METhOD MENGAJAR ORANG BISU DAN TULI

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Jika saudara lelaki saya bisu dan tuli, tidak boleh mendengar ataupun berbicara dan tentunya tidak mengetahui sedikitpun tentang shalat, puasa dan zakat. Hukum-hukum Islam maupun Al-Quran tidak dikenalnya sedikitpun. Bagaimana cara membimbingnya ?

Jawapan
Orang ini harus diperlakukan sesuai dengan kadar daya tangkapnya, dengan isyarat contohnya, kerana dia masih boleh melihat. Dia perlu diajari shalat dengan ditunjukkan oleh walinya atau orang lain shalat disampingnya dengan isyarat agar dia meniru gerakannya dan penjelasan waktu-waktu shalat dengan method yang dia fahami, atau mengajarinya shalat setiap saat dengan contoh ketika diketahui bahawa dia berakal.

Jika mampu menulis, maka dia diajari secara tertulis bahan-bahan aqidah Islamiyah, rukun Islam dan disertai penjelasan makna kandungan dua kalimat syahadat. Demikian halnya dengan hukum-hukum Islam lainnya, dijelaskan lewat tulisan. Seperti hukum shalat, wudhu, mandi besar, penjelasan seputar waktu, rukun dan wajibnya shalat, hal-hal yang disyariatkan dalam shalat, penjelasan shalat sunnah rawatib, shalat dhuha, witir dan lain-lain yang diperlukan oleh seorang mukallaf dengan harapan dia boleh memahaminya melalui tulisan.

Intinya, ketika diketahui bahawa dia berakal dengan cara apapun, maka dia termasuk kategori mukallaf jika sudah akil baligh dengan salah satu tandanya yang sudah diketahui, dan terikat dengan peraturan-peraturan yang mengikat orang mukallaf sesuai dengan kadar ilmu dan kemampuannya.

Tapi jika ternyata keadaannya menunjukkan bahawa akalnya tidak berfungsi, maka dia tidak memiliki tanggung jawab, kerana dia bukan mukallaf, sebagaimana dijelaskan dalam hadits shahih.

Ertinya : Catatan amalan ditiadakan atas tiga golongan : anak kecil sampai dia baligh, orang pengsan sampai siuman (sedar) dan orang tidur sampai dia terjaga.

(Majmu Fatawa wa Maqalitin Mutanawwiah 5/281)

(Disalin dari kitab Fatawa Ath-thiflul Muslim, edisi Indonesia 150 Fatwa Seputar Anak Muslim, Penyusun Yahya bin Sa’id Alu Syalwan, Penerjemah Ashim, Penerbit Griya Ilmu)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1473&bagian=0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s