Suami Isteri Menonton Video Blue Untuk Belajar

SOALAN :

 

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

 

JAWAPAN :

 

Wa’alaikumussalam,

 

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

 

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

 

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

 

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

 

Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

 

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

 

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

 

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

 

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

 

sekian

 

ust zaharuddin

15 Mei 2007

Advertisements

7 thoughts on “Suami Isteri Menonton Video Blue Untuk Belajar

  1. saya punya seorang teman
    ketika sholat dia sering tidak khusyu karena ingat bersetubuh dengan pasangannya, gimana cara mengatasinya dan apakah sholatnya batal, serta apa hukumnya dalam islam?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    a) Seandainya dia sudah berkahwin, dia bolehlah melunaskan nafsunya dengan melakukan hubungan seksual dengan isterinya agar perasaan itu tidak mengganggunya ketika solat. Dia juga hendaklah menjauhi perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu syahwat seperti menonton gambar, video dan melihat bukan mahram.

    b) Jika dia belum berkahwin, dia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu syahwat seperti menonton gambar, video dan melihat bukan mahram.

    c) Solatnya sah.

  2. assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
    saya konpius dgn jawapan ustaz, dalam jawapan mengenai permasalahan mandi junub ustaz ada menyertakan hadith yg mengatakan sayyidatina aishah ra ada mandi bersama dgn rasulullah tanpa pengupasan secara khusus. di sini ustaz mgnjelaskan islam mensarankan suami isteri supaya tidak memandang kemaluan pasangan masing2. jd dakh semasa beliau mandi bersama rasululah ketika mandi junub itu mereka ada dinyatakan berbogel didalam hadith? ataukah mereka berpakaian ketika itu? cuba ustaz perincikan penerangannya untuk pengetahuan saya dan umum.

    terima kasih semuga ustaz diberkati Allah.

    Assalamualaikum wbt.

    Sebagaimana telah diletakkan di dalam artikel di atas, bahawa hadis yang menyatakan tidak elok lihat kemaluan pasangan adalah tidak sahih. Jadi tidak ada apa-apa masalah melihat kemaluan pasanga, jadi tiada masalah untuk mandi wajib bersama walau berbogel, apatah lagi ia boleh menambahkan hubungan mesra suami isteri.

    Wallahua’lam.

  3. saya pernah menonton video lucah kemudian saya berjanji tidak menontonnya lagi sebab takut dengan seksaaan Allah.
    tetapi kini saya mengulangi lagi menontonnya..soalan saya adakah semasa saya bertaubat dan tidak mahu mengulanginya lagi itu,dosa saya diampunkan? Dan satu lagi jika niat berjanji tidak mengulangi,tetapi telah mengulanginya apakah saya melakukan dosa yang kedua pula?

  4. Salam ustaz, saya ade seorang anak sepupu yang tidak diketahui samada anak itu luar nikah atau tidak. Sebab semasa kelahirannya,sepupu saya dibimbangi belum bernikah,anak yang dilahirkan disembunyikan dan rumahnya berkunci sehingga 2 bulan lebih kurang..tetapi saya tidak mahu pula membuat fitnah mengatakan anak itu anak haram sebab tidak ada saksi untuk kami mengatakan dia berzina..selepas itu dia telah bernikah tetapi megatakan dia menikahi di thailand sebelum kelahiran anaknya..saya menjadi confius..persoalannya ustaz,apakah saya mahu mendiamkan diri sahaja pabila anak itu sudah besar nanti dan mahu berkahwin,sedangkan statusnya diragui..apakah saya berdosa kerana mendiamkan diri atau meraguinya kerana neneknya mengakui bahawa cucunya itu adalah sah dan bukan anak luar nikah..katanya biar dia tanggung dosa kalu ade yang tak betul sebab taknak dihebahkan desas desus mengaibkan keluarga sahaja katanya..padahal fitnah…saya pernah dimarahi neneknya kerana cuba bertanyakan hal itu. Saya pun berdiam diri dan tak mahu campur lagi dlm hal itu sampai sekarang.Wallahualam

  5. Mahu Penjelasan Ustaz.

    Assalamualaikum wbt.

    Jika tiada bukti, wajib bersangka baik, dan tidak perlu bersangka buruk sesama manusia. Dan tidak perlu mencari-cari kesalahan manusia, silap-silap kita yang akan berdosa. Wallahua’lam.

  6. Ingin Tahu.

    Assalamualaikum wbt.

    a) Tahniah kerana saudara mempunyai niat untuk bertaubat. Allah menyukai orang yang bertaubat.

    b) Jika ketika taubat dilakukan, memang ada niat mahu mengulanginya, maka taubat tidak sah. Jika ketika bertaubat memang berazam tidak mahu melakukannya, maka taubat itu sah.

    c) Jadi, jika ketika taubat tiada niat mahu ulangi maksiat, cuma kerana kelemahan kita mengulanginya lagi walau sudah berazam meninggalkannya, maka taubat sebelum ini sah, tetapi perlu melakukan taubat lagi untuk dosa yang baru dilakukan.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s