Camne nak Ikut sunnah nabi, sahabat nabi

Salam

Soalan sy mungkin tiada kaitan dgn hukum feqh. Kdg2 bila berbincang dgn teman sekerja atau saudara ttg bab mencontohi (mentauladani) nabi S.A.W. dan sahabat2nya selalu akan muncul perkataan spt “itu nabi…”, “itu sahabat nabi…” dan seumpamanya.

Umpamanya, apabila membahaskan ttg cara hidup sahabat nabi (sy ambil cth sahabat sj) contohnya Saidina Abu Bakr R.A., dikesahkan kehidupan beliau yg sgt sederhana (kalau zaman kita mungkin tahap miskin tegar kot). Ada kalanya beliau tiada makanan kerana bersedekah. Malah kebanyakan sahabat nabi S.A.W. seolah2 tidak memikirkan tentang bekalan makanan (sbg contoh) utk hari esok.

Ini berbeza sekali dgn kehidupan kita pd hari ini yg lebih mementingkan tentang “hari esok” dalam konteks “saving” (malah digalakkan oleh ramai ulama). Malah ada ust yg melarang kita bersedekah sehingga menghabiskan semua harta benda.

Soalnya, bukankah nabi S.A.W. serta sahabat2nya dan juga para salafussolleh itu sepatutnya menjadi contoh-ikutan bagi kita? Bagaimanakah kita ingin mencontohi kehidupan mereka sedangkan contoh-tauladan tadi hampir2 mustahil utk diikuti pada zaman sekarang?

Wassalam

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

Memang begitulah kalau kita melihat kurun salaf dari kacamata zaman sekarang di mana kita berada di zaman kebendaan atau kapitalis.

Namun, RasuluLlah saw telah menyempurnakan misi nubuwwah baginda dan membina satu generasi sahabat yang dinamakan generasi al-Qur:an yang unik (S Qutb, Ma’alim fi Thoriq, muqaddimah), al-Qur:an menamakan ia ummah terbaik pernah dilahirkan utk manusia (AQT 3:110)
Nabi saw mengisytiharkan kurun baginda sebagai kurun terbaik kemanusian, sebagaimana sabdanya: “sebaik-baik kurun ialah generasi yang hidup saat aku diutus ditengah-tengah mereka.” HR Muslim, sahih atTermidzi, 181, dari Imran bin Husin.

Kita kembali kepada beberapa contoh keagungan mereka, misalnya dalam memberi pada jalan Allah, apa jua mereka mampu berikan hatta nyawa mereka sekalipun dan mereka jatuh sebagai syuhada’. Dari segi pengorbanan hartabenda, kita merasa mustahil, bagaimana mereka mampu melakukan tanpa mengambil kira masa depan anak-anak.

Itulah standard atau benchmark (penanda aras) yang telah mereka set dan menjadikan standard itu suatu yg agak mustahil dicapai di masa kita. Allah mengiktiraf kelemahan dan kekurangan umat yang terkemudian dalam surah al-Anfaal: “sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui bahawa padamu ada kelemahan.” AQT 8:66

Rahsianya kata Sayyid Qutb ialah Nabi membina peribadi dengan acuan al-Qur:an dan mengikat mereka di atas ukhuwwah tulin. Kemudian baginda membangun sebuah negara akidah dan syari’at. Maka jika mereka gugur sekalipun sebagai syuhada’, mereka tidak merasa khuatir bahawa anak isterinya tetap terbela. Jika mereka memberi semua hartanya kepada jalan Allah, mereka tidak merasa khuatir bila mereka di kelilingi oleh sahabat yg tidak membiarkan saudaranya lapar dan dahaga.

ini kerana mereka berada dalam sebuah syurga dunia, sebuah masyarakat yang Allah telah redha dan mereka ridha kepada Allah swt.

Kita merasa takut utk memberi pada jalan Allah kerana masyarakat kita amatlah individualistik dan hanya mementingkan diri mereka sahaja, kasih sayang tidak ada dan hidup dalam suasana permusuhan. Kita dikelilingi oleh suatu keadaan yang menakutkan, yg kaya semakin kaya, kadar jenayah yg semakin meningkat dan rakusnya kaum kapitalis memeras keringat manusia serta meratanya kejahatan dan kezaliman.

Maka anda melihat generasi salaf dengan nada mustahil dan mana mungkin aku mengambil iktibar dari generasi terbaik ini. Jika aku memberi pada jalan Allah, siapa pula yg akan membantu aku ketika aku susah…jawabnya tiada.

Jangan kita takut dengan mainan musuh-musuh kita bahawa generasi salaf itu cuma metos dan dongengan orang purbakala..penjejak salaf akan terus ujud hingga Kiamat, “akan sentiasa ada segolongan dari umatku yg sentiasa tegar di atas hak… (HR Muslim)

Maka yakinlah bahawa kaum salaf tetap menjadi standard yang sentiasa releven sebagai contoh dalam semua perkara dan mereka mampu melakukan kerana membina ummah melalui metod nubuwwah, pembinaan ummah di atas akidah dan mengikatkan manusia di atas ukhuwwah serta masyarakat yang diikat dgn akidah. sekian WA

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s