Anak Luar NIkah, 6 bulan after nikah

Salam

Saya mengenali seorang saudari yang sering dianiaya oleh suaminya. Anaknya ramai dan pada suatu hari, dia mengaku yang dia telah “berkahwin bersaksikan Quran” (!!! Astaghfirullah) secara tersembunyi sebelum melangsungkan perkahwinan mereka semula (!) dengan persetujuan keluarga.

Masalahnya, saudari ini telahpun mengandung dari perkahwinan “pertama” mereka (!!) dan anak pertama mereka dilahirkan 6 bulan selepas dikahwinkan (mereka berjaya menipu lain-lain ahli keluarga dengan mengatakan bahawa anak mereka lahir tak cukup bulan).

Masalahnya sekarang… saya beritahu saudari itu bahawa walaupun dia telah mengahwini ayah kepada anak pertamanya itu, anak itu masih di luar nikah. Saudari ini telah dikelirukan oleh suaminya (seorang graduan syariah dari universiti tempatan!) yang mengatakan bahawa kononnya mengikut undang-undang kekeluargaan Islam Malaysia, anak luar nikah (saya berjaya meyakinkan beliau bahawa perkahwinan itu bukan sah) masih digelar anak sendiri jika mereka yang melakukan maksiat tersebut kahwin dalam masa enam bulan kandungan. (is there such a thing???)

Saya agak terkejut mendengar pernyataaan seperti ini kerana setahu saya, ia tetap anak luar nikah. Memandangkan saya bukan pakar undang-undang syariah negara, saya berharap ada di antara saudara/saudari yang dapat membantu saya menerangkan kepada saudari ini (dengan daleel undang-undang shariah negara kalau boleh) kerana bagi beliau “Undang-undang keluarga Islam MALAYSIA” memaktubkan sebegitu.

Bantuan anda amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
May Allah forgive our sins and bless us all in Islam with the best of both the worlds.

jawapan:

Jawab:
Anak yg lahir tidak kurang dari 6 bulan sejak hari akad nikah hingga ke hari lahir boleh dibin/bintikan kepada ayahnya dgn syarat: tiada bantahan dari suami perempuan itu atau ada bantahan dari keluarga dan masyarakat. Inilah fatwa yg ada di Malaysia. Bahkan Rumah fatwa Mesir (Darul Ifta’ alMisriyyah) juga menetapkan demikian. Mereka menggunakan dalil hadis: HR Muslim dari bu Hurairah,” anak itu adalah bagi tempat tidur.” maksudnya siapa yg meniduri wanita itu dialah yg bertanggungjawab terhadap nasabnya. (Fatwa Mesir, Ali jadul Haq, 27 Mac 79) WA

Soalan saya ialah :
Dari mana datangnya tempoh berlalu 6 bulan itu? Adakah ulama’-ulama’ yg menentukan tempoh tersebut atau ia adalah sabit dgn hadis Nabi SAW ataupun ayat al-Quran?

Wallahua’lam

jawapan:

Wassalam
Jawab:
Terimakasih kerana kembali kepada kami. Itulah sikap generasi muslim yg baru, mereka sentiasa tidak puas hati dgn semata-mata Fatwa tanpa mengetahui bagaimana hukum itu dikeluarkan. Kami sengaja tidak menurunkan proses hukum dikeluarkan kerana jawapan ini sudah dikeluarkan sebelum ini.
Kami bawakan satu dalil sahaja yg sudah cukup kuat bagi menjustifikasikan minima 6 bulan itu sebagai tempoh yg sah bagi nasabnya si anak. AQ: alAhqaf:15 (Sedang tempoh mengandung berserta dgn tempoh cerai susu ialah dalam masa 30 bulan.”
kaedah penetapan 6 bulan.
Tempoh penyusuan bayi ialah 24 bulan, maka 30 bulan – 24 bulan = 6 bulan (tempoh minima mengandung). WA

Advertisements

One thought on “Anak Luar NIkah, 6 bulan after nikah

  1. Assalamualaikum wbt,

    saya ingin kepastian lebih lanjut prosedur memBINkan anak dgn nasabnya..apakah yang perlu kami lakukan??

    JAWAPAN dr fikrah DR.Salam.

    ANTARA sebab Islam mengharamkan perzinaan ialah untuk menjaga keturunan supaya tidak bercampur aduk.

    Dengan itu fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan bahawa: “Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.” (http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=61).

    Secara lebih lanjut mengikut mazhab Shafie, keturunan (nasab) anak dibuktikan kepada suami perempuan yang melahirkan anak apabila (1) anak itu dilahirkan selepas enam bulan Islam dari tarikh perkahwinan, dan (2) dalam masa empat tahun selepas perkahwinan itu, sedangkan ibu tidak berkahwin lagi.

    Bagaimanapun, bagi masa tempoh enam bulan daripada tempoh perkahwinan, keturunan anak tidak terbukti melainkan lelaki atau suami perempuan berkata anak itu anaknya dan tidak pula berkata anak itu hasil dari zina (Ahmad Ibrahim 1999: 251).

    Ada pendapat di kalangan fuqaha’ seperti Ibn Sirin, Ibrahim al-Nakha’i dan Ibn Taymiyyah yang tetap membenarkan menasabkan anak zina kepada bapa yang sebenar (biological father) atas alasan maslahah anak dan masyarakat.

    Dengan berbuat demikian, bapa dipertanggungjawab untuk memberi nafkah dan menjaga kepentingan masyarakat. Anak yang tiada bapa atau penjaga akan terdedah kepada perkara negatif yang bertentangan dengan ajaran Syariah itu sendiri (M. S. Sujimon 2008: 41).

    Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa sudah berkahwin. Dengan itu nasab anak tetap kepada suami kepada perempuan yang dikahwini.

    Hadis Rasulullah berbunyi: “Anak adalah hamparan isteri yang sah.” Ini dibenarkan selagi bapa tidak menafikan anak tersebut bukan anaknya.

    Dengan itu, status anak masih dibenarkan dinasabkan kepada bapa anak itu sendiri mengikut pendapat di atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s