Telan Kahak Waktu Puasa

Assalamu’alaikum,
sy ada satu kemusykilan mengenai puasa.
adakah menelan kahak ketika puasa akan membatalkan puasa?
adakah dalil2 yg menyokong pernyataan ini?
kahak berasal dr dlm badan sama spt air liur,adakah berbeza hukumnya kahak dgn air liur?

harap dpt pencerahan dlm hal ini.
wassalam

jawapan:

wa’alaikumusalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa kahak itu kotor, kalau boleh hendaklah dibuangkan. Walaupun begitu, ia tidak membatalkan puasa. Kata beliau :-

ولكنها لا تُفطر الصائم إذا ابتلعها ؛ لأنها لم تخرج من الفم ، ولا يُعد بلعها أكلاً ولا شرباً ، فلو ابتلعها بعد أن وصلت إلى فمه فإنه لا يُفطر بها .

“Akan tetapi ia (kahak) tidak membatalkan puasa jika ditelan! Kerana sesungguhnya ia tidak keluar dari mulut, dan ia tidak ditelan sebagai makanan atau minuman, dan jika menelannya setelah sampai ke mulut, ia tidak membatalkan puasanya” [al-Sharh al-Mumthi’ ala Zaadil Mustaqni’, 6/248].

Fatwa IslamOnline juga menyebut bahawa pandangan yang agak benar adalah menelan kahak tidak membatalkan puasa kerana ia termasuk didalam bab kesukaran / kesusahan bagi seseorang membuangkan kahak pada setiap kali. Walaubagaimanapun, jika menelan itu dilakukan tidak sengaja, sepakat ulama’ mengatakan tidak batal.[http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=wyEX42]

Dr Abdullah al-Faqih juga mengkelasifikasikan isu menelan / tertelan kahak sebagai isu ketidak upayaan atau kesukaran seseorang itu membuang kahak, dimana Allah swt tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak mampu mereka elakkan. Firman Allah swt :-

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” [Surah al-Baqarah : 286]
(http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=43292&Option=FatwaId)

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s