Adakah wanita yang baru suci daripada haidh wajib mencukur bulu kemaluannya

Soal :
Apakah seorang wanita diwajibkan mencukur bulu kemaluannya setiap kali selesai haidh?

Jawab :
Alhamdulillah, menghilangkan bulu kemaluan dengan mencabut, ubat, mencukur atau mengguntingnya termasuk perkara fitrah yang dianjurkan dan disyariatkan Dienul Islam. Akan tetapi tidak ditentukan waktunya setiap kali selesai haidh. Imam Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan penulis kitab-kitab As-Sunan meriwayatkan sebuah hadits daripada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bahawa beliau bersabda: “Lima perkara termasuk fitrah; istihdad (mencukur bulu kemaluan), khitan, menggunting misai, mencabut bulu ketiak dan menggunting kuku.”

Diriwayatkan secara shahih dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘Anhu bahawa dia berkata:

“Kami diberi batas waktu untuk menggunting misai, menggunting kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, yaitu tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh hari.”
(H.R Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, At-Tirmidzi , An-Nasa’i dan Abu Dawud)

Dalam riwayat lain ditegaskan,

“Rasulullah memberikan batas waktu bagi kami…..”

Fatwa Lajnah Daimah V/127.

islam tanya dan jawab 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s