Hukum Mencari Berkah daripada orang yang saleh

Soal :
Apakah ada ulama yang membolehkan mengambil berkah daripada para ulama dan orang-orang shalih serta bekas-bekas sentuhan mereka berdasarkan atsar berupa perbuatan daripada sebahagian Sahabat Radhiallahu ‘anhum terhadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam? Apa hukumnya? Tidak bolehkah diserupakan dengan selain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam? Apakah mungkin mengambil berkah daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah wafatnya beliau? Apakah hukum bertawassul (mengambil perantaraan dalam ibadah) kepada Allah dengan berkah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Jawab :
Al-Hamdulillah. Tidak boleh mengambil berkah daripada selain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan wudhunya, rambutnya, peluhnya atau bahagian manapun daripada tubuhnya. Semua itu hanya khusus bagi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ini kerana Allah menjadikan tubuh beliau dan setiap yang menyentuhnya itu penuh kebaikan dan berkah.
Oleh sebab itu, para Sahabat Radhiallahu ‘anhum tidak pernah mengambil berkah daripada salah seorang di antara mereka semasa hidup atau sudah matinya, juga tidak pernah mengambil berkah terhadap para Al-Khulafa Ar-Rasyidun dan yang lainnya. Itu menunjukkan bahawa mereka mengetahui bahawa hal tersebut khusus hanya kepada Nabi saja, tidak kepada yang lain. Ini Kerana yang demikian itu adalah sarana menuju kemusyrikan dan ibadah kepada selain Allah. Demikian juga tidak dibolehkan bertawassul dengan selain Allah, dengan kemuliaan Nabi, jasad, sifat atau keberkahan beliau, kerana tidak ada dalil, dan kerana itu merupakan sarana menuju kemusyrikan dan sikap pengagungan yang melampau terhadap beliau. Selain itu, perbuatan itu juga belum pernah dilakukan oleh para Sahabat Radhiallahu ‘anhum. Kalau itu merupakan perbuatan baik, tentu mereka telah mendahului kita melakukanya. Demikian juga kerana itu bertentangan dengan dalil-dalil syariat, seperti firman Allah:“Dan Allah itu memiliki nama-nama yang baik, berdoalah dengan bertawassul dengannya..” (Q.S Al-A’raaf : 180)

Allah tidak menyuruh untuk berdoa kepadanya dengan kemuliaan seseorang, hak seseorang, atau keberkahan seseorang.
Sama dengan bertawassul dengan asma Allah bertawassul dengan sifat-sifat-Nya, seperti kemuliaan-Nya, rahmat-Nya, kalam-Nya dan lain-lain. Di antaranya yang diriwayatkan dalam hadits-hadits shahih berupa meminta perlindungan dengan kata-kata Allah yang sempurna (doa masuk ke satu tempat), dan meminta perlindungan dengan kemuliaan dan kekuasaan-Nya (doa mengubati sakit).

Di antara tawassul sejenis yang dibolehkan adalah bertawassul dengan kecintaan kepada Allah dan kecintaan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, juga dengan iman kepada beliau. Ini Kerana bertawassul dengan amal shalih diriwayatkan dalam kisah beberapa orang yang terjebak dalam gua. Yakni ketika mereka berteduh di dalamnya dan hendak bermalam di situ, tiba-tiba jatuh batu besar dari atas gunung dan menutupi pintu gua. Mereka tidak mampu menolaknya. Merekapun merundingkan cara untuk  selamat dari gua itu. Mereka bersepakat bahawa mereka hanya boleh selamat dengan berdoa, dengan perantaraan amal shalih mereka. Yang pertama bertawassul dengan amalannya bahawa dia pernah melakukan perbuatan baik sekali kepada kedua orang tuanya. Mulailah batu  itu bergerak sedikit, namun belum membolehkan mereka untuk keluar. Yang kedua bertawassul dengan amalannya bahawa dia memelihara diri daripada zina, padahal dia mampu melakukannya. Maka bergeraklah batu itu sedikit lagi, namun belum membolehkan mereka untuk keluar. Lalu yang ketiga bertawassul dengan amalan bahawa dia pernah menjaga amanah sedemikian rupa, maka terbukalah pintu gua itu bagi mereka.
Hadits tersebut tercantum dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dari kisah orang-orang terdahulu, kerana mengandungi pelajaran dan peringatan buat kita.
Para ulama telah menjelaskan jawaban yang kami berikan di sini, seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan murid beliau Ibnul Qayyim, Syaikh Abdurrahman bin Hasan dalam Fathul Majied Syarah dari Kitabut Tauhid dan yang lainnya. Adapun hadits tawassul orang buta kepada Nabi pada masa hidupnya, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan syafa’at kepadanya dan mendoakannya sehingga Allah mengembalikan penglihatannya, maka itu termasuk tawassul dengan doa dan syafa’at beliau, bukan kemuliaan beliau dan hak beliau. Itu jelas sekali dalam hadits tersebut. Sebagaimana di Hari Kiamat nanti manusia akan meminta syafa’at kepada beliau dalam memutuskan perkara mereka. Dan sebagaimana para penghuni Syurga nanti juga akan meminta syafa’at kepada beliau untuk masuk Syurga mereka. Itu termasuk bertawassul dengan beliau ketika beliau hidup di kehidupan Akhirat nanti. Itu termasuk tawassul dengan doa dan syafa’at beliau, bukan dengan jasad dan hak atau kemuliaan beliau, sebagaimana telah dijelaskan oleh para ulama, di antaranya yang telah kami sebutkan tadi.

Kitab Majmu’ Al-Fatawa wal Maqalat Al-Mutanawwi’ah oleh Syaikh Al-Allamah Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz -Rahimahullah– VII : 65) (www.islam-qa.com)

islam tanya jawab 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s