Kejut Orang Tidur Waktu Subuh?

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, 10-Jun di dalam ruangn soal-jawab bersama Mohd Yusof Abas:

Tidak bangun solat subuh

SOALAN: Apakah hukum mereka yang berjaga malam kerana menjalankan tugas dan sebagainya sehinga tidak bangun solat subuh. Adakah wajib kita membangunkannya?

– Saleh Mahmud, Pekan, Pahang.

Jawapan: Bagi mereka yang tertidur dan terlepas waktu solat itu tidak diambil sebarang kesalahan kerana hadis Rasulullah yang mengatakan kalam catatan itu akan terangkat dari mereka yang, tidur, mabuk atau gila. Sebab itu tidak perlu kita mengejutkannya dalam keadaan masih mengantuk dan penat. Biarkanlah dia tidur dan rehatkan badannya kerana waktu solat mereka, ialah masa mereka benar-benar jaga dan sedar. Rasulullah pernah juga mengingatkan mereka yang beribadat itu supaya jangan melakukan ibadat mereka bila dalam keadaan terlampau mengantuk atau dalam keadaan jemu dan malas dan pernah menasihatkan mereka supaya dapat melakukan setiap ibadat itu dengan penuh semangat dan rajin. Ini kerana Allah tidak akan jemu sehingga kamu jemu. Tetapi kata setengah ulama perlu ada penjelasan lagi iaitu dilihat kepada keadaan dan sebabnya. Ini kerana peristiwa tersebut pernah berlaku dalam sejarah hidup Rasulullah sewaktu kembalinya dari medan peperangan. Lantaran itu kalau apa yang berlaku kepada seseorang itu adalah sama dengan peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah tanpa ada sebarang taksir (sebarang kecuaian) lagi, barulah terangkat kesalahan tadi. Ini kerana sudah dilantiknya Sayidina Bilal sebagai tukang jaga untuk mengawal waktunya, tetapi Bilal juga tertidur sama kerana terlampau penat dan letih. Wallahualam.

#
Apa yg saya faham dari jawapan ini adalah sekiranya seseorang itu tidur (anak isteri atau kawan2 umpamanya) di kala waktu subuh, maka biarkan ia dan jangan dikejutkan walau waktu subuh hampir habis. Waktu solat beliau hanya dikira apabila beliau telah terjaga. APAKAH BENAR JAWAPAN INI? Mohon penjelasanjawapan:

al-Jawab:

Pelik sungguh jawapan tsb. namun setiap ahli Fatwa kena bertanggujawab terhadap apa jua fatwanya itu.

Pendapat yang rajih ialah:

1. Mereka yang tertidur kerana kepenatan dan terlepas waktu subuh, waktu solat mereka ialah ketika jaga. Ini bagi kes si fulan yg tidak ada sesiapa yg menemaninya.

2. Jika seseorang sedang tidur kerana keletihan dan jika ada rakannya yang jaga hendaklah mengejutkan kawannya itu dgn kadar segera jika waktu solat sudah hampir luput. Ini kerana orang yg jaga hendaklah berusaha menghindari rakannya terlepas suatu kefardhuan BUKAN membiarkan dia terus tidur atas alasan dia tak berdosa kerana keletihan. yang benar ialah yang melihat kawannya terlepas waktu solat itulah yang perlu dipersalahkan. sekian

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s