Khas kepada pengkagum Khomeini Bah. 1: Menghancurkan Masjid al-Haram & al-Nabawi

Oleh: zain-ys

Golongan Syiah Imamiyah melalui proxy-proxy mereka mengecam secara habis-habisan perlakuan golongan Wahabi yang dikatakan meratakan beberapa kuburan Ahlil Bait dan beberapa kesan sejarah mereka seperti rumah dsbnya.

Ramai di kalangan golongan sufi yang terpengaruh dengan propaganda proxy-proxy Syiah Imamiyah di Malaysia. Mereka berada di sisi proxy-proxy Syiah ini yang kononnya mahu membela kesucian dua tanah haram.

Malang.. Golongan sufi ini menjadi golongan yang amat malang kerana mereka menjadi ‘tidak kasyaf’ terhadap agenda di sebalik seruan proxy-proxy Syiah ini.

Mereka menjadi ‘tidak kasyaf’ bahawa lelehan air mata yang mengalir dari golongan Syiah atas tindakan meratakan beberapa tinggalan sejarah itu bukanlah kerana mahu menjaga kesucian dua tanah haram itu.

Tetapi mereka menangis kerana sudah tidak ada tempat tinggalan ahlil bait untuk mereka puja dan sembah. Sudah tidak ada tempat tinggalan para sahabat untuk mereka ludah dan mencaci maki.

Dan, golongan sufi yang berpelukan dan berdakap dengan proxy-proxy Syiah mengkafirkan golongan salafi yang Sunni itu sudah ‘tidak kasyaf’ lagi bahawa Syiah Imamiyah tidak menganggap dua Tanah Haram itu sebagai bernilai berbanding dengan Tanah Karbala’. Malah, mereka juga sudah ‘tidak kasyaf’ lagi tentang kejadian yang sedang Syiah Imamiyah ini nanti-nantikan iaitu kemunculan imam ke-12 mereka sebagai al-Mahdi. Al-Mahdi mereka inilah yang akan bertindak menghancurkan dan meratakan dua Masjid. Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi.

Sedarlah! Wahai yang menjadikan proxy-proxy Syiah di Malaysia sebagai teman yang mengkafirkan saudaranya yang beraliran Sunni.

Sedarlah! Wahai yang menjadikan Khomeini sebagai Idola..

Wahai Tuhan! Kami sudahpun menyampaikan!

Sungguh mengejutkan!

1. Golongan Syiah Imamiyah mengatakan bahawa apabila imam al-Mahdi mereka atau mereka namakan sebagai al-Qa’im kembali, iaitu imam mereka yang ke-12, al-Mahdi mereka akan menghancurkan Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi.

2. Mereka memang tidak menganggap dua tanah haram itu mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding tanah Karbala’.

3. Lihat kenyataan Sayid Hussain al-Musawi di dalam bukunya Mengapa saya keluar dari Syiah (Tajuk asal: Lillah Tsumma Lit Tarikh), hal. 135-136:

Tambah mengejutkan!

1. Mereka akan memindahkan Hajar al-Aswad ke Kufah

2. Mereka akan menjadikan Kufah sebagai kiblat solat menggantikan Masjidil Haram!

3. Lihat petikan dari buku yang sama, hal 137-138:

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s