Wudhu Ketika Azan

Asalamualaikum!

Adakah dalil yang menunjukkan kkita dilarang mengambil wuduk semasa azan dilaungkan?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan silek dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak ada larangan yang melarang seseorang melakukan wudhu’ ketika azan di laungkan. Kemungkinan mereka yang menangguhkan wudhu’ ketika azan adalah kerana mereka ingin menjawab laungan azan terlebih dahulu.

Didalam kes solat sunnat, adalah mustahab ditangguh solat sehingga selesai azan, dengan tujuan untuk mendapat pahala menjawab azan.

Bagi ibadat seperti wudhu’ dan tawaf misalnya, tidak ada larangan bagi mereka yang melakukan ibadat ini menjawab azan. Malah, tidak dilarang berkata-kata ketika mengambil wudhu’ atau pun bertawaf; ini kan pula menjawab azan!

Berkata Ibn Hajar al-Haitami rh didalam isu ini :-

أما حال الوضوء فيجيب ؛ لأن المتوضئ إنما يسن له السكوت عن غير الذكر ،

“Didalam keadaan seseorang sedang mengambil wudhu’, hendaklah di menjawab azan! Kerana sesungguhnya adalah sunnah bagi seseorang yang sedang melakukan wudhu’ menahan dirinya dari bercakap selain daripada berzikir” [al-fataawa al-fiqhiyyah al-Kubra, 1/61].

Tambah beliau lagi :-

وأما الإجابة : فمندوبةٌ اتفاقاً ، ولذا قالوا بندبها للطائف مع أنَّ له أذكاراً مطلوبةٌ اتفاقاً ، فالمتوضئ أولى .

“Mengenai hal menjawab seruan muazzin : adalah mandub (sunat) menurut ittifaq (sepakat) ulama’, malah mereka mengatakan adalah sunat menjawab azan ketika bertawaf walaupun terdapat zikir yang sunat dibaca oleh ittifaq ulama’, maka menjawab muazzin lebih diutamakan.”

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s