Apakah itu khusyuk di dalam solat

Salam

Bagaimanakah yg dimaksudkan khusyuk dlm solat? Banyak sekali hadis yg menggambarkan bahawa Nabi S.A.W. sendiri mendengar bisik2 org yg lewat (masbuk), ketika Nabi S.A.W. menangkap syaitan dn ada suruhan menghalang seseorang melangkah/melintasi sutrah walaupun ketika itu sedang solat. Ada juga kisah para Sahabat yg solat terlalu khusyuk sehingga dipanah pun tidak terasa. Harap tuan2 yg budiman dpt memberi pencerahan tahap solat yg bagaimana dikatakan sebagai khusyuk. Sekian.

Wassalam

jawapan:

wa’alaikumussalaam…

berdasarkan hadith2 dan juga amalan sahabat yang dinukilkan dengan sahih, khusyuk adalah bermaksud menumpukan perhatian dalam solat serta menyedari apa yg sedang dilakukan.

adapun kisah2 yg menyatakan bahawa sahabat khusyuk sampai tidak sedar dia dipanah dan tidak merasa sakit, kisah2 itu banyak disebut tapi tidak diketahui kebenarannya.

apa yg pasti, adalah seperti yg bertanya sebutkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat jelas sekali mendengar apa yg berbunyi di sekeliling mereka dan itu langsung tidak menjejaskan khusyuk. cuma terdapat satu hadith yang mana Rasulullah SAW memberitahu bahawa syaitan akan sentiasa mengganggu seorang yg sedang solat sehingga dia berjaya menjadikan orang itu terlupa rakaat. maka itu adalah tidak khusyuk.

kita jgn terkeliru dgn khusyuk yg diceritakan oleh orang ramai. ada yg menggambarkan bahawa khusyuk itu sampai tidak sedar bahkan sampai tidak tahu apa yg dibuat. itu bukan khusyuk namanya. itu ‘syok sendiri’ agaknya.

wallahu a’lam.

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s