Solat isya; di kwsn tiada Isyak. Boleh Jama’ Ke?

Assalamu’alaykum

bagaimanakah kaifiyah utk menentukan waktu solat ‘isya’ di tempat2 yg tiada waktu isya’ spt di Edinburgh, Aberdeen dan Belfast. Tiada waktu Isyak selama ± sebulan.(cahaya mega merah sentiasa wujud dari maghrib hingga Subuh.)

saya ada menghadiri ceramah oleh bekas imam besar masjid Belfast, beliau menyatakan pendapat ulama’ tentang perkara ini ada 5:
1. menggunakan jadual waktu terakhir isya’ di tempat tersebut.(semasa wujudnya waktu isya’)
2. gunakan jadual waktu isya’ di kawasan yg terdekat dgn tenpat itu.(yg ada waktu isya’)
3. menggunakan kalendar makkah. (waktu solat diselaraskan mengikut waktu solat di makkah)
4. menjamakkan solat maghrib dan isya’
5. solat isya’ sebaik selepas solat maghrib (tanpa niat jamak) di akhir waktu.

menurut ustaz tersebut, ulama’ di sana cenderung untuk menerima pendapat ke 4 dan 5.
tetapi, apabila saya menghadiri ceramah yg diberikan oleh pegawai falak syarie dr jab mufti selangor, beliau cenderung utk menerima pakai pendapat 1 dan 2 (berdasarkan kaedah falak).

saya agak keliru, pendapat mana yg lebih awla utk digunakan. diharapkan agar ustaz dpt membantu memandangkan permasalahn ini mungkin penting bagi sesiapa yg akan bermusafir@bermukim@bermastautin ke sana.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan sdr Ibnatul_Khazini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Didalam keadaan menentukan waktu solat khususnya di Utara Britain, didapati ulama’ disana lebih cenderung menggunakan keadaan 4 dan 5. Misalnya :-

1. Musim sejuk – mereka akan menggunakan kaedah 5, iaitu melewatkan waktu Zohor dan menunggu masuk waktu Asar dan bersolat kembali.
2. Musim panas – mereka akan Jama’ Taqdim bagi solat Maghrib dan Isya’.

Kebenaran melakukan Jama’ disebabkan umat Islam dikawasan tersebut menghadapi kesukaran (masyaqqah), kerana pada asalnya Solat 5 waktu itu hendaklah dilakukan pada waktunya. Contohnya pada musim panas (waktu siang yang panjang), seseorang itu dikehendaki berjaga sehingga tengah malam bagi menunggu waktu Isya’, ataupun pada musim sejuk (waktu siang yang pendek), agak sukar sekali bagai mereka yang bekerja atau bersekolah melakukan Solat Zohor dan Asar secara bersaingan kerana jarak waktu diantara 2 solat ini berdekatan.

Menurut Pengerusi Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, solat jama’ boleh dilakukan pada kedua musim, yakni musim sejuk (winter) dan musim panas(summer). Menurut beliau didalam penulisannya di Fatawa Mu’asyirah Jilid 3 dan buku Fiqh al-Aqaliyyaat al-Muslimah ms 79:-

والناس يطالبون بالذهاب إلى أعمالهم في الصباح الباكر، فكيف نكلفهم السهر لأداء العشاء في وقتها، وفي ذلك حرج وتضييق عليهم، وهو مرفوع عن الأمة بنص القرآن، وبما قاله راوي حديث الجمع بين الصلاتين في الحضر: ابن عباس رضي الله عنهما.
بل يجوز الجمع في تلك البلاد في فصل الشتاء أيضا، لقصر النهار جدا، وصعوبة أداء كل صلاة في وقتها للعاملين في مؤسساتهم، إلا بمشقة وحرج، وهو مرفوع عن الأمة.

“(Di Eropah) Manusia dituntut untuk pergi bekerja diwaktu awal pagi, maka bagaimana kita memaksa mereka menunaikan Isya’ pada waktunya, dan ini merupakan kesulitan dan menyusahkan mereka, sedangkan kesukaran agama diangkat dengan nas al-Quran, dan dengan berkatanya riwayat hadith membenarkan menjama’kan 2 solat bukan didalam perjalanan, dari Ibn Abbas ra.

Bahkan mereka dibenarkan menjama’kan solat pada musim sejuk juga, oleh kerana siangnya pendek, dan sukar bagi menunaikan solat pada waktunya bagi yang bekerja di organisasi, melainkan dengan kesukaran dan kesulitan, dan telah dihilangkan kesukaran keatas Umat ini ”

Berikut adalah fatwa Majlis Penyelidikan dan fatwa Eropah mengenai kebenaran menjama’kan solat :-

انتهى المجلس إلى جواز الجمع بين هاتين الصلاتين في أوروبا في فترة الصيف حين يتأخر وقت العشاء إلى منتصف الليل أو تنعدم علامته كلياً، دفعاً للحرج المرفوع عن الأمة بنص القرآن، ولما ثبت من حديث ابن عباس في صحيح مسلم “أن النبي صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، وبين المغرب والعشاء من غير خوف ولا مطر. قيل لابن عباس: ما أراد إلى ذلك؟ قال: أراد ألا يحرج أمته”.
كما يجوز الجمع في تلك البلاد في فصل الشتاء أيضاً بين الظهر والعصر لقصر النهار وصعوبة أداء كل صلاة في وقتها للعاملين في مؤسساتهم إلا بمشقة وحرج. وينبه المجلس على أن لا يلجأ المسلم إلى الجمع من غير حاجة، وعلى أن لا يتخذه له عادة. (انتهى).

“Majlis memutuskan bahawa dibenarkan menjama’ diantara 2 solat di Eropah pada musim panas (summer) dimana waktu petang lewat sehingga ke tengah malam atau tandanya hilang keseluruhannya, mengangkat kesukaran keatas umatnya dengan nas/dalil al-Quran. Telah datang dalil dari hadith Ibn Abbas didalam Sahih Muslim ‘bahawa Nabi saw menjama’kan antara solat Zohor dan Asar, dan diantara solat Maghrib dan Isya’ sedang tidak terdapat ketakutan ataupun hujan. Berkata Ibn Abbas : Apa yang diinginkan dari itu?. Baginda menjawab : Diinginkan agar tidak menyukarkan umatnya’.

Sebagaimana juga dibenarkan menjama’ dinegara tersebut didalam musim sejuk, diantara Zohor dan Asar bagi waktu siang yang pendek dan kesukaran menunaikan setiap solat pada waktu2nya kepada para pekerja di organisasi masing2 melainkan dengan kesukaran dan kesulitan. Majlis mengumumkan bahawa tidaklah seseorang itu melakukan Jama’ tanpa hajat, dan tidak mengambil kaedah/ruhsah ini sebagai tabiat (habitual)” -[tamat petikan]

Demikianlah sebagaimana yang telah di fatwakan. Wallahu A'lam,
wassalam

Rujukan :
==============
1. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Aqaliyyaat al-Muslimah. cet. pertama. Kaherah : Daar al-Syurooq. 2001. ms 79.

2. European Council for Fatwa dan Research (المجلس الأوربي للبحوث والإفتاء).
الجمع بين الصلوات في أوربا. URL : http://www.e-cfr.org/article.php?sid=50

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s