SHALAT-SHALAT SUNNAT YANG DITUNAIKAN SEHARI-HARI

 

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

(a). Shalat-Shalat Sunnat Rowatib

Sabda Rosulullah Shallallahu �alaihi wa sallam


Ertinya : Tidaklah seorang muslim mengerjakan shalat kerana Allah setiap hari 12 rakaat shalat sunnah kerana Allah, kecuali Allah akan membangunkan sebuah rumah baginya di Syurga atau dibangunkan baginya sebuah rumah di Syurga.~HR. Muslim no. 728.

Perinciannya sebagai berikut:

Sholat empat rakaat sebelum shalat dzuhur dan dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah shalat maghrib, dua rakaat setelah shalat isya dan dua rakaat sebelum shalat subuh.

Wahai saudaraku tercinta! Tidakkah engkau mempunyai rasa rindu untuk dibangunkan rumah di Syurga?.

Peliharalah nasihat yang datang daripada Rasul Shallallahu alaihi wa sallam dengan tetap mengerjakan shalat sunnah sebanyak 12 rakaat.

(b). Shalat Dhuha

Shalat ini senilai dengan 360 shadaqah. Hal ini boleh terwujud kerana di dalam tubuh manusia ada 360 sendi (persendian) (1) setiap sendi tersebut memerlukan shadaqah setiap harinya(2). Shadaqah yang diperuntukkan pada persendian sebagai untuk menunjukkan rasa syukur atas nikmat, untuk mencukupi semuanya maka dua rakaat daripada shalat dhuha boleh sebagai sarananya.

Faedahnya
Sebagaimana terdapat dalam shohih Muslim bahawa Rosul Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:


Ertinya : Pada setiap pagi, pada setiap ruas persendian (3) di antara kalian memiliki hak, iaitu sedekah. Setiap tasbih (subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar ma’ruf termasuk sedekah, mencegah dari kemungkaran termasuk sedekah, maka yang mencukupi demikian itu adalah shalat dhuha dua rakaat. ~HR. Muslim dalam kitab Shalat al-Mufasirin wa Qashriha, bab Istihbab Shalat adh-Dhuha no. 720.


Dan penjelasan yang lain ada pada hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahawasanya dia berkata :

Ertinya : Aku telah diberikan nasihat oleh kekasihku (Rasulullah Shallallahu �alaihi wa sallam) dengan tiga hal, iaitu berpuasa tiga hari (13,14 dan 15), pada setiap bulan (Hijriyyah), dua rakaat shalat Dhuha, dan shalat witir sebelum aku hendak tidur. ~HR. Bukhari, Kitab Ash-Shaum, bab: Puasa al-Biedh tanggal 13,14, dan 15 tiap bulan no. 1981; dan Muslim dalam kitab Shalatu Musafirin, bab: Dianjurkannya shalat Dhuha, no: 721.


Waktu yang paling utama untuk menunaikannya adalah ketika terik matahari mulai makin menyengat.(4)

Jumlah rakaatnya paling sedikit dua rakaat. Sedangkan jumlah maksimanya 12 rakaat dan ada pendapat lain bahawa jumlah maksima rakaat dhuha tidak ada batasannya.

©. Shalat Sunnat Sebelum Shalat Ashar

Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:


Ertinya : Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang shalat sunnah sebelum Ashar empat rakaat ~HR. Ahmad 2/117, Abu Dawud dalam kitab At-Tathawwu’ bab Shalat sebelum Ashar no. 1270, Tirmidzi dalam kitab As-Shalah bab Riwayat tentang Empat Rakaat Sebelum Ashar, no. 430.

(d). Shalat Sunnat Sebelum Shalat Maghrib

Rasulullah Shalallahu �alaihi wa sallam bersabda :


“Ertinya : Shalatlah sebelum shalat Maghrib. Pada ucapan yang ketiga beliau Shalallahu alaihi wa sallam menambahkan: Bagi sesiapa yang mahu ~HR. Bukhary no.1183 dan no. 7368.

(e). Shalat Sunnat Antara Azan dan Iqamah.

Rasulullah Shalallahu �alaihi wa sallam bersabda :


Ertinya : Di antara dua adzan ada shalat, di antara dua adzan ada shalat. Pada ucapan ketiga, beliau bersabda: Bagi siapa yang mahu. ~HR. Bukhary Kitab Adzan bab Diantara dua adzan ada shalat no. 624, 627 dan Muslim kitab Shalatu Musafirin, bab , bab: Diantara dua adzan ada shalat no. 838.

Imam Nawawy berkata: Yang dimaksudkan dengan dua adzan adalah adzan dan iqamah.

(Disalin daripada kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid Al-Husainan, Penerjemah Zaki Rachmawan)
_________
Foote Note
(1). Lihat Shahih Muslim no. 1007 dalam kitab az-Zakat bab: Bayaanu anna Ismash Shadaqah Yaqa’u Ala Kulli Nau’in Minal Ma’ruuf.
(2). Berdasarkan hadits Buraidah Radhiyallahu ‘anhu yang menyebutkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Manusia memiliki tiga ratus enam puluh sendi dalam tubuhnya. Hendaknya ia bersedekah untuk semua sendi tersebut.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al Adab bab Imathatuk Adza вЂ�Anith- Thariq no. 5242 dan Ahmad 5/354 dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/984, Irwa’ul Ghalil 2/213.
(3). tulang jari jemari dan telapak tangan kemudian di pergunakan buat seluruh tulang-tulang badan dan persendiannya, lihat syarah An-Nawawi atas Shahih Muslim 5/272.
(4). Berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: Shalat orang-orang yang khusyu beribadah adalah ketika anak-anak unta (fishal) kepanasan” Riwayat Muslim dalam kitab Shalat Mufasirin, bab Shalat Al-Awwabin hina Tarmidhul Fishal no. 748.

http://www.almanhaj.or.id/content/1946/slash/0

 

di edit oleh Abu Usamah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s