Seks Bersama Isteri Ketika Dalam tempoh Iddah

Soal :
Bolehkah seorang suami menyetubuhi isterinya pada masa iddah?

Jawab :
Alhamdulillah, jika seorang suami mentalak istrinya dengan talak satu atau talak dua maka secara automatik si isteri masuk dalam masa iddah. Si isteri menjalani masa iddah di rumah suaminya, si isteri tetap tinggal bersamanya kerana dia masih berstatus isteri dalam perlindungan suami. Jika si suami berhasrat menyetubuhinya maka menurut sebahagian ulama hal itu merupakan tanda rujuk dan selesainya masa iddah isterinya. Sebahagian ulama lain berpendapat bahawa si suami wajib rujuk sebelum menyetubuhi isterinya. Yaitu dengan mengucapkan kalimat rujuk. Misalnya dengan mengatakan: “Saya rujuk kepadamu, Saya kembali kepada si Fulanah, dengan disaksikan dua orang saksi dari kalangan kaum muslimin. Dengan pernyataannya itu berakhirlah masa iddah, setelah itu dia boleh menyetubuhi isterinya bila-bila masa sahaja dia mahu. Inilah cara yang paling selamat jika dia berhasrat menyetubuhi isterinya yang berada dalam masa iddah. Adapun jika talaknya itu talak tiga, maka si isteri tidak boleh tinggal bersamanya. Si isteri wajib keluar dari rumahnya dan tidak halal baginya hingga si isteri menikahi lelaki lain. Dan bila suami si isterinya itu menceraikannya barulah dia boleh kembali kepada mantan isterinya itu dengan aqad yang baru pula. Wallahu a’lam.
Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s