Pembunuh Sayyidina Husain? (5)

II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN

Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :

1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap orang – orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu .

Disini mungkin pula timbul persoalan iaitu , kenapa pula kita mengambil kenyataan dari riwayat yang menyatakan pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain adalah Syiah Kufah dan bukannya pihak Yazid sebagimana yang sering didengari dan disebarkan selama ini?

Maka untuk menjawab persoalan ini kita akan berkata bahawa , ” Riwayat yang mengatakan pihak Yazid sebagai pembunuh Sayyidina Husain di Karbala itu 90% daripadanya adalah berpunca daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya dan orang – orang seperti Muhammad bin As Saaib Al Kalbi dan anaknya Hisyam yang telah dikenali oleh ulama Rijal sebagai orang – orang Syiah. Bahkan mereka disebutkan sebagai ” Saba’i ” (pengikut Abdullah Ibn Saba’ )”

Riwayat-riwayat yang menyebutkan Syiah Kufah sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu juga diriwayatkan oleh Syiah . Bahkan kenyataan – kenyataan ini tersebut di dalam kitab – kitab mereka yang ” asal “.

Jadi kedua – dua riwayat ini adalah berpunca daripada Syiah (pengikut Ibn Saba’ yang terkutuk itu) , mereka menyimpan bersama mereka fakta yang sebenarnya tetapi untuk mengelirukan umat Islam terutamanya golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan umat manusia seluruhnya, mereka mencipta kisah – kisah yang menggambarkan Yazid sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan itu . Orang – orang dari kalangan mereka seperti Abu Mikhnaf Lut bin Yahya, Al Kalbi, Al Waqidi dan lain – lain mencipta kisah ini untuk dikemukakan kepada ahli – ahli sejarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti At Thabari dan lain – lain .

Dan apa yang dikemukakan oleh Thabari itu telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat kerana beliau dipercayai sebagai orang Ahlus Sunnah wal Jamaah yang bersikap sederhana dalam penyusunan kitab sejarahnya. Dengan begitu , berjayalah puak-puak Syiah ini dalam perancangan mereka yang halus itu. Berabad lamanya mereka berpesta keriangan lantaran tertipunya Ahlus Sunnah dan manusia semuanya .
Walau bagaimanapun , kebenaran tetap akan terserlah jua akhirnya. Seperti matahari yang ditutupi awan tebal untuk beberapa lama tetapi akhirnya tetap akan memancarkan sinarnya yang terang .

Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang terperangkap dengan tipu daya Syiah ini adalah golongan yang meninggalkan dua sumber yang dijamin oleh Rasulullah s.a.w . iaitu Al-Quran dan Al Hadis .

Mereka itu sebenarnya adalah orang – orang yang malang kerana menganggap Al-Quran dan As Sunnah tidak berperanan dalam mengemukakan fakta – fakta sejarah sepertimana peranannya di dalam mengemukakan hukum – hukum agama .

Adapun Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh dengan kedua – duanya , sama sekali mereka tidak akan terkeliru dan terpedaya dengan kepalsuan sejarah yang disebarkan oleh musuh – musuh Islam.

Di dalam Sahih Bukhari misalnya akan kita temui riwayat dari Ibn Umar yang dengan jelas mengatakan golongan Syiah Kufah atau orang Iraq lah yang telah membunuh cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Husain, iaitu ketika beliau ditanya oleh seorang penduduk Iraq tentang apakah fidyahya orang yang berihram yang membunuh lalat ? Maka sebagai menjawabnya beliau berkata, ” Orang Iraq bertanya tentang membunuh lalat padahal mereka telah membunuh cucu Rasulullah s.a.w . ( Sahih Bukhari , jilid 1, m.s 530 )

Riwayat ini menunjukkan bahawa para sahabat yang masih hidup pada ketika itu tidak menganggap pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala berlaku mengikut perintah Yazid bahkan mereka menganggap orang Iraq atau orang- orang Kufahlah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain, kerana itulah sikap mereka terhadap Yazid dapat dilihat dengan jelas iaitu mereka tetap setia kepadanya dan tidak terlibat dalam pemberontakan – pemberontakan terhadapnya yang dicetuskan oleh Ibn Zubair atau Mukhtar bin Abi’ Ubaid Ats Tsaqafi .

Di zaman kemudian daripada generasi sahabat pula , walaupun sudah agak meluas tersebarnya riwayat – riwayat yang menuduh Yazid sebagai pembunuh Sayyidina Husain, namun rata-rata masyarakat pada masa itu masih tidak terpedaya dengannya . Sebagai contohnya dapat dilihat pada pandangan Imam Ghazali tentang Yazid dan juga orang yang membunuh atau menyuruh membunuh Sayyidina Husain. Kata beliau , ” Dan Yazid, Islamnya baik, tidak benar pendapat yang mengatakan beliau membunuh Sayyidina Husain atau beliau menyuruh orang membunuhnya atau beliau senang hati dengan pembunuhan itu . Oleh itu , apabila tidak benar pembunuhan itu dilakukannya , maka haramlah berprasangka buruk terhadapnya . Allah s.w.t berfirman bermaksud :

” Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa “.

Nabi S.A.W. bersabda :

” Sesungguhnya Allah mengharamkan darah, harta dan kehormatan setiap orang Muslim ( dari dicerobohi) “

Orang yang menyangka Yazid telah memerintahkan supaya membunuh Sayyidina Husain dan senang hati pula dengan pembunuhannya adalah terlalu bodoh kerana orang – orang besar, menteri – menteri dan raja – raja yang terbunuh di zamannya tidak diketahuinya siapakah pembunuhnya, yang memerintahkan pembunuhan, siapa yang senang hati dan siapa pula yang tidak senang hati, walaupun pembunuhan itu berlaku tidak jauh daripada tempatnya dan semasa hidupnya, bagaimana pula dia akan mengetahui pembunuhan yang telah berlaku di satu negeri yang jauh dan pada satu masa yang telah lama pula ? Bagaimana dia mengetahui peristiwa yang telah berlaku hampir 400 tahun yang lampau di suatu tempat yang jauh ditambah pula oleh adanya perasaan ta’sub dan cerita – cerita palsu berhubung dengan peristiwa ini ?

Tentu sekali peristiwa ini tidak dapat diketahui hakikatnya sama sekali dan apabila kita tidak mengetahui hakikatnya, maka wajiblah kita menyimpan sangka baik terhadap setiap orang Islam – Imam Al Ghazali ( Ihya’ Ulummuddin jilid 7 m.s 488 dan Ibn Khallikan – Wafayaatu Al A’yan jilid 3 m.s 288 – 289 )

Begitulah pendapat Imam Ghazali dan juga muridnya Ibnul Arabi di dalam bukunya ” Al Awaasim Min Al Qawaasim “. Dengan meletakkannya di hadapan semua kenyataan – kenyataan sebelum ini, hendaknya tidak ada lagi orang yang ragu tentang bersihnya Yazid daripada tuduhan liar ini dan terungkaplah sudah rahsia pembunuh – pembunuh sebenar Sayyidina Husain di Karbala .

Seorang penyair Urdu berkata :

qarib he abltoroze mehsyar
chupe ga kusyton/ka khun kiunkar
agar na boli/zubane khaujar
lahu pukarelga aasetin ka

bermaksud :

hari mashyur sudahpun hampir
darah orang – orang terbunuh takkan tersembunyi lagi
kalaupun lidah khanjar tidak berkata
percikan darah di lengan – lengan baju pasti akan menjadi saksi

Dan akhir sekali renungi firman Allah S.W.T. ini yang bermaksud :

” Dan ingatlah ) ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh menuduh tentang pembunuhan itu dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan “. ( Al Baqarah : 72 )

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s