Bagaimana Dengan Anak Hasil Rogol?

Assalamualaikum

seseorang bertanya:

————————————————————————-

Seorang ibu telah dibiarkan hidup keseorangan, hidup membanting tulang menyara kehidupan. Suami tidak ambil peduli hal keluarganya. Suatu hari si ibu telah dirogol oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Lahirlah seorang anak perempuan, anak luar nikah. (dinamakan di sini sebagai xx)
Persoalannya…..

1. XX layak dibintikan dengan siapa.

2. Apa hubungan xx dengan ibunya. Ibunya telah dengan ikhlas membesarkanya dengan penuh kasih sayang.

3. Hubungan xx dengan adik beradiknya yg lain terutamnya dengan abang-abang di dalam keluarganya.

4. Batal/tidak wuduk dengan bapa yg tidak bertanggungjawab tadi (bapa tadi telah insaf dan kembali kepangkuan keluarganya)
dan juga dengan saudara lelaki di dalam family tadi.

5. Apa hukumnya xx dibintikan dengan bapa asal tadi.

6. Jika ditalkin di kubur siapa bintinya….

7. Apa hak sebagai suami xx ke atas dirinya…..

P/s : xx sekarang di dalam keadaan sakit tenat setelah menderita atas satu penyakit sejak sekian lamanya…..

jawapan:

Wassalam
Jawapan:

Bahagian 1:
Apakah yg perlu dilakukan oleh isteri bila ditinggalkan dan diabaikan nafkah oleh suami?
Jawab:
a. Isteri boleh memohon fasakh (pembubaran perkahwinan) jika suami enggan memberi nafkah di pejabat Qadhi (Fiqh Islami: 7/513)
b. Isteri juga boleh mengadu kepada Qadhi bahawa wujudnya kemudharatan dalam perkahwinan mereka atas sikap suami yg tidak bertanggungjawab . Jika thabit, suami boleh dikenakan hukum takzir (Syarbini Khatib, Mughni Muhtaj: 3/260)

c. Perkahwinan juga fasakh bila suami menghilangkan diri bagi tempoh tertentu spt yg dilafaz dan ditandatangi semasa aqad (lafaz ta’liq), maka isteri boleh membuat aduan di pejabat Qadhi

Bahagian 2: isteri yg dirogol.
Rogol adalah jenayah berat dan perogol telah melanggar hukum jinayah hudud yg dinamakan Hirabah (terorisme terhadap wanita) dan hukum jirah (kecederaan) [Fiqh Sunnah: 2/447] dan alJaziri, Fiqh alMadhzaahib: 5/410]
Di bawah perundangan Civil pun jenayah rogol juga membawa hukuman berat sehingga 20 tahun jel dan sejumlah sebatan.
Maka jenayah ini hendaklah dilaporkan kepada polis.
Bah 3: menjawab 7 soalan yg dikemukakan:

1. Bayi perempuan XX dibintikan kepada siapa?
Jawab: Jika kes rogol itu dirahsiakan, kemudian suami sekali-sekala balik ke rumah dan menyetubuhi isterinya, maka anak itu adalah anak syubhah. Jika suaminya tidak menyetubuhi nya pada kadar yg agak lama, dan dia mengingkari anak itu, cara menghilangkan syubhahnya ialah ujian DNA. Jika ujian DNA mengesahkan bukan dari suami, maka ia hendaklah dibintikan kepada si ibu. Namun prosedur di Malaysia, Pejabat Pendaftaran mensyaratkan nama bapa, maka sebab itu diletakkan dgn salah satu Asmaa’ Allah SWT. [Dr Wahbah, Fiqh Islami: 7/688; Ali Hasanbalah, Uyun alMasail asySyari’ah/251]

2. Hubungan xx dgn ibu, tidak ada masalah kerana ia tetap ibu dan bukan anak pungutan. Ini kerana yg ditegah ialah dinasabkan kepada mana-mana lelaki (Fiqh Islami: 7/7688)

3. Hubungan XX dgn adikberadik yg lain.
Jawab: Hubungan adik beradik, satu ibu berlainan bapa

4. Batal wudhu’ kerana menyentuh wanita.
Jawab: Ini dibahaskan berasingan. Pendapat pilihan kami ialah wudhu’ tidak batal jika sentuhan itu tidak ada unsur syahwat (alMughni: 1/190, Aun alMa’bood: 1/69, Sunan anNasa’iy: 1/23

5. XX dibintikan dgn bapa asal (yg merogolnya]
Jawab: Tidak boleh sebab nasab tidak boleh thabit dan tidak diiktiraf selain melalui sistem perkahwinan. Penzina dan perogol tidak ada hak ke atas nasab. (Imam Nawawi, Syarh Muslim: 10/290]

6. Talqin.
Ini isu yg sepatutnya dibahaskan berasingan. Imam alMuhaddith Albani dalam mentahqeeq hukum Talqeen, ia adalah bid’ah dan bukan amalan kaum salaf. Jika anda ingin dilakukan, mengikut adat nasab si mayyit disebutkan nama Ibunya.

7. Hak suami XX ke atas dirinya (anak hasil rogol).
Jawab: Haknya adalah sama spt isteri dari nasab perkahwinan yg sah. Ini kerana anak zina dan rogol adalah suci dan tidak memikul dosa orang lain. WA

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s