Adab-adab menziarahi

ADAB-ADAB BERTAMU

Oleh :

Akh Abu Al-Jauzaa’

1. Memperbaiki Niat

Tidak bisa dimungkiri bahawa niat merupakan landasan dasar dalam setiap amalan. Hendaklah setiap muslim yang akan bertamu, selain untuk menunaikan hajatnya, juga dia niatkan untuk menyambung silaturahim dan mempererat ukhuwah. Sehingga,… tidak ada satu amalan pun yang dia perbuat melainkan berguna bagi agama dan dunianya. Tentang niat ini Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امريء ما نوى

“Sesungguhnya seluruh amal perbuatan itu dengan niat dan setiap orang tergantung pada apa yang ia niatkan” (HR. Bukhari, Muslim dan selain keduanya).

Ibnul-Mubarak berkata :

رب عمل صغير تعظمه النية ورب عمل كبير تصغره النية

“Betapa amal kecil diperbesar oleh niatnya dan betapa amal besar diperkecil oleh niatnya” (Jaami’ul-Ulum wal-Hikam halaman 17 – Daarul-Hadits).

2. Memberitahu Perihal Kedatangannya (untuk Minta Izin) Sebelum Bertamu

Adab ini sangat penting untuk diperhatikan. Mengapa ? Kerana tidak setiap waktu setiap muslim itu siap menerima tetamu. Barangkali dia mempunyai keperluan/hajat yang harus ditunaikan sehingga dia tidak boleh ditemui. Atau barangkali dia dalam keadaan sempit sehingga ia tidak mampu menjamu tetamu sebagaimana dianjurkan oleh syari’at. Betapa banyak manusia yang tidak boleh menolak seorang tetamu apabila si tetamu telah mengetuk pintu dan mengucapkan salam padahal dia mempunyai hajat yang hendak dia tunaikan.


Allah telah memberikan kemudahan kepada kita berupa sarana-sarana komunikasi (surat, telefon, sms, dan yang lainnya) yang boleh kita gunakan untuk melaksanakan adab ini.

3. Menentukan Awal dan Akhir Waktu Bertamu

Adab ini sebagai alat  dalam mengefisienkan waktu bertamu. Tidak mungkin seluruh waktu hanya habis untuk bertamu dan melayani tetamu. Setiap aktiviti selalu dibatasi oleh aktiviti lainnya, baik bagi yang bertamu mahupun yang ditemui (tuan rumah). Apabila memang keperluannya telah usai, maka hendaklah dia segera pulang sehingga waktu tidak terbuang sia-sia dan tidak memberatkan tuan rumah untuk memberi layanan.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

فإذا قضى أحدكم نهمته من وجهه فليعجل إلى أهله

“Apabila salah seorang diantara kamu telah selesai dari maksud bepergiannya, maka hendaklah dia segera kembali menuju keluarganya” (HR. Bukhari dan Muslim).

4. Berwajah Ceria dan Bertutur Kata Lembut dan Baik Ketika Bertemu

Wajah muram dan tutur kata kasar adalah perangai yang tidak disenangi oleh setiap jiwa yang menemuinya. Allah telah memerintahkan untuk bersikap lemah lembut, baik dalam hiasan rona wajah mahupun tutur kata kepada setiap bani Adam, dan lebih khusus lagi terhadap orang-orang yang beriman. Dia telah berfirman :

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman” (QS. Al-Hijr : 88).

Ibnu Katsir dalam Tafsirnya berkata : [ألن لهم جانبك, كقوله: {لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رءوف رحيم}] “Maksudnya bersikap lemah lembutlah kepada mereka sebagaimana firman Allah ta’ala : “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang-orang beriman” (QS. At-Taubah : 128).

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

“Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sedikitpun dari kebaikan-kebaikan, meskipun hanya kamu menjumpai saudaramu dengan muka manis/ceria” (HR. Muslim).

Selain berwajah ceria dan bertutur kata lembut, yang lebih penting untuk diperhatikan adalah hendaklah dia berkata baik dan benar. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam dengan tegas telah memberi peringatan :

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata baik atau hendaklah ia diam” (HR. Bukhari, Muslim, dan selain keduanya. Hadits ini terdapat dalam Arba’in Nawawi nomor 15).

Beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menggandingkan kata iman dengan pilihan antara berbicara baik atau diam. Mafhumnya, jika seseorang tidak mengambil dua pilihan ini, maka dia dikatakan tidak beriman (dalam erti : imannya tidak sempurna). Hukum asal daripada perbuatan adalah diam. Kalaupun dia ingin berkata, maka dia harus berkata dengan kata-kata yang baik. Sungguh rugi jika seseorang bertamu dan bermajlis dengan mengambil perkataan sia-sia lagi dosa seperti ghibah, namimah (adu domba), dan lainnya yang tidak menambah apapun dalam timbangan akhirat kelak kecuali dosa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

إن الرجل ليتكلم بالكلمة ما يتبين ما فيها يزل بها في النار أبعد ما بين المشرق والمغرب

‘Sesungguhnya seseorang mengucapkan kata-kata, dia tidak menyangka bahawa ucapannya menyebabkan dia tergelincir di neraka yang jaraknya lebih jauh antara timur dan barat” (HR. Bukhari dan Muslim).

5. Tidak Sering Bertamu

Mengatur kekerapan bertamu sesuai dengan keperluan dapat menimbulkan kerinduan dan kasih-sayang. Hal itu merupakan sikap pertengahan antara terlalu sering dan terlalu jarang. Terlalu sering menyebabkan kebosanan. Sebaliknya, terlalu jarang mengakibatkan putusnya hubungan silaturahim dan kekeluargaan.

6. Dianjurkan Membawa Sesuatu Sebagai Hadiah

Memberi hadiah termasuk amal kebaikan yang dianjurkan. Sikap saling memberi hadiah dapat menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang, kerana pada dasarnya jiwa senang pada pemberian. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

تهادوا تحابوا

“Berilah hadiah di antara kalian, nescaya kalian akan saling mencintai” (HR. Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad 594; dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwaa’ nomor 1601).

7. Tidak Boleh Seorang Lelaki Bertamu kepada Seorang Wanita yang Suaminya atau Mahramnya Tidak Ada di Rumah

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam sangat keras menekankan pelarangan ini sebagaimana sabda beliau :

إياكم والدخول على النساء فقال رجل من الأنصار يا رسول الله أفرأيت الحمو قال الحمو الموت

“Janganlah sekali-kali menjumpai wanita”. Maka seorang lelaki dari kaum Anshar bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Al-Hamwu?”. Beliau menjawab : “Al-Hamwu adalah maut” (HR. Bukhari dan Muslim).

Imam Al-Baghawi dalam menerangkan hadits ini mengatakan : Al-Hamwu jamaknya Ahma’ iaitu keluarga lelaki daripada pihak suami dan keluarga perempuan dari pihak isteri. Dan yang dimaksudkan di sini adalah saudara lelaki suami (ipar) sebab dia bukan mahram bagi isteri. Dan bila yang dimahukan adalah ayah suami sedang ayah suami adalah mahram, maka bagaimana lagi dengan yang bukan mahram ?

Tentang kalimat “Al-Hamwu adalah maut”; Ibnul-‘Arabi berkata : “Ini adalah kalimat yang diucapkan oleh orang Arab, sama dengan ungkapan : Serigala adalah maut. Ertinya, bertemu serigala sama dengan bertemu maut”.

8. Dan Lain-Lain

Masih banyak adab-adab bertamu jika dihuraikan secara lebih luas lagi seperti memilih waktu untuk bertamu, mengucapkan salam, menjaga pandangan, dan yang lainnya dimana sebahagiannya telah dituliskan sebelumnya di “Adab-Adab Minta Izin”. Sedikit yang boleh dituliskan di atas semoga bermanfaat bagi kita semua. Allaahu a’lam.


Bogor, Dzulhijjah 1427 H.

http://myquran.org/forum/index.php/topic,14115.0.html

 

abu aufa 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s