solat jama’ lagi!

Saya difahamkan bahawa solat jamak tidak disempitkan skopnya hanya kepada musafir tetapi juga atas kerumitan dan kesulitan untuk mengerjakan solat… tetapi solat tersebut mestilah dibuat tamam yakni penuh.

Kes study : Sekiranya saya telah solat zohor dirumah, kemudian dalam pukul 2.00 pm mendapat berita yang saya mesti ke oversea atas urusan emergency. Flight pukul 4.30 pm, sampai ke destinasi dah tak sempat solat Asar. Walau pun saya belum memulakan musafir saya dan masih berada dirumah, saya boleh solat jamak Asar dirumah, tapi mestilah solat penuh ( .. betul ?? ) tetapi atas sebab kesuntukan masa, saya memilih untuk menyelesaikan hal2 tiket di LCCT terlebih dahulu.

Setelah selesai, jam 3.40 pm, dan memandangkan LCCT berada diluar perjalanan biasa saya, boleh kah saya solat Asar QASAR..?

Jazakallah.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sodbaro dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Benar, Solat Jama’ ini skopnya luas, bukan sekadar musafir. Bak kata Syeikh Ibn Utsaimin rh., kesukaran itu PELBAGAI. Melakukan Jama’ solat Zohor dan Asar dirumah kerana ditakuti tidak sempat solat Asar di LCCT di perbolehkan. (Boleh rujuk link dibawah ini.)

SJ-06-0027 : Jamak Sahaja
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29850

[quote]Setelah selesai, jam 3.40 pm, dan memandangkan LCCT berada diluar perjalanan biasa saya, boleh kah saya solat Asar QASAR..?[/quote)

a. Anda boleh melakukan Solat Jama ‘ Taqdim Solat Zohor (Qasar) dan Asar (Qasar) di LCCT. Kerana waktu Zohor masih wujud dan waktu Asar belum masuk lagi.

b. Sekiranya anda sudah melakukan Solat Zohor secara tamam (penuh), apa yang anda boleh lakukan ialah melakukan Solat Asar secara Qasar diatas kapal terbang (waktu 3:40pm belum masuk waktu Asar) apabila masuk waktu Asar mengikut kemampuan anda; maksudnya secara berdiri atau duduk sekiranya terdapat kesukaran. Pandangan ini berdasarkan hadith Sahih riwayat Imam Bukhari dimana Anas ra. berkata :

حدثنا أبو نعيم قال حدثنا سفيان عن محمد بن المنكدر وإبراهيم بن ميسرة عن أنس رضي الله عنه قال : (صليت الظهر مع النبي صلى الله عليه وسلم بالمدينة أربعا والعصر بذي الحليفة ركعتين).

“Aku bersolat Zohor bersama Nabi saw di Madinah 4 rakaat dan Asar 2 rakaat di ZulHulaifah”

Solat Qasar skopnya cuma bagi orang MUSAFIR sahaja. Perlu dijelaskan bahawa Solat Qasar tidak semestinya di buat secara Jama’.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s