MEMBERIKAN SESUATU KEPADA SALAH SEORANG ANAK DAN TIDAK MEMBERIKAN KEPADA ANAK YANG LAIN

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Bolehkah saya memberikan sesuatu kepada salah satu anak saya yang tidak saya berikan kepada anak-anak yang lain kerana mereka sudah kaya ?

Jawapan
Tidak boleh bagi anda untuk mengkhususkan salah seorang anak lelaki mahupun perempuan dengan sesuatu. Akan tetapi wajib untuk berbuat adil dengan mereka, sesuai dengan hitungan warisan, atau tidak sama sekali, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam.

Ertinya : Takutlah kepada Allah dan berbuat adillah antara anak-anakmu (Disepakati keshahihannya)

Akan tetapi jika anak-anaknya rela dengan pengkhususan tersebut, maka hal tersebut tidak apa-apa, selama yang merelakannya adalah orang-orang yang sudah baligh. Demikian pula bila di antara anak-anak anda ada yang dalam keadaan kesusahan, tidak boleh bekerja kerana sakit atau cacat dan tidak ada bapaknya atau saudaranya yang menafkahinya, tidak pula mendapat bantuan daripada pemerintah yang memenuhi keperluannya, maka bagi anda hendaklah menafkahinya sebatas keperluannya hingga Allah mencukupi keperluannya.

(Fatawa Marah, 2/101)

BOLEHKAH SEORANG IBU MENGKHUSUSKAN ANAKNYA LEBIH DARIPADA YANG LAIN

Oleh
Syaikh Abdullah bin Jibrin

Pertanyaan
Syaikh Abdullah bin Jibrin ditanya : Bolehkah seorang ibu mengkhususkan salah seorang anaknya lebih daripada yang lainnya, daripada cara melepaskan mereka bermusafir, menerima kedatangannya, sedangkan perlakuan anak-anaknya terhadap ibu mereka tidak berbeza. Demikian pula anak cucu, perlakuan mereka terhadap nenek mereka tidak berbeza. Bolehkan hal tersebut ? Berilah kami penjelasan, semoga Allah memberi anda pahala kebaikan

Jawapan
Wajib bagi orang tua berbuat adil di antara anak-anaknya, tidak melebihkan sebahagian daripada sebahagian yang lain dalam hal nafkah, pemberian hadiah dan sebagainya, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam

Ertinya : Takutlah kepada Allah dan berbuat adillah antara anak-anakmu

Ertinya : Bukanlah kamu ingin perbuatan baik mereka kepadamu sama ? Maka perlakukanlah mereka dengan hal yang sama.

Para ulama besar senantiasa berbuat adil kepada anak-anaknya hingga pada permasalahan mencium anak, senyum, menerima kedatangan dan sebagainya, berdasarkan perintah untuk berlaku adil terhadap anak-anak. Akan tetapi diperbolehkan untuk tidak menyamaratakan antara mereka, pada keadaan seperti orang tua yang mendahulukan anak terkecil, mengutamakan yang sakit dan semacamnya, berdasarkan alasan kasih sayang. Jika tidak ada alasan tersebut, bererti kewajipannya adalah tetap adil di dalam setiap interaksi dengan mereka, apalagi jika mereka sama pula dalam hal ketaatan, pengabdian dan silaturhaminya kepada orang tua.

(Fatawal Marah 1/96)

(Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita , penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq, Penerjemah Amir Hazmah Fakhruddin)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1641&bagian=0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s