Rumah Tangga Yang Ideal

Oleh

Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Menurut ajaran Islam, rumah tangga yang ideal adalah rumah tangga yang diliputi sakinah (ketenangan jiwa), mawaddah (perasaan cinta) dan rahmah (kasih sayang). Allah Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21).

Di dalam rumah tangga yang Islami, seorang suami atau isteri harus saling memahami kekurangan dan kelebihan masing-masing, serta harus tahu pula hak dan kewajipan serta memahami tugas dan fungsi masing-masing, serta melaksanakan tugas-tugas itu dengan penuh tanggung jawab, ikhlas serta mengharapkan ganjaran dan ridha daripada Allah Ta’ala.

Ia perlu dilakukan sehinggalah usaha untuk mewujudkan pernikahan dan rumah tangga yang mendapat keridhaan Allah ‘Azza wa Jalla menjadi kenyataan. Akan tetapi, mengingatkan keadaan manusia yang tidak mampu lepas daripada kelemahan dan kekurangan, sedangkan ujian dan cubaan selalu mengiringi kehidupan manusia. Oleh kerana itu, tidak jarang pasangan yang sedang hidup tenang, tenteram dan bahagia mendadak dilanda kemelut perselisihan dan pergolakan.

Apabila terjadi perselisihan di dalam rumah tangga, maka seharusnya ada usaha ishlah (mendamaikan). Pertamanya, yang harus dilakukan kali oleh suami dan isteri adalah lebih dahulu saling menyedari kesalahan masing-masing, dan saling memaafkan, serta memohon kepada Allah agar disatukan hati, dimudahkan urusan di dalam ketaatan kepadaNya, dan diberikan kedamaian di dalam rumah tangganya. Jika cara tersebut gagal, maka harus ada pendamai daripada pihak keluarga suami mahupun isteri untuk mendamaikan keduanya. Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq kepada pasangan suami isteri tersebut.

Apabila sudah diusahakan untuk berdamai sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Qur’an, surat An-Nisaa’ ayat 34-35, tetapi masih juga gagal, maka Islam memberikan jalan terakhir, iaitu “perceraian”.

Syaikh Musthafa Al-‘Adawi berkata, “Apabila masalah antara suami isteri semakin memanas, hendaklah keduanya saling memperbaiki urusan keduanya, berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk, dan meredakan perselisihan antara keduanya, serta menguncikan rapat-rapat setiap pintu perselisihan dan jangan menceritakannya kepada orang lain.

Apabila suami marah sementara isteri ikut beremosi, hendaklah keduanya berlindung kepada Allah, berwudhu’ dan bershalat dua raka’at. Apabila keduanya sedang berdiri, hendaklah duduk; apabila keduanya sedang duduk, hendaklah berbaring, atau hendaklah salah seorang daripada keduanya mencium, merangkul, dan menyatakan alasan kepada yang lainnya. Apabila salah seorang berbuat salah, hendaknya yang lainnya segera memaafkannya kerana mengharapkan wajah Allah semata.”[1]

Di tempat lain beliau berkata, “Sedangkan berdamai adalah lebih baik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala. Berdamai lebih baik bagi keduanya daripada berpisah dan bercerai. Berdamai lebih baik bagi anak daripada mereka terbengkalai (tidak terurus). Berdamai lebih baik daripada bercerai. Perceraian adalah rayuan iblis dan termasuk perbuatan Harut dan Marut.

Allah Ta’ala berfirman.
“Ertinya : “Maka mereka mempelajari daripada keduanya (Harut dan Marut) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka tidak dapat menimpakan kecelakaan kepada seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah.” (Al-Baqarah : 102).

Di dalam Shahih Muslim dari Shahabat Jabir bin ‘Abdillah Radhiyallaahu ‘anhuma, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian ia mengirimkan bala tenteranya. Tentera yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa.’’ Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, ‘Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, ‘Tidaklah aku meninggalkannya sehingga aku telah berhasil memisahkan dia (suami) dan isterinya.’’ Beliau melanjutkan, ‘Lalu iblis mendekatkan kedudukannya. Iblis berkata, ‘Sebaik-baik pekerjaan adalah yang telah engkau lakukan.”[2]

Ini menunjukkan bahwa penceraian adalah perbuatan yang dicintai syaitan.

Apabila dikhuatiri akan terjadinya perpecahan antara suami dan isteri, hendaklah hakim atau pemimpin mengirim dua orang jurudamai. Satu daripada pihak suami dan satu lagi daripada pihak isteri untuk mewujudkan perdamaian di antara keduanya. Apabila keduanya berdamai, maka alhamdulillaah. Namun apabila permasalahan terus berlanjutan antara keduanya kepada jalan yang telah digariskan dan keduanya tidak mampu menegakkan batasan-batasan Allah di antara keduanya; iaitu isteri tidak lagi mampu menunaikan hak suami yang disyari’atkan dan suami tidak mampu menunaikan hak isterinya, serta batas-batas Allah menjadi terabai di antara keduanya dan keduanya tidak mampu menegakkan ketaatan kepada Allah, maka ketika itu urusannya seperti yang Allah firmankan:

“Ertinya : Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya), Maha Bijaksana.” (An-Nisaa’ : 130).[3]

Allah Ta’ala berfirman:

Ertinya : Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang shalihah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz[4], hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (berpisah daripada ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Maha Besar. Dan jika kamu khuatiri terjadi persengketaan di antara keduanya, maka kirimlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki dan seorang pendamai daripada keluarga perempuan. Jika keduanya (pendamai itu) bermaksud mengadakan kebaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” (An-Nisaa’ : 34-35).

Pada hakikatnya, perceraian dibolehkan menurut syari’at Islam, dan ini merupakan hak suami. Hukum thalaq (cerai) dalam syari’at Islam adalah dibolehkan.

Adapun hadits yang mengatakan bahawa “perkara halal yang dibenci Allah adalah thalaq (cerai),” iaitu hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2178), Ibnu Majah (no. 2018) dan al-Hakim (II/196) adalah hadits lemah. Hadits ini dilemahkan oleh Ibnu Abi Hatim rahimahullaah di dalam kitabnya, al-‘Ilal, dilemahkan juga oleh Syaikh Al-Albani rahimahullaah di dalam Irwaa-ul Ghaliil (no. 2040).

Meskipun thalaq (cerai) dibolehkan di dalam ajaran Islam, akan tetapi seorang suami tidak boleh terlalu memudahkan masalah ini. Ketika seorang suami ingin menjatuhkan thalaq (cerai), dia harus berfikir tentang maslahat (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang mungkin timbul akibat perceraian agar jangan sampai membawa kepada penyesalan yang panjang. Dia harus berfikir tentang dirinya, isterinya dan anak-anaknya, serta tanggungjawabnya di hadapan Allah ‘Azza wa Jalla pada hari Kiamat.

Kemudian bagi isteri pula, walau bagaimana pun kemarahannya kepada suami, hendaklah dia tetap sabar dan janganlah sekali-kali dia menuntut cerai kepada suaminya (tanpa sebab yang munasabah). Kadangkala ada isteri meminta cerai disebabkan masalah kecil atau kerana suaminya menikah lagi (berpoligami) atau menyuruh suaminya menceraikan madunya. Hal ini tidak dibenarkan di dalam agama Islam. Jika si isteri masih terus menuntut cerai, maka haram ke atasnya bau syurga, berdasarkan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Ertinya : Siapa sahaja wanita yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa ada alasan yang benar, maka haram ke atasnya bau syurga.
[5]

Abu Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu berkata,

“Ertinya : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarang: … dan janganlah seorang isteri meminta (suaminya) untuk menceraikan saudara (madu)nya agar memperoleh nafkahnya.”[6]

Marilah kita berupaya untuk melaksanakan pernikahan secara Islami dan membina rumah tangga yang Islami, serta berusaha meninggalkan aturan, tata cara, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan Islam. Ajaran Islamlah satu-satunya ajaran yang benar dan diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla sebagaimana Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Ertinya : Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.” (Ali ‘Imran : 19)

“…Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqaan : 74).

Setiap keluarga selalu mendambakan terwujudnya rumah tangga yang bahagia, diliputi sakinah, mawaddah dan rahmah. Oleh kerana itu, setiap suami dan isteri wajib menunaikan hak dan kewajipan masing-masing sesuai dengan syari’at Islam dan bergaul dengan cara yang baik

(Disalin daripada buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor – Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=2079&bagian=0

diterjemah dan diedit oleh Abu Usamah


[1] Fiqhut Ta’amul bainaz Zaijaini (hal. 37).

[2]Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2813 (67)).

[3] Dinukil daripada kitab Fiqh Ta’amul bainaz Zaujaini (hal. 87-92) secara ringkas

[4] Nusyuz iaitu meninggalkan kewajipannya selaku isteri, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya.

[5] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 2226), at-Tir-midzi (no. 1187), Ibnu Majah (no. 2055), ad-Darimi (II/162), Ibnul Jarud (no. 748), Ibnu Hibban (no. 1320), ath-Thabari dalam Tafsiir-nya (no. 4843-4844), al-Hakim (II/200), al-Baihaqi (VII/316), dari Tsauban radhiyallaahu ‘anhu.

[6] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 2140), Muslim (no. 1515 (12)) dan an-Nasa-i (VII/258).

Advertisements

5 thoughts on “Rumah Tangga Yang Ideal

  1. boleh ke kita sembahyang kalau suami atau isteri ada tinggalkan kesan gigitan lepas melakukan seks di badan pasangan..?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Tiada masalah solat walaupun ditubuh ada kesan gigitan pasangan mahupun gigitan haiwan.

    Wallahua’lam.

  2. salam ustaz..
    sy ada soalan ni
    dulu sy penah berzinar..ia barlaku 5tahun yg lepas..tp sekarang sy sudah taubat..adakah allah terima taubat saya??,adakah perlu diberitahu suami??,adakah masih kena seksa??
    mcmne ye ustaz

    Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah, pua sudah bertaubat, yakinlah dengan janji Allah bahawa Ia Maha Penerima Taubat. Usah diberitahu kepada suami puan kerana Islam tidak mengajar kita membuka aib sendiri. Apatah lagi ia boleh merosakkan rumah tangga puan.

    Wallahua’lam.

  3. asalamualaikum ustaz Saya benci setiap kali melihat kaum lelaki memandang perempuan seksi.mengapakah lelaki suka memandang perempuan lain meskipun sudah d kurniakan isteri yang cantik. Tidakkah mereka tahu hukum memandang perempuan yang bukan muhrim itu berdosa. Tidak kira lelaki itu bersolat atau tidak sama saja.bukankah sembahyang itu mencegah diri dari perkara keji dan mungkar? Mungkinkah mereka melakukan solat itu belum cukup ikhlas? Meski kata mereka memandang tanpa apa2 perasaan lain tetap saja ia satu dosa. Adakah fitrah seorang lelaki seperti itu ustaz?

  4. Assalammualaikum Ustaz…Apakah fukumnya Isteri kluar bekerja dgn wangian dan pd masa yg sama meninggalkan suami yg tidur dlm keadaan suamo mengharapkn hubungan intim pd sebelah malamnya tetapi hampa tolong ustaz jelaskan dosa dan hukumnya….Rosli Perak.

  5. Assalamualaikum wbt.

    a) Haram wanita keluar rumah dengan wangi-wangian hingga dapat dihidu bukan mahram.

    b) Haram jua tidak melayan suami kecuali jika hubungan seks itu memudharatkan

    c) Suami wajib mendidik si isteri.

    Wallahua’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s