DISUKAI MEMBERI KHABAR GEMBIRA DAN MENGUCAPKAN SELAMAT KEPADA ORANG YANG MENDAPAT ANAK.

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang kisah Ibrahim dan isterinya Sarah ketika didatangi oleh utusan-utusan Allah (para Malaikat) dengan membawa khabar gembira akan kelahiran Ishaq dan Ishaq akan mempunyai anak Ya’qub.

“Ertinya : Dan istrinya(1) berdiri lalu tertawa(2) Maka kami sampaikan kepadanya khabar gembira akan (kelahiran) Ishaq dan dari Ishaq (akan lahir puteranya) Ya’qub. Isterinya berkata. ‘Sungguh menghairankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula? Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh?’

Para Malaikat itu berkata. ‘Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah ? (itu adalah) rahmat Allah dan keberkahan-Nya dicurahkan atas kamu hai ahlul bait!

Sesungguhnya Allah Maha terpuji (dan) Maha Mulia” (Hud : 69-75)

Dan di dalam surat Al-Hijr ayat 53 Allah Subhanhu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan (kelahiran) seorang anak lelaki yang alim” (3)

Dan di dalam surat Adz-Dzaariyaat ayat 28 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan mereka (para Malaikat) memberi khabar gembira kepadanya (kepada Ibrahim) akan (kelahiran) seorang anak lelaki yang alim” (4)

Dan di dalam surat Ash-Shaaffaat ayat 101 Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman.

“Ertinya : Maka kami beri dia (Ibrahim) khabar gembira dengan (kelahiran) seorang anak lelaki yang amat sabar (yang penyantun)” (5)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada Nabi Zakariya.

“Ertinya : Wahai Zakariya, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (kelahiran) seorang anak lelaki yang namanya Yahya. Yang Kami tidak jadikan sebelumnya yang serupa dengannya (6)” [Maryam : 7]

Di antara fikh ayat-ayat di atas ialah bahawa disukai bagi kita memberi khabar gembira kepada ikhwan kita yang mendapat rezki seorang anak atau akan memperoleh anak sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi khabar gembira kepada Ibrahim akan kelahiran Ismail kemudian Ishaq dan Zakariya akan kelahiran Yahya. Atau memberikan selamat kepada saudara kita yang mendapat rezeki seorang anak, sama saja apakah anak lelaki atau anak perempuan tentang disukainya memberi khabar gembira dan mengucapkan selamat kepadanya.

Adapun perbezaan memberi kabar gembira dengan mengucapkan selamat ialah :

(a) Bahwa Al-Bisyaarah memberi khabar gembira maknanya memberitahukan kepadanya terhadap sesuatu yang menyenangkan.

(b) Sedangkan Tahniah mengucapkan selamat maknanya mendo’akan kebaikan kepadanya tentang sesuatu yang ada padanya sesudah dia mengetahuinya.

Ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan beberapa ayat di akhir-akhir surat At-Taubah tentang telah diterimanya taubat Ka’ab bin Malik bersama dua orang kawannya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para shahabat segera memberi khabar gembira kepada Ka’ab bin Malik dan mereka (para shahabat) mengucapkan selamat kepadanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim dalam hadits yang panjang tentang kisah Ka’ab bin Malik yang tertinggal dari perang Tabuk).

(Disalin dari buku Menanti Buah Hati dan Hadiah Bagi Yang Dinanti, oleh Abdul Hakim bin Amir Abdat, hal 126-129 Penerbit Darul Qalam)
_________
Foote Note
(1) Yaitu Sarah
(2) Lantaran hairan melihat tetamunya para Malaikat yang tidak mahu makan hidangan yang telah dihidangkan oleh suaminya dan dilayani olehnya !?
(3) Yakni Ishaq yang akan menjadi Nabi.
(4) Yakni Ishaq
(5) Yakni Ismail anak tertua Ibrahim yang lahir lebih dahulu sebelum Ishaq.
(6) Yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak menciptakan sebelumnya Yahya yang serupa dengan Yahya. Tafsir yang kedua bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak jadikan bagi perempuan-permepuan yang mandul dapat hamil dan melahirkan sebelum isteri Zakariya yang mandul kemudian hamil dan melahirkan Yahya. Tafsir yang ketiga bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak namakan kepada seorang pun juga dengan nama Yahya sebelum Yahya.

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1502&bagian=0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s