Fatwa ulama tentang cetak rompak

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat. Wahai orang Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Permasalahan jual beli semakin lama menjadi semakin complicated sejajar dengan masa. Pengenalan ‘copyright law’ ini umpamanya, menjadi masalah yang cukup besar terutama kita di Malaysia. Harga mahal barang2 original yang mempunyai copyright ini membuatkan orang ramai mencari alternatif lain yang lebih murah untuk mengelakkan pembaziran. Tetapi adakah perbuatan kita itu dibenarkan syara’. Insya Allah kita akan membincangkan persoalan ini dengan membawakan fatwa-fatwa daripada ulama-ulama pada masa kini.

Ulama berbeza pendapat berkaitan perkara ini. Tetapi apa yang menjadi percanggahan adalah copyright benda2 yang berbentuk ilmiah bukannya CD, VCD dan seumpamanya. Ada yang mengatakan wujud manakala ada yang mengatakan sebaliknya. Keduanya mengeluarkan hujah-hujah mereka, namun hujah yang mengatakan ada, ternyata lagi kuat. Ini berlandaskan kepada Ayat Al-Quran berikut:

“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu.” (Al-Ma’idah: 1)

“Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan;” (QS. 26:183)

Manakala di dalam hadis pula:

“Muslim terikat pada undang2 mereka.”Au Qama Qol

“Barangan sorang muslim tidak dibolehkan(untuk diambil orang lain) tanpa izinnya.” Au Qama Qol

“Barangsiapa yang menyuruh orang lain untuk mendapatkan perkara yang halal, akan lebih layak untuk memilikinya.” Au Qama Qol

“Muslim mesti mematuhi perjanjiannya kecuali perjanjian yang mengharamkan benda yang halal atau menghalalkan apa yang haram.” (Riwayat Imam turmudzi)

“Barangsiapa membeli barang curian, sedang dia mengetahui bahwa barang tersebut adalah curian, maka dia bersekutu dalam dosa yang cacat.” (Riwayat Baihaqi)

Maka di sini jelas mengatakan ‘Copyright law’ adalah sah disisi Islam kerana hak intelek adalah merupakan hak milik yg sah dan ia dilindungi oleh syara’. Ia meliputi hak intelek/hakcipta muslim dan juga non-muslim.

Namun begitu, Ulama’-ulama’ kontemporori tidak mengharamkan terus secara total. Oleh kerana hukum ini tidak terdapat di dalam hadis mahupun al-Quran secara mutlak, maka hukum yang dikeluarkan oleh ulama’2 adalah hukum bersyarat yang bergantung kepada beberapa keadaan. Iaitu:

· Jika pemiliknya menetapkan ia boleh untuk kegunaan personal tapi tidak boleh untuk kegunaan komersil

· Uruf atau budaya setempat tidak mencela amalan menggunakan hak copyright untuk kegunaan peribadi.

· Harus untuk kegunaan pelajaran atau institusi pelajaran jika produk asal itu mahal atau sukar didapati. Ini dijelaskan di dalam al-Quran:

“kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya.” (Al-An`am: 119)

“Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.” (Al-Baqarah: 173)

· Boleh mencetak rompak hakcipta dari negara yg berstatus harbi (negara yg memerangi Islam).

Hukum asal membeli barangan cetak rompak adalah haram kerana hakcipta adalah hakmilik yg sah yg diperakui oleh semua bangsa yg bertamaddun dan dilindungi oleh akta paten dan hakcipta terpelihara. majma’ fiqh Islami

Kesimpulan
Membeli barangan cetak rompak: haram kerana membangunkan industri rompakan. Syarat mengenai barangan harbi itu tidak releven kerana bukan hanya barangan yang berasal dari negara harbi itu sahaja yang dijual tetapi juga negara lain yang tidak bermusuhan dengan Islam.
Meng-copy barangan: Hukum asal haram tetapi bergantung kepada syarat yang telah diberikan.

Disusun oleh,
[email]g@y@t[/email]

Rujukan
Fatwa Sheikh Abdul Aziz Ben Baz
Fatwa Sheikh Uthaymin
Fatwa Dr Mahmood ‘Akam.
Fatwa Dr. Muzammil H. Siddiqi (Bekas Presiden Pertubuhan Islam Amerika Utara.)
Fatwa Dr. Yusuf Qardawi

http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=20625

http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=35108

http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=79181

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/4027.html#4.2.10

http://www.islam.tc/ask-imam/view.php?q=2744

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s