Kesalahan Selawat asy-Syifa’ (3)

Mungkin ada yang berkata bahawa perkongsian sesuatu sifat Allah dan makhluk tidak semestinya membawa kepada penyamaan sifat tersebut, kerana persamaan nama sifat tidak semestinya menggambarkan persamaan hakikat sifat berkenaan. Dengan perkataan lain jika berlaku perkongsian beberapa sifat seperti sifat hidup, mendengar, melihat dan sebagainya antara Allah dan makhluk maka ia mesti difahami dalam konteks yang berbeza, bersesuaian dengan zat masing-masing. Jika sifat maha hidup, maha mendengar, dan maha melihat Allah swt boleh difahami dalam konteks yang berbeza dengan sifat hidup, mendengar dan melihat makhluk, maka sifat maha penyembuhnya juga boleh difahami dalam konteks yang berbeza antara kedua-duanya.

 

Jawapan Kekeliruan Kedua:

Pertama: Memang diakui bahawa perkongsian sesuatu sifat antara Allah dan makhluk tidak semestinya membawa kepada penyamaan sifat tersebut, seperti yang berlaku pada sifat hidup, mendengar, melihat, bercakap, dan sebagainya. Tetapi persoalannya di sini, sifat ‘penyembuh’ yang diberikan kepada Nabi saw itu diungkap melalui gaya bahasa yang mengandungi unsur mubalaghah (bersangatan). Maka itu, bagaimanakah sifat maha penyembuh yang diberikan kepada Nabi saw itu boleh difahami dengan maksud yang tidak menimbulkan kesyirikan dengan sifat maha penyembuh Allah swt?

 

Kedua: Bagaimana hendak digambarkan bahawa Nabi Muhammad saw yang telah wafat boleh berfungsi sebagai maha perawat, maha pengubat, maha penyihat dan maha penyembuh kepada orang yang masih hidup?

 

Kekeliruan Ketiga:

Mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mengamalkan selawat ini tidak bermaksud menyengutukan sifat nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana kebanyakan yang mengamalkannya tidak memahami maknanya, atau memahaminya dalam konteks yang tidak ada unsur tasybih.

 

Jawapan Kekeliruan Ketiga:

Pertama: Alangkah mujurnya jika keadaan si pengamal selawat itu benar-benar seperti yang diandaikan, tetapi adakah realiti mereka sedemikian? Ramai yang cuba berbaik sangka dengan semua amalan umat Islam, lalu mereka rasa tidak perlu untuk menjelaskan kekeliruan mereka. Di sini, perlu ada kesedaran bahawa perkara aqidah tidak boleh diambil mudah atau didiamkan begitu sahaja dan sikap berbaik sangka perlu ada had sempadannya. Jika dipakai alasan berbaik sangka dalam hal sebegini maka bermakna kita terpaksa biarkan semua ajaran sesat, khurafat dan bid’ah dengan alasan yang sama. Jika alasan berbaik sangka itu boleh diterima dalam persoalan akidah, maka kenapa perlu digezetkan ajaran wahdatul wujud, Martabat tujuh, Hakikat Nur Muhammad dan lain-lain sebagai sesat? (Kesesatan fahaman-fahaman seumpama ini telah dijelaskan oleh pihak berwajib. Lihat Mustafa Abdul Rahman, 2000, Mengenal Ajaran Sesat Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, hal: 3-7)

 

Kedua: Dalam kes akidah seumpama ini, bukankah wajar digunakan kaedah Saad al-Zarai’ (menutup pintu-pintu kemudaratan) sebagai langkah berwaspada terhadap keselamatan akidah masyarakat Islam? Nabi saw bersabda (maksudnya):

 

“Jika kamu melampaui memuji ku sebagaimana golongan Nasrani melampau memuji Isa bin Maryam as. Aku hanyalah seorang hamba Allah, maka katakanlah : seorang hamba dan pesuruh Allah.” (Riwayat al-Bukhari)

 

Dalam hadith ini, Baginda saw melarang para sahabat ra. memujanya sebagaimana golongan Nasrani memuja Nabi Isa as. Sebaliknya baginda menyuruh mereka berpada setakat menyatakan statusnya sebagai seorang hamba dan rasul sahaja. Larangan Nabi saw itu termasuk dalam kaedah Saad al-Zarai’ kerana kita sedia maklum bahawa cara para sahabat ra. memuji baginda tidaklah sampai ke tahap menyamakan sifat baginda dengan sifat Allah swt, sebagaimana cara pemujaan kaum Nasrani terhadap Nabi Isa as. Tetapi baginda saw tetap melarangnya kerana bimbang sekiranya perbuatan itu akan membawa kepada kesyirikan dan kekufuran tanpa disedari, sepertimana yang berlaku kepada golongan Nasrani. Pendekatan Nabi saw melarang para sahabat r.a. daripada memujinya secara berlebihan adalah antara contoh paling tepat yang menunjukkan keperluan mengaplikasikan kaedah Sad al-Zarai’ dalam menangani persoalan akidah.

 

* Artikel ini adalah ringkasan dari artikel ‘Menilai Salawat Syifa’ tulisan Dr Azwira Abdul Aziz, Pensyarah di Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

 

ustaz kadir

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s