Konsep Istiqamah

Salam Panel al Ahkam,

Apakah konsep ‘istiqamah’ menurut sunnah. Adakah kriteria2 tertentu utk mencapai tahap tersebut.

Mohon panel juga menyenarai pendek apa2 langkah yg perlu kearah itu.

Wassalam

jawapan:

wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan Hasry dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Istiqamah secara umum adalah melakukan sesuatu perkara dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Istiqamah didalam Islam bermaksud berada didalam jalan yang lurus dan berpegang teguh kepadanya. Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ. نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ.

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!” [Fushilat : 30-32].

Istiqamah juga merupakan perkara penting dalam Islam. Diriwayatkan oleh Sufian al-Thaqafi :

عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ بَعْدَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

“Aku berkata, Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku mengenai Islam dalam satu perkataan dimana aku tidak bertanya sesiapa melainkan engkau (menurut Abu Mua’wiyah dia berkata : sesiapa selepas kamu). Baginda berkata : Beriman dengan Allah kemudian beristiqamah” [Musnad Ahmad 14869].

Istiqamah mempunyai pelbagai makna. Ia boleh bermaksud lurus, jalan yang lurus, berada teguh diatas prinsipnya dan tidak putus asa walaupun dibawah kesukaran atau cabaran. Ada juga ulama’ yang mengatakan istiqamah bermaksud ikhlas dan melakukan perkara baik tidak kira dimana sahaja dia berada. Bagi mereka yang beristiqamah, Allah telah menjanjikan ganjarannya dihri akhirat kelak.

Nilai sesuatu amalan itu tidaklah dilhat pada quantitinya, tetapi ia dinilai dari aspek keikhlasan dan qualitinya; iaitu ia benar-benar menurut apa yang dikehendaki Allah swt dan juga bertepatan dengan sunnah Nabi saw. Jika kriteria ini dipenuhi, amalan sedkit yang dilakukan secara istiqamah merupakan sebaik-baik amalan. Sabda Nabi saw :-

أحَبّ الأعمالِ إلى اللّه أدومُها وإن قَلّ

“Amalan yang paling disukai Allah adalah yang berpanjangan walaupun sedikit” [Hadith Muttafaq ‘alaih].

Berkut adalah contoh pembahagian Istiqamah dan amalannya (petikan dari buku – Dr Muhammad Zaki . Istiqamah.cet ke 3. 1999 )

1. Istiqamah dalam diri

– Niat kerana Allah
– Ikhlas
– Taqwa
– Cinta kepada Allah dan Rasul
– Bertaubat
– Jihad Nafsu
– Redha
– Sabar
– Tawakkal
– Qanaah, Zuhud
– Khauf (Takut) kepada Allah

2. Istiqamah didalam Usul

– Berpegang kepada Kitab Allah
– ‘ittiba’ dengan sunnah Nabi saw
– Sentiasa besama Jamaah
– Tidak taat kepada Makhluk untuk bermaksiat kepada Allah
– Mengambil Ruhsah dengan kadarnya
– Taisir
– Menjauhi Bid’ah
– Berbeza dengan Ahli Batil
– Menguasai (itqan) amalan
– Memunafaatkan waktu / masa
– Berpanjangan dengan amalam soleh walaupun sedikit
– Berlapang dengan ikhtilaf (perbezaan)

3. Istiqamah didalam Ibadat

– Menjaga amalan fardu
– Muraqabah (Memeriksa diri)
– Sentiasa menjaga solat
– Sentiasa menjaga kebersihan
– Mengeluarkan Zakat
– Berpuasa dalam bulan Ramadhan
– Haji di Baitullah
– Jihad fi Sabilillah
– Membaca al-Quran
– Menuntut Ilmu
– Berpanjangan mengingati Allah
– Berdo’a
– Memperbanyakkan selawat keatas Nabi saw
– Melakukan pekerjaan Ma’ruf dan mencegah kemungkaran
– Memikir tentang kejadian/ciptaan Allah
– Sentiasa bersyukur
– Sentiasa berlaku baik

4. Istiqamah didalam menjauhi Maksiat

– Menjauhi dosa-dosa
– Menjauhi dari derhaka kepada kedua ibu bapa
– Menjauhi 7 dosa-dosa besar – Syirik, Sihir, Membunuh nyawa tanpa hak, makan Riba, makan harta anak Yatim, lari dari peperangan dan menuduh wanita beriman berzina.
– Menjauhi Zina, minum Arak dan Mencuri
– Menjauhi berdusta keatas Nabi saw
– Menjauhi melakukan Zalim
– Adil sesama rakyat
– Membezakan diantara Lelaki dan Wanita
– Menjauhi judi
– Menjauhi Kianat dan Berbohong
– Mencintai sahabat Nabi dan keluarganya

5 Istiqamah didalam Adab

– Sidiq / Benar
– Malu
– Menjaga lidah
– Memperbaiki Akhlak
– Menjauhi Marah
– Memaafkan
– Tawaduk
– Meninggalkan perkara yang tidak berguna
– Menjaga Mata / Penglihatan
– Pemurah
– Meninggalkan berdebat / berjidal

6. Istiqamah didalam Muamalat

– Mencintai manusia sebagaimana mencintai diri sendiri
– Mencinta kerana Allah
– Pemberi Nasihat
– Adil
– Menghubungkan Silatul Rahmi
– Berbaik dengan Jiran
– Isteri mentaati suami
– Amanah

7. Istiqamah dengan Tazkiyah Nafsu

– Mengelak syubhat
– Menjauhi Riya’
– Menjauhi Ujub dan Takabur
– Muhasabah diri
– Takut kepada dosa-dosa
– Menjauhi sifat hasad
– Mengingati Mati

sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s