Kencing Tak Lawas lagi

Bagi pesakit beser (kencing tidak lawas) ada ketikanya, semasa solat diwaktu sujud, sedikit air kencing terkeluar. Hal ini terjadi berkali-kali. Sahkah solat jika pesakit teruskan sembahyang kerana jika wuduk diambil lagi, hal sedemikian tetap berlaku

Jawab
1. Madzhab Hanafi: dima’afkan air kencing yang keluar sedikit pada pakaian kerana dharurat (dalm hal ini
disebabkan penyakit beser) (alMughni, Jld 1, ms 35)

2. Madzhab Maliki: dima’afkan hadath yang berlaku dengan sendiri tanpa dikehendakki seperti daaimul
hadhath (kencing beser atau dedas) (lihat kitab Maliki: syarahal saghir, Jld 1, ms 71)

3. Madzhab Hanbali: dima’afkan air kencing daripada pengidap kecing tidak lawas yang sudah berusaha
mengawalnya semaksima mungkin tapi masih sukar mengawalnya.(alMughni, Jld 1, ms 30)

4. Madzhab Syafi’iy: majoriti fuqaha’ Syafi’iyah berpendapat adalah dima’afkan kencing tidak lawas di atas
kesulitan untuk mengelakkan diri daripadanya.(lihat Imam Nawawi, alMjmu’ Jld 1, ms 266, 292; Mughni
alMuhtaj, Jld 1 ms 191-194. )
Kebanyakan fuqaha’ Syafi’iyah di Nusantara berpendapat batal wudhu’ jika diyakini menitisnya air kencing
dan hendaklah dibasuhkan pakaian itu (KHM Hadzami Syafi’iy, Indonesia, 100 Masalah Agama)

Petua Imam alGhazali (fuqaha’ Syafi’iyah)dalam Bidayah alHidayah, ms 12 untuk mengatasi penyakit
Daaimul hadath ini: iaitu dengan melakukan istibro’ yakni berdehem berkali-kali, kemudian mengurut zakar
perlahan-perlahan tiga kali dengan tangan kiri dari pangkal zakar ke hujungnya bila setiap kali buang air
kecil.

WaLlahua’lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s