Cara-cara berdoa

Salam

1) Adakah nas yg menceritakan cara Nabi berdoa selain dr lafaz doa. Maksud saya mmg tsabit ttg doa selepas azan contohnya, ttp adakah Nabi SAW mengangkat tangan dan kemudian menyapu muka selepas habis doa, atau adakah Nabi SAW hanya berdoa di dalam hati ataupun adakah Nabi SAW hanya melafazkan doa tersebut tanpa mengisyaratkan mana2 anggota tubuh (i.e mengangkat tangan).

2) Jika Nabi SAW contohnya tidak mengangkat tangan ketika dalam doa2 tertentu, adakah salah jika kita membuatnya. Adakah ianya termasuk dlm perbuatan bid’ah?

3) Adakah jawapan dalam SJ sebelum ini yg menyatakan bahawa Nabi SAW tidak berdoa spt mana yg sebahagian besar umat Islam di Malaysia amalkan itu ialah tidak berdoa secara “terlalu” jahr? Ini kerana jawapan Ustaz THTL itu bersandarkan kepada bbrp firman Allah di dalam AQ yg menuntut umat Islam supaya berdoa dgn suara yg perlahan/rendah. Jika begitu, adakah imam yg berdoa selepas solat dgn suara yg perlahan/rendah kemudian diaminkan oleh makmum juga dikira tidak menepati sunnah?

Jzkjawapan:

Mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa

Banyak hadith sahih menceritakan perihal Nabi S.A.W berdoa dengan mengangkat kedua tangannya, ini memang sudah betul dan tepat. Bahkan hadith2 tersebut mencapai taraf mutawwatir.

Disertakan hadith yg diriwayatkan oleh para imam hadith

1. Oleh Abu Humaid R.A(Riwayat Bukhari & Muslim).
2. Oleh Abdullah bin Amr bin Ash R.A (Riwayat Bukhari & Muslim).
3. Oleh Anas bin Malik R.A (Riwayat Bukhari) tentang Nabi berdo’a di waktu perang Khaibar dengan mengangkat kedua tangannya.
4. Oleh Abu Musa Al-Asy’ari R.A (Riwayat Bukhari dan lain-lain).
5. Oleh Ibnu Umar R.A (Riwayat Bukhari).
6. Oleh Aisyah R.A (Riwayat Muslim).
7. Oleh Abu Hurairah R.A(Riwayat Bukhari).
8. Oleh Sa’ad bin Abi Waqqash R.A(Riwayat Abu Dawud).

Dan sahabat2 R.A yang meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W, ada berd’a dengan mengangkat kedua tangannya di pelbagai tempat. Semua riwayat di atas (yakni tentang Nabi S.A.W berdo’a mengangkat kedua tangannya) adalah merupakan FI’IL (perbuatan) Nabi S.A.W. Adapun yang merupakan QAUL (perkataan/sabda) Nabi S.A.W, ada diriwayatkan oleh Malik bin Yasar R.A, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W :
“Apabila kamu meminta (berdo’a) kepada Allah, maka mintalah kepadaNya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepadaNya dengan belakang tapak tangan”. (hadith sahih riwayat Abu Dawud No. 1486).

Kata Ibnu Abbas R.A:
“Permintaan (doa) itu, yakni : Engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua tapak tanganmu.” (Riwayat Abu Dawud).

Mengenai mengusap muka selepas berdoa, hadith2 tersebut adalah dha’if (lemah) (Fatwa Ibn Taimiyyah). Sungguhpun begitu, perkara ini adalah khilaf. Tak wajar digembar-gemburkan.

Berdoa dgn suara lemah lembut
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kalian berbuat kerosakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan penuh harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-A’raaf: ayat 55 -56).

Wallahualam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s