Mandi Bogel. Blehke?

apakah hukum mandi bogel, ada tak , dalil quran dan hadis melarangnya?jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan budak-budak dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Mandi bogel di tempat yang tertutup pada hukumnya tidak dilarang didalam Islam.

a. al-Hafiz Ibn Hajar Asqalani menjelaskan bahawa ulama’ mengambil hadith Sahih Bukhari #3404 dan Muslim #339 yang menunjukkan Nabi Musa as. dilihat oleh kanak-kanak Yahudi dalam keadaan tidak berpakaian selepas mandi menunjukkan bahawa dibenarkan seseorang itu mandi dalam keadaan berbogel [Fath al-Bari, 1/385].

Imam al-Nawawi didalam mensyarahkan hadith ini menjelaskan kebenaran mandi berkeadaan bogel jika dia berseorangan. Jelas beliau :-

وقد قدمنا في الباب السابق أنه يجوز كشف العورة في موضع الحاجة في الخلوة وذلك كحالة الاغتسال وحال البول ومعاشرة الزوجة ونحو ذلك فهذا كله جائز فيه التكشف في الخلوة ، وأما بحضرة الناس : فيحرم كشف العورة في كل ذلك

“Kita telah melihat didalam bab yang lalu bahawa sesungguhnya dibenarkan membuka aurat apabila ada keperluan (hajat), apabila seseorang berseorangan, apabila mandi, membuat air, apabila bersama dengan isteri dan sebagainya. Didalam semua keadaan ini, dibenarkan seseorang membuka auratapabila dia berseorangan, akan tetapi dihadapan orang lain adalah HARAM menyingkap aurat didalam semua keadaan.” [Sharh Muslim, 4/32].

b. Terdapat beberapa riwayat menjelaskan Nabi saw pernah mandi bersama isterinya didalam keadaan tidak berpakaian, sebagaimana didalam hadith Muslim dan Bukhari.

c. Tidak ada nas atau dalil dari hadith Nabi saw yang sahih mengenai kewajipan menutup diri semasa mandi. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ulama’ salaf yang menutup diri mereka, akan tetapi bukanlah diwajibkan. Adalah memadai semasa mandi itu tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Menurut Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Thaharah, ms. 252) adalah mustahab (digalakkan) menutup walaupun bersendirian. Nabi saw bersabda :

فاالله أحق أن يستحيى منه من الناس

“Allah lebih berhak seseorang itu malu padanya daripada manusia” [Hadith Riwayat Abu Daud, Kitab al-Hamaam #4017, Tirmudzi didalam Bab Adab, #2670].

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s