Masalah Selalu Kentut

Salam

Alhamdulillah… Jazaka Allahu Khairan… kat para ahli panel feqh… kerana menjawab soalan saya sebelum ini iaitu sambungan sedikit anjing dan masalah kentut/angin.

ya,saya masih ingin memohon jawapan/penerangan daripada panel feqh.. ini kerana soalan2 saya ini terpendam lama sebab tak dpt nak register dan tak dpt nak kemuka soalan. alhamdulillah,skrg saya dpt guna kemudahan ini.

mengenai masalah kentut/angin,saya masih menghadapinya setiap hari. utk pengetahuan panel feqh,time bulan Ramadhan,pun ada gejala kentut juga.

saya nak tanya,apakah yg saya perlu buat jika masalah angin/kentut ni dtg pada waktu saya sedang solat? apakah menahannya? apakah blh solat terus kerana masalah ini sukar nak dielakkan? nak tau,masalah kentut saya ni berterusan juga,selang 10 minit gitu. ia mmg membingungkan.. apakah haram meneruskan solat jika kentut dtg pada waktu itu sedangkan saya cuba sedaya upaya menahannya? apakah kena qada solat ke waktu lain? apakah ada rukhsah mengenai ini? sebab setakat ni,saya masih tercari-cari juga penyelesaian. ia mmg kentut dan ada angin keluar dari dubur saya…

1 lagi,saya ada kesukaran disebabkan masalah byk kentut/angin. saya ada terbaca angin ini ada keluar dlm bentuk cecair dan gas. jika keluar dlm bentuk cecair,maka ada najis lah pada seluar saya kan.. kadang2 ia berlaku semasa saya keluar dari rumah,jadi,saya tak dpt tukar seluar itu kan jika di luar rumah. apakah blh solat? kalau di rmh itu,saya ada khususkan baju,seluar dan seluar dlm utk solat sahaja. tapi jika di luar rumah,macam mana ye? mohon penerangan…

saya pernah terbaca 1 hadis Rasulullah SAW,bunyinya mcm ni,jilatan kucing kena dicuci sebyk 3 kali.. minta maaf,saya tak dpt jumpai hadis tersebut yg lengkap tapi saya ingat bunyinya mcm itu. jadi,apakah jilatan kucing itu termasuk najis pertengahan?

nak tau,kami ada pelihara 1 kucing. lagipun,saya selalu berjumpa dgn kucing2 liar utk beri makan. jadi,saya suka pegang/main2 dgn kucing ini.. saya ada ternampak juga kucing ni ada jilat2 pada bahagian badannya. jadi,jika saya pegang/sentuh badan kucing itu,apakah najis itu akan berpindah pada saya? atau pun jika kucing itu menjilat tangan saya,baru dikira najis itu pada tangan saya? wajib dicuci 3 kali kan dgn air? mohon penjelasan…

Jazaka Allahu Khairan…jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

Nampaknya masalah kentut ni masih belum selesai lagi.

Dari apa yang anda ceritakan itu, maka anda termasuk dalam orang yg udzur sama seperti orang yang menghadapi salisul baul atau kencing tidak lawas atau dedas. Dalam keadaan begini, Islam memberi anda kelonggaran dengan dalil-dalil berikut:

” Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.” AQT 64 (atTaghaabun) 16

Dalil hadith:

“apabila aku perintahkan sesuatu perkara, maka kerjakanlah semampu kalian.” Bukhari (7288), Muslim (1337)

Caranya: anda berwudhu’ setiap kali hendak solat dan jika terkeluar semasa solat, maka ia tidak membatalkan solat kerana ia diluar kawalan anda lagi. Maka jika anda hendak solat yang lain, maka hendaklah berwudhu’ yg baru dan jika masih terkentut, maka ia tidak membatalkan solat. Rukhsah ini diperakui oleh madzhab Hanafi, Syafi’iy dan Hanbali. Disamping itu anda hendaklah berusaha mencari penyembuh kepada banyaknya angin yang berada dalam perut anda serta banyak berdo’a kepada Allah SWT ( Syaikh Abu Malik as-Sayyid Salim, Sahih Fiqh Sunnah, edisi terjemahan, Pustaka atTazkia, 1/133)

2.

Quote:
saya ada terbaca angin ini ada keluar dlm bentuk cecair dan gas

Kentut yang keluar dalam bentuk cecair itu adalah najis dan dinamakan terkicit dalam bahasa daerah. Tahi manusia adalah naji yang tidak dimaafkan. Maka anda hendaklah membersihkan dubur dan mendapatkan pakaian yang lain utk bersolat. kebanyakan surau atau mesjid ada menyediakan kain untuk musafir.

3. jilatan kucing

Quote:
jilatan kucing kena dicuci sebyk 3 kali

Jilatan kucing tidak najis. Kita sudah bahaskan dalam syarah Fiqh Sunnah, lihat hadith dalil # 50 dalam Fiqh Sunnah oleh al-Sayyid Sabiq.
hadith abi Qatadah, “Sesungguhnya kucing bukanlah najis, melainkan termasuk hewan yg berkeliaran di sekeliling kamu jua.”
Adapun pendapat yang mengatakan jilatan kucing dibasuh tiga kali adalah pendapat madzhab Hanafi bila kucing memakan najis atau bangkai, maka hendaklah dibasuh 2-3 kali (Prof Hasbi Siddiqi (Fiqah Islam, 1/61) WA

al-ahkam

Advertisements

One thought on “Masalah Selalu Kentut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s