Mengadu masalah kepada makhluk?

Soal :
Apa hukum orang yang mengeluhkan keadaannya kepada selain Allah setelah mengadukannya kepada Allah Azza wa Jalla.Ini  Kerana jiwa orang tersebut merasa sesak ketika mendapatkan cubaan. Apakah dia boleh mencari hiburan dari hamba Allah yang lain, untuk dapat mengeluarkan mereka dari beban yang menghimpit dada mereka. Boleh jadi  dengan cara meminta nasihat atau bimbingan dari mereka. Atau yang demikian itu menunjukkan ketidakpercayaan dirinya terhadap Allah yang akan memperkenankan doa mereka?

Jawab :
Al-Hamdulillah. Memberitahukan kepada sesama makhluk keadaan diri sendiri, apabila dengan tujuan untuk meminta tolong, meminta bimbingan atau menjadikannya sebagai perantaraan menghilangkan kesusahan tidaklah merosakkan nilai kesabaran. Seperti orang sakit yang mengadu kepada doktor tentang sakit yang dideritanya, atau orang yang dizhalimi mengadu kepada orang yang mampu menolongnya, atau orang yang tertimpa musibah mengkhabarkan penderitaannya kepada orang yang diharapkan mampu membebaskannya dari kesulitan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri apabila datang menjenguk orang sakit beliau menanyakan keadaannya: “Bagaimana keadaannya sekarang?” (HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya.) An-Nawawi menyebutkan: “Sanadnya bagus.Dalam hadits itu disebutkan bahawa beliau menanyatakan berita dan keadaan si sakit.” Silakan lihat Iddatush Shabirin oleh Imam Ibnul Qayyim 323. Wallahu A’lam.
Kitab Masa-il wa Rasaa-il oleh Muhammad Mahmud An-Najdi

Islam tanya jawab 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s