Mana Lebih Tinggi Martabat?

Salam

Moga kita dirahmati Allah,

1) Mana yg lebih tinggi martabatnya di sisi Allah dr golongan bawahan ini:-

– muslim
– mukmin
– muhsin
– muttaqin
– wali
– ulamak????

2) apa definisi setiap golongan tersebut??

Sekian, Wassalamjawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulllah. Kami akan cuba menjawab soalan anakMINANG04 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah,

Stuktur martabat Islam diatas ini pernah dinyatakan oleh Drs Sidi Gazalba (pensyarah UKM dahulu) didalam bukunya ilmu-ilmu Islam; Muslim, Mukmin, Muhsin, Mukhlis dan Muttaqin.

a. Muslim – orang yang beragama Islam. Menunjukkan orang yang menyerah diri/tunduk kepada Allah swt.

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” [al-Baqarah : 128].

b. Mukmin – orang Islam yang beriman. Firman Allah swt :-

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.” [al-Bayyinah : 7]

c. Muhsin – orang Mukmin yang mencapai tahap Ihsan sebagai yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. didalam sebuag hadith yang panjang :-

ما الإحسان قال أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

“……Apa itu Ihsan, Dia menjawab : Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, dan jika kamu tidak melihatnya, ketahuilah bahawa Dia (Allah) melihat kamu….” [Hadith Riwayat Bukhari].

d. Muttaqin – orang Mukmin yang bertaqwa. Firman Allah swt :-

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” [al-Baqarah : 2-3]

e. Wali – wakil. Jama’nya ialah Auliya’. Disentuh dalam al-Quran bagi menunjukkan wakil/teman rapat sesuatu agama/kaum sebagaimana didalam al-Quran surah al-Ma’idah : 81 :

وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ وَلَكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

“Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.”

f. Ulama’ – merupakan orang mukmin yang berilmu.

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء

“….Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama’)….” [surah al-Faathir : 28]

———–
Dikalangan ulama’ ada yang mengatakan terdapat 2 tahap didalam Islam, iaitu Muslim dan Mukmin. Muslim adalah tahap pertama bagi seorang yang beragama Islam. Setelah dia beriman dan beramal soleh, dia digelar Mukmin.

Orang-orang mukmin mempunyai beberapa sifat-sifat, diantaranya : berTaqwa (Muttaqin), Ihsan (Muhsin), ikhlas (Mukhlis) dsb. Mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa merupakan wakil-wakil Allah atau Auliya’. Bagi orang Mukmin yang mempunyai ilmu Islam yang tinggi dan pelbagai, mereka di gelar ulama’. Mereka adalah hamba2 yang paling takut kepada Allah swt. WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s