Konsep Pekerjaan mengikut sunnah

Ada kemusykilan tentang budaya terlalu kuat bekerja sehingga malam ataupun di panggil workaholic dalam english. Adakah ia bercanggah dengan fitrah manusia? kerana Allah jadikan siang untuk mencari rezeki dan malam untuk berehat dan beramal.

Jika kerja adalah suatu konsep ibadah kepada Allah, adakah dalil2 mengatakan sedemikian? Kerana seseorang boleh kuat bekerja hingga malam semata-mata niat ibadah kepada Azza wa jalla dan melupakan langsung ibadah2 sunat lain seperti solat tahajjud dan mendalami ilmu agama.

jawapan:

Wassalam

Konsep asalnya memang malam utk rehat dan siang utk bekerja. itu adalah sebagai kelaziman manusia dan malam pada zaman dahulu adalah gelap tidak seperti zaman sekarang yg makin cerah kerana banyak sangat aktiviti.

panduan asas setiap workaholic ialah menjaga tanggungjawab dgn Allah dan jg menjaga tanggungjawab dgn ahli keluarga di bawah tanggungannya..juga tanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.
jika itu dipenuhi, maka dia telah pun menunaikan hak-hak yg terpikul ke atas bahunya dan kita katakan kepadanya seperti maksud hadith Rasulullah SAW : maka berikanlah hak itu kepada yg berhak.

selebihnya, dia nak jg bekerja, maka itu adalah kemampuan dirinya yg pasti berbeza dgn orang lain. wallahu a’lam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s