Pelihara Anak Luar Nikah

Assalamualikum,
Saya telah mempunyai anak seramai enam orang, 3 lelaki 3 perempuan. Baru-baru ini ada yang offer anak luar nikah untuk dipelihara. Jadi saya dan isteri telah menerima anak tersebut untuk dipelihara kerana anak kami yang bongsupun dah nak bersekolah. Anak ini sudahpun disusui (susu badan) oleh isteri saya setelah mendapat nasihat dari doktor dan ubat untuk menghasilkan susu badan. Sudah menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami.

Rasa-rasa permasalahan berkenaan anak luar nikah ni tidak ada masalah lagi bagi saya dan isteri kerana semuanya sudah terjawab dilaman ini. Yang tahu tentang status anak ini cuma beberapa orang sahaja.
Masalah saya ialah: Setelah anak ini (lelaki) dah dewasa apakah jawapan yang sebaiknya untuk saya terang kepadanya. Dari surat beranaknya pun diruangan bapa juga dicatit -tiada maklumat-
Sekurang-kurangnya jawapan dari pihak tuan dapat memberi sedikit idea untuk saya siap jawapannya untuk 10 atau 15 tahun lagi. Buat masa ini kalau ada orang yang bertanya siapa bapa budak ini – jawapannya ialah bapanya telah meninggal.
Jazakallah

jawapan:

Salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Antara cara yang paling baik ialah dengan mendidik anak ini dengan sebaik-baiknya. Diberi pelajaran dunia dan akhirat secukup-cukupnya. Agar anak ini kelak menjadi anak yang soleh lagi berpemikiran matang.

Nanti, jika akhirnya dia mendapat tahu statusnya, sudah tentu dia dapat menerima dengan pemikiran matang dan terbuka.

Perlulah dididik bahawa, bahawa bani adam itu adalah sebaik-baik makhluk. Dan kemuliaan di dunia dan akhirat seseoarang itu tidak bergantung pada rupa parasnya. Jalur keturunannya. Apa bangsanya. Harta kekayaannya. Tetapi kemuliaan itu dipandang sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah.

Juga dididik bahawa setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaa fithrah. Suci bersih. Tidak membawa setitikpun dosa dari datuk neneknya.

Dan setiap manusia itu tidak menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh oranglain. Siapa yang melakukan dosa, dialah sendiri yang menanggungnya. Orang lain tidak mungkin akan menanggung dosanya.

Akhirnya, sesungguhnya memelihara anak yang diterlantarkan begini adalah perbuatan yang cukup mulia. Bagaimana tidak dikatakan mulia, kerana ia adalah sebahagian dari perbuatan memelihara nyawa manusia, lebih2 lagi jika di asuh dengan iman dan amal.

Sekian, moga bermanfaat.

Wassalam

al-ahkam 

Advertisements

One thought on “Pelihara Anak Luar Nikah

  1. ibu saya telah mengambil anak angkat dari ibu kepada bayi tersebut,kerana dasar kesempitan hidup,sewaktu menguruskan kelahiran bayi tersebut baru kami tahu bahawa ser nya mereka belum berkhawin,wal hal kami ingat mereka pasangan suami ister,tetapi fikiran kami meleset.umur ibu nya dalam lingkungan 35 dan bapanya 24thn,semua terbongkar untuk pendafaran bayi tersebut.tapi alhamdulilah,kami tahu bayi itu tidak bersalah malah ianya suci di sisi ALLAH.bagi yang terbaca blok ini,bg pandangan sy lebih baik jangan buang bayi @ membunuh bayi tersebut,lebih elok lagi jika beritahu secara jujur bahawa bayi yang di kandungkan adalah anak luar nikah,bayi juga ada sifat mahu lihat akan kehebatan dunia.Oleh itu,berilah mereka pada orang yang betul-betul mahukan anak.jangan buang mereka seperti bagkai yang x bernyawa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s