Adakah Ayah Menanggung Dosa Anak?

Assalamu’alaikum wr wb

Alhamdulillah harap syeikh di sini dapat memberi jawapan keapda persoalan anak ini –

assalamualaikum

nak tumpang tanya pd mereka2 yg tahu… bagaimana pula jika bapa telah meninggal dunia dan anak2 perempuannya masih bujang… adakah bapa mereka masih menanggung dosa anak2 perempuan yg masih bujang itu? sekian, wassalam dan terima kasih

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Wallahuta’ala a’lam bissawab
Wassalamu’alaikum wr wb jawapan:

antara DASAR dalam syariat Islam yang maha adil ini ialah: SESEORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN TIDAK MENANGGUNG KESALAHAN ORANG LAIN.

jadi tidak timbul masalah dosa seseorang anak samada lelaki atau wanita itu ditanggung oleh ayahnya atau ibunya. Seorang anak yg sudah baligh, samada lelaki atau perempuan maka dia sendiri yg bertanggungjawab atas dosa yang dilakukannya.

cuma jika berlaku dosa disebabkan kecuaian ayah dan ibu, maka ayah dan ibu hanya menanggung KESALAHAN CUAI DALAM TARBIAH. bukannya menanggung dosa anak-anaknya.

Kecuali bagi mereka yang mengajar dan menunjukkan kepada jalan maksiat, maka di sana DASAR dalam syariat Islam yang sempurna ini mengatakan: SESIAPA YANG MENUNJUKKAN KEPADA SUATU DOSA, MAKA KE ATASNYA JUGA DOSA TERSEBUT. maka si ayah atau siibu yang mengajar anak-anaknya sesuatu amalan maksiat, lalu anak2 itu membuat maksiat dengan sebab ajaran ayahnya dan ibunya, maka tidak syak ayah dan ibu akan bersama2 menanggung dosa anaknya.

TETAPI bukan bererti ayahnya menanggung dosa anaknya, dan anaknya dikira terlepas dari dosa.. bahkan, kedua-dua mereka sama2 menanggung dosa yang sama.

Firman Allah s.w.t (6:164) yang bermaksud:

Katakanlah: “Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kembali dosa itu kepada dirinya sendiri; dan tidaklah seorang yang berdosa akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Wallahu a3lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s