MENINDIK TELINGA DAN HIDUNG PEREMPUAN UNTUK PERHIASAN

 

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya : Apa hukum menindik telinga dan hidung bayi perempuan untuk perhiasan ?

Jawapan
Pendapat yang benar adalah, menindik telinga tidak ada apa-apamasalah kerana tujuan di sebalik itu untuk perhiasan yang dibolehkan. Sebagaimana tercatat (dalam sejarah) bahawa wanita-wanita sahabat memiliki perhiasan emas yang dipasang di telinga (anting-anting). Ini termasuk perbuatan melukai yang ringan, terlebih lagi bila dilakukan saat masih kecil kerana cepat sembuh.

Sedangkan melubangi hidung (tindik), maka saya tidak pernah menjumpai pendapat ulama tentang hal itu. Tetapi menurut saya dalam hal ini ada semacam menyeksa atau merubah bentuk seperti yang kita lihat, tetapi mungkin saja orang lain tidak sependapat dengan saya. Bila di dalam suatu negeri perhiasan di hidung termasuk kecantikan dan keindahan, maka tidak ada masalah dengan menindik dan memakai perhiasan di hidung.

(Syaikh Ibnu Utsaimin, Majmu’ Fatawa Syaikh 4/137)

(Disalin dari kitab Fatawa Ath-Thiflul Muslim, edisi Indonesia 150 Fatwa Seputar Anak Muslim, Penerbit Griya Ilmu)

HUKUM MENINDIK TELINGA

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin ditanya : Apa hukum menindik telinga dan hidung perempuan untuk tujuan berhias ?

Jawaban
Menindik telinga hukumnya boleh kerana tujuannya adalah untuk berhias. Telah diriwayatkan bahawa para isteri-isteri shahabat mempunyai anting-anting yang mereka pergunakan di telinga mereka. Menusuknya adalah menyakitkan, tetapi hanya sedikit, jika ditindik ketika masih kecil, sembuhnya pun cepat. Sedangkan menindik hidung, hukumnya sama dengan menindik telinga.

HUKUM MENINDIK TELINGA

Oleh
Syaikh Abdullah Al-Fauzan

Pertanyaan
Syaikh Abdullah Al-Fauzan berkata : Diperbolehkan menindik telinga kerana bertujuan untuk memenuhi keperluan fithrah wanita untuk berhias. Adanya rasa sakit ketika ditindik tidaklah merupakan halangan kerana hanya merupakan sakit sedikit dan sebentar. Dan menindik telinga seringkali dilakukan ketika anak masih kecil.

Menindik telinga merupakan perkara biasa bagi wanita dari dulu hingga sekarang. Tidak ada larangan tentangnya, baik di dalam Al-Quran mahupun hadits, justeru ada riwayat yang mengisyaratkan diperbolehkannya dan pengakuan manusia atasnya.

Terdapat riwayat dari Abdurrahman bin Abbas, dia berkata bahawa Ibnu Abbas ditanya : Pernahkah kamu menyaksikan hari raya bersama Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam Dia menjawab, Pernah, kalaulah bukan kerana kedudukanku di sisinya, saya menyaksikannya semenjak kecil. Beliau mendatangi tanda di rumah Katsir bin Shalt (rumah Katsir bin Salt dipakai sebagai kiblat untuk shalat Ied). Lalu beliau shalat kemudian berkhutbah tanpa terdengar adzan ataupun iqamah. Beliau memerintahkan untuk bersedekah, maka para wanita menghulurkan tangannya ke telinga-telinga mereka dan leher-leher mereka (untuk mencabut perhiasan mereka) dan beliau memerintahkan kepada Bilal untuk mendatangi tempat wanita, (setelah selesai) kemudian Bilal kembali menghadap Nabi.

Di dalam lafazh riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Abbas disebutkan, Nabi Shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan untuk bersedekah, maka saya melihat para wanita menghulurkan tangan ke telinga dan leher mereka (mengambil perhiasan mereka).

(Fatawa Lil Fatayat Faqoth, hal. 47)

HUKUM MEMAKAI GELANG DI HIDUNG

Oleh
Syaikh Abdullah bin Jibrin

Pertanyaan
Syaikh Abdullah bin Jibrin ditanya : Apa hukum menggunakan gelang di hidung untuk hiasan ?

Jawapan
Diperbolehkan bagi wanita untuk berhias dengan perhiasan sebagaimana adat kebiasaan, meskipun ia memerlukannya untuk melubangi sebahagian tubuhnya, seperti menindik telinga. Jadi menggunakan gelang di hidung diperbolehkan sebagaimana diperbolehkan menindik hidung sapi dan mengikatnya dengan tali untuk mengendalikannya. Dan hal itu tidak dianggap sebagai kesia-siaan.

(Disalin daripada buku Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq, Penerjemah Amir Hazmah Fakhruddin)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1696&bagian=0

Advertisements

One thought on “MENINDIK TELINGA DAN HIDUNG PEREMPUAN UNTUK PERHIASAN

  1. apakah hukum,lelaki dan pompuan belajar bersama-sama dalam kaedadaan yang rapat

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Ia mendekatkan kepada perzinaan. Ia menjurus kepada zina mata (melihat bukan mahram), zina tangan (menyentuh kerana bila rapat boeh jadi asyik tersentuh), dan zina hati.

    Jauhi perkara yang boleh membawa kepada penzinaan.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s