lain yang diriwayatkan dalam Ash-Shahih, bahawa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya : Sesungguhnya Yahudi tidak mencelup (menyemir) rambut-rambut mereka, kerana itu berbezalah dengan mereka, dengan cara mencelup rambut kalian”.

Juga hadits yang lain yang di dalamnya terdapat perintah untuk berbeza dengan musyrikin.

Maka dari hadits-hadits tersebut dapat kami simpulkan bahawa disunnahkan bagi seorang muslim untuk bersemangat dalam membezakan diri dengan orang-orang kafir.

Dan sepatutnyalah untuk kita ingat bahawa membezakan diri dari orang kafir, mengandungi erti bahawa kita dilarang mengikuti adat kebiasaan mereka. Maka tidak boleh bagi seorang muslim untuk menyerupai orang kafir, dan sudah selayaknya bagi kita untuk selalu tampil berbeza dengan orang-orang kafir.

Di antara adat kebiasaan orang kafir adalah memakai jam tangan di tangan kiri, sedangkan kita mempunyai pintu yang teramat luas di dalam syari’at untuk menyelisihi adat ini. Walhasil, mengenakan jam tangan di tangan kanan merupakan pelaksanaan kaedah umum, yaitu (mendahulukan) yang kanan (1), dan juga kaedah umum yang lain yaitu membezakan diri dengan orang-orang kafir.

(Disalin dari buku Majmu’ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Albani, Penulis Muhammad Nashiruddin Al-Albani Hafidzzhullah, Penerjemah Adni Kurniawan, Penerbit Pustaka At-Tauhid)
_________
Foote Note
[1]. Yaitu di dalam hal-hal yang baik dan mulia, sebagai pemuliaan anggota tubuh bagian kanan.

almanhaj 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s