Hukum FULUS MANIA


gambar hiasan

Soalan

Apa pandangan ustaz tentang hukum fulus mania di sebuah rancangan televisyen di Malaysia?

dari : 013-880 xxxx

Jawapan

 

Sebelum memberikan komen, berikut disertakan info berkenaan skim Fulus Mania ini

Fulus Mania! (dahulunya dikenali sebagai Durian Runtuh) merupakan sebuah rancangan interaktif di XXXX. “Fulus” bermaksud duit dalam bahasa Arab.

Penonton boleh menjawab soalan dengan menghantar SMS atau melalui talian tetap. Namun, penonton yang ke-100 sahaja akan diberi peluang keemasan itu daripada semua yang mencuba nasib itu dengan syarat jawapannya mestilah tepat dan tidak bercanggah dengan jawapannya seperti memberi jawapan dalam bahasa selain bahasa Melayu. Sekiranya penonton ke-100 yang pertama tidak dapat menjawab dengan betul maka permainan itu akan dibuka pula kepada penonton ke-100 seterusnya yang akan dihubungi pada bila-bila masa untuk memberi keadilan kepada semua penonton yang mencuba nasib juga mengatasi ketidakpuashati yang dialami penonton sekiranya format pemanggil dapat menjawab selepas tamat sesebuah tempoh yang diberikan dilaksanakan secara terus-menerus maka sebab itulah ia ditukar. Permainan akan tamat apabila jawapan dapat dijawab dengan betul ataupun masa rancangan sudahpun hampir tamat. Setiap pemenang akan diberikan sejumlah wang serta hadiah yang ditawarkan(berubah-berubah secara terkini). Perubahan nama rancangan ini telah diubah pada bulan Mac 2007

Sumber : Wikipedia

 

FULUS MANIA

Fulus Mania is an Interactive Quiz Show SMS Contest (“Contest”) that begins from 12 th February 2007 until 31st January 2008, shown on XXXX.

This show allows you to win cash prizes daily from Monday to Friday from: a.11am to 12noon , and b. 3.30pm to 4pm . Every weekday, Fulus Mania offers up to RM 3000 in cash prize. Your bubbly and cheerful hosts will guide you on how to join this game. All you need is your mobile phone with enough credit and / or your fixed TM telephone line. Who knows you can be a few hundred richer today!

How To Win?
To enter the Contest, the Contestant must tune in to the show and register for the Contest by:

1. SMS: Keying in FM and send it to 32999. ( Open to all mobile subscribers of Maxis, Digi and Celcom)
2. TM fixed line: Calling 13777. Available only to Telekom Malaysia fixed line users. (Call cards for example Ring- ring Card is not acceptable)

All the users will be charged a premium of:

1. SMS: RM3.00 on top of the normal SMS charges.
2
. Fixed line: RM3.00 per successful call.

The fastest 100th participant from any of the medium (SMS or fixed line) for each puzzles will be selected and called. Should he / she correctly answer a question that is announced on the Show, he / she will win the said prize as mentioned by the host.

sumber : ASTRO

Hukum skim begini adalah haram tanpa syak lagi, kerana ia bersifat perjudian, iaitu :-

a) Iaitu membayar yuran tertentu melalui sms dan telefon sebagai yuran penyertaan, dan berharap nasib agar anda terpilih sebagai 100 peserta tercepat.

b) Jika terpilih, peserta diperlukan menjawab soalan tertentu pula yang terdedah kepada gagal menjawab atau berjaya bagi mendapatkan hadiah.

Kedua-dua unsur ini apabila dibuat secara berbayar dan bayaran itu boleh hangus, adalah jenis perjudian tanpa khilaf lagi.

Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 – 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) telah memutuskan bahawa membayar harga telefon atau SMS yang tinggi (lebih dari biasa) kerana ingin memasuki sesuatu pertandingan untuk memenagni sesuatu adalah haram kerana kerana judi.

Ia tidak sama dengan sms yang dinaikkan harga bukan untuk menyertai pertandingan untuk memenangi sesuatu hadiah kerana ia tiada unsur Judi dan tiada apa yang ingin dimenangi.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s