Penghormatan Syiah Untuk Pembunuh Saidina Umar RA

Siapakah pembunuh Saidina Umar al-Khattab r.a.? Dia ialah Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi. Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam Minhaj as-sunnah an-nabawiyah, Abu Lu’lu’ah adalah kafir dengan kesepakatan seluruh Muslim. Dia adalah seorang Majusi penyembah api.

Tambahnya lagi, Abu Lu;lu’ah membunuh Saidina Umar r.a. kerana kemarahannya kepada Islam dan para pemeluknya dan membalas dendam bagi pihak kuffar terhadap apa yang dilakukan oleh saidina Umar r.a. ke atas mereka ketika menakluk negara mereka, membunuh para pemimpin mereka dan membahagi-bahagikan harta mereka.

Kita sebagai muslim mengeji pembunuhan dan si pembunuh saidina Umar r.a. Namun yang berlaku kepada kelompok Syiah Imamiah adalah sebaliknya. Mereka malah memuji dan memuja Abu Lu’lu’ah si pembunuh Saidina Umar r.a.

Ini adalah wajar kerana Syiah amat memusuhi saidina Umar r.a. Dan sebagai antara musuh yang tidak ada tandingnya. Kerana itu golongan Syiah memberi gelaran kepada Abu Lu’lu’ah dengan Baba Syuja’uddin (بابا شجاع الدين).

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan di dalam kitab yang sama bahawa golongan Syiah juga berdoa: “Ya Allah! Redhailah Abu Lu’lu’ah dan himpunkanlah aku bersamanya..”

Lihat pada gambar tertulis: Kubur Abu Lu’lu’ah Rahimahullah (Semoga Allah merahmatinya). Gambar ini diambil dari salah satu forum Syiah: http://www.yahosein.org/vb/attachment.php?attachmentid=162&stc=1

Gambar-gambar lain:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s