APAKAH HUKUM MENGAJAK ANAK-ANAK KE MASJID

 

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Sebahagian orang membawa anak-anaknya yang belum mumayyiz ke masjid, mereka belum mampu mengerjakan shalat dengan baik. Mereka berdiri berbaris bersama jama’ah. Namun sebahagian anak bermain-main dan mengganggu orang sekitarnya. Bagaimana hukumnya hal tersebut? Apa nasihat Syaikh kepada orang tua anak-anak tersebut ?

Jawapan:
Menurut hemat saya, membawa anak-anak yang akan mengganggu jama’ah shalat tidak boleh. Ini kerana ia hanya akan menyakiti jama’ah yang sedang menunaikan kewajipan kepada Allah. Nabi Shallallahu ‘alaiahi was sallam pernah mendengar beberapa sahabat yang sedang shalat, bersuara keras dalam qiro’ah maka beliau bersabda.

“Ertinya : Janganlah sebahagian kalian bersuara melebihi orang lain dalam membaca ayat”

Dalam hadits lain, “Janganlah sebahagian kalian mengganggu lainnya”.

Jadi, segala sesuatu yang dapat mengganggu jama’ah shalat tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun

Nasihat saya kepada orang tua, sebaiknya tidak membawa anak-anak ke masjid, hendaklah mereka berpegang kepada petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Ertinya : Perintahkanlah anak-anak kalian mengerjakan shalat sewaktu berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka jika tidak mahu melaksanakannya sewaktu umur sepuluh tahun”.

Demikian juga saya pesan kepada pengurus masjid agar berlapang dada dan tidak menghalang anak-anak datang ke masjid sepanjang diperbolehkan oleh syari’at. Dan tidak mengusir mereka dari tempatnya, ini kerana siapa sahaja yang lebih dahulu mengambil tempat, maka dialah yang paling berhak mendapatkannya, baik anak-anak atau orang dewasa. Oleh kerana itu, mengusir anak-anak daripada tempat shalat mereka mengandungi unsur.

(1). Perampasan hak, kerana siapapun yang mendahului orang lain daripada kalangan muslimin, maka dia orang yang paling berhak meraihnya.
(2). Menyebabkan trauma kepada anak untuk kembali datang ke masjid.
(3). Akan menanamkan rasa dengki anak terhadap orang yang mengusirnya dari tempatnya semula.
(4). Anak-anak akan berkumpul menjadi satu, sehingga terjadilah permainan di antara mereka dan menyebabkan gangguan terhadap jama’ah yang sebenarnya hal itu tidak akan terjadi apabila anak-anak berbaris di dalam shaf orang-orang dewasa.

Adapun pendapat yang disebutkan oleh sebahagian ulama, bahawa anak kecil boleh dipindahkan dari tempatnya semula sehingga berada di hujung shaf atau di shaf paling akhir, dengan dalil bahwa Nabi pernah bersabda.

“Ertinya : Hendaklah berada berhampiranku, orang-orang dewasa dan berakal”

Adalah pendapat marjuh (lemah) yang bertentangan dengan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain.

“Ertinya : Barangsiapa lebih dahulu mendapatkan sesuatu yang belum ada seorangpun yang mendahuluinya maka dialah orang yang paling berhak mendapatkkannya”

Dan istidlal (penggunaan dalil) mereka dengan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaknya berada berhampiran, orang-orang dewasa dan berakal”, dalam masalah ini tidak tepat.

Ini kerana kandungan hadits ini adalah anjuran kepada orang-orang dewasa dan berakal agar maju mendekati Nabi. Mereka adalah orang-orang yang lebih faham terhadap selok belok shalat daripada anak kecil. Dan lebih kuat pengetahuannya terhadap apa-apa yang dilihat atau didengar daripada Nabi. Beliau tidak mengatakan : “Tidak boleh berada berhampiranku kecuali orang dewasa lagi berakal”.

Seandainya beliau mengucapkan kalimat seperti itu, tentu pendapat yang membolehkan pemindahan anak-anak dari barisan depan dapat diterima. Tetapi lafaz hadits ini berisi perintah bagi orang-orang dewasa dan berakal untuk mencari shaf-shaf awal agar berada berhampiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

(Syaikh Ibnu Utsaimin, Fatawa Islamiyah 2/8)

(Disalin daripada kitab Fatawa Ath-Thiflul Muslim, edisi Indonesia 150 Fatwa Seputar Anak Muslim, Penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Penerjemah Ashim, Penerbit Griya Ilmu)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1798&bagian=0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s