Menjawab Astora Jabat Tentang Zikir Selepas Solat

Oleh ABU IQBAL AL-MANDILI

Assalaamu’alaikum

Kewujudan Astora dalam ruangan beliau di Mingguan Malaysia dan Majalah al-Islam banyak menimbulkan kontroversi di Malaysia. Anjuran beliau agar umat Islam di Malaysia supaya berfikiran terbuka amatlah disokong tapi malangnya Astora ibarat ibu ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus.

Isu-isu yang beliau bawa sebenarnya bukanlah isu baru, malah isu lapuk yang sering dilaungkan oleh kelompok Islam Liberal dan hujah mereka ini sebenarnya telah dijawab oleh ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Di Malaysia ini segala isu yang dibangkitkan oleh Astora juga telah (dan akan) dijawab dalam sebuah majalah terbitan Karangkraf bernama Majalah I. Tetapi orang yang menyuruh umat Islam di Malaysia ini meluaskan kotak pemikiran ini sebenarnya yang malas menggunakan aqal dan pemikirannya.

Tuduhan beliau bahawa golongan Salafiyyah (Wahhabiyah) membid’ahkan secara total zikir selepas solat membuktikan beliau memiliki pemikiran tertutup. Berkata Astora,

Sesetengah ulama terutama dari puak Wahhabi mengharamkan orang Muslim berwirid selepas sembahyang kerana menganggapnya sebagai bidaah atau perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah.

Sebenarnya kejahilan Astora ini diakibatkan beliau tidak meneliti sendiri fatawa ulama’ bermanhaj Salaf seperti Masyaikh Ben Bazz, al-Uthaimeen dan al-Albaani Rahimahumullah akan hal ini. Sebenarnya golongan Salafiyyah berpendapat zikir selepas solat adalah Sunnah asalkan bacaannya memang berasal (ma’thur) dari hadis-hadis yang thabit dari Nabi SAW. Yang diperbincangkan oleh Ulama’ Salafiyyah adalah cara zikir itu diperbacakan.

Yang mengikut sunnah adalah zikir selepas solat itu dibacakan secara perlahan (sirr) dan sendirian (secara individual). Yang diperbincangkan di kalangan Salafiyah adalah apabila zikir ini dikuatkan (secara jahr) dan dipimpin pula oleh seorang ketua (Imam) dan amalan ini dilakukan secara berterusan dan kemudiannya dianggap sebagai Sunnah Nabi SAW. Inilah pendapat sebenar golongan Salafiyyah yang cuba dituduh oleh Astora sebagai mengharamkan serta membid’ahkan secara total (jahr dan sirr) zikir selepas solat. Sebenarnya pandangan ulama’ Salafiyyah ini adalah selari dengan pendapat al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala.

Sebelum kita perturunkan pandangan al-Imam al-Syafi’i Rahimahullah ini seeloknya kita senaraikan beberapa hadis-hadis tentang zikir selapas solat ini.

1) Ummu Salamah (RA) berkata : “Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam setelah solatnya, kaum wanita berdiri setelah baginda menyelesaikan salamnya ; sedangkan Nabi SAW sendiri diam di tempatnya sebentar.” (Musnad Syafi’i)

2) A’ishah (RA) telah berkata : “Adalah Rasulullah (SAW), apabila mengucapkan salam, rampung dari solat ; baginda tidak duduk kecuali sekadar mengucapkan ‘Allahumma antas salam, wa min kas salam, tabarakta yadzal Jalali wal Ikram.” (Sahih Muslim)

3) Jabir bin Samurah (RA) berkata, “Setelah solat subuh, biasanya Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya sehingga setelah matahari naik.” ( Sunan an-Nasai)

4) Berkata Simak bin Harb, aku pernah berkata kepada Jabir bin Samurah (RA) : “Pernahkah engkau duduk bersama Rasulullah (SAW). Jawab Jabir: “Ya! Biasanya setelah solat subuh, Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya hingga matahari naik. Di saat itu, biasanya para sahabat ada yang bercerita tentang kisah jahiliyah, ada yang membaca puisi nasihat ; dan jika mereka sampai tertawa baginda ikut sama tersenyum.” (Sunan an-Nasai)

5) Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya (RA) bahawa dia pernah solat bersama Rasulullah (SAW) dalam solat subuh. Setelah selesai solatnya, maka baginda segera meninggalkan tempat solatnya. (Sunan an-Nasai)

6) Berkata Ibnu Syihab, aku diberitahu oleh Hindun binti Haarits al-Faarrasyah, bahawa Ummu Salamah (RA) pernah memberitahukan : “Bahawa di masa Rasulullah (SAW) pada umumnya kaum wanita segera meninggalkan tempat solat setelah malam. Sedangkan Rasulullah dan kaum lelaki yabg ikut solat bersama baginda masih duduk sampai Rasulullah bangkit maka kaum lelaki segera bangkit pula.” (Sunan an-Nasai)

7) Al-Barra’ Ibnu Azzib (RA) berkata : “Aku pernah memerhatikan solat Rasulullah (SAW). Aku dapati berdiri, rukuk, berdiri setelah rukuknya, sujud, duduk di antara sujud, duduknya di wakti tasyahud, duduknya di antara setelah salam dan waktu berdirinya dari tempat solat hampir bersamaan lama waktunya.” (Sunan an-Nasai)

8) Abdullah ibnu Abbas (RA) telah berkata : “Semasa zaman kehidupan Rasulullah (SAW) adalah menjadi kebiasaan untuk orang ramai berzikir dengan suara yang kuat selepas berakhirnya solat berjemaah.” (Bukhari)

9) Abdullah ibnu Abbas (RA) juga telah berkata : “Apabila aku mendengar ucapan zikir, aku dapat mengetahui bahawa solat berjemaah telahpun berakhir.” (Bukhari)

10) Abdullah ibnu Abbas (RA) juga telah berkata : “Aku dapat mengetahui berakhirnya solat berjemaah yang diimami Rasulullah (SAW) apabila terdengar suara orang berzikir.” (Bukhari)

11) Abdullah ibnu Zubair (RA) berkata : “Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam daripada solatnya, mengucapkan doa/zikir berikut dengan suara yang keras- “La ilaha illAllah…” (Musnad Syafi’i)

Setelah diteliti hadeeth-hadeeth di atas ternyata terdapat hadeeth yg menunjukkan bahawa Rasulullah SAW berzikir secara Jahr (kuat) , secara sir (perlahan) malah adakalanya Baginda SAW tidak berzikir setelah solat. Insya-Allah akan kita paparkan pendapat yg didukung oleh Imam Syafi’i Rahimahullah Ta’ala dalam bab Zikir selepas solat ini dan bagaimana beliau menghilangkan percanggahan yg seolah-olah kelihatan dalam hadis-hadis di atas.

Menurut al-Nashir al-Sunnah al-Imam al-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala dalam kitab beliau al-Umm :

“Saya (Imam Syafi’i) memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. KEDUA-DUANYA MENYEMBUNYIKAN ZIKIR, KECUALI bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya.

Allah Azza wa jalla telah berfirman (dalam surah al-Israa’ (17):110)
“…. dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya..” Iaitu – Allah sahaja yang Maha Mengetahui ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya (Imam Syafi’i) mengira (berpendapat) bahawa yang diriwayatkan daripada Ibnu Zubair adalah dari tahlilnya Nabi SAW. Dan yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami (Imam Syafi’i) riwayatkan. [Imam Syafi’i sedang merujuk hadeeth-hadeeth ( No 8, 9 dan 10) Nabi SAW zikir secara jahr selepas solat seperti yg telah saya tuliskan di atas]

Saya (Imam Syafi’i) mengira (berpendapat) bahawa Nabi SAW mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu kerana umumnya riwayat yang kami (Imam Syafi’i) tuliskan bersama ini dan yang lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan perbacaan Tahlil dan takbir.

Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW berzikir sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya Nabi SAW dari Solat tanpa zikir. Dan Ummu Salamah menyebutkan berhentinya Nabi SAW sekejap sesudah solat dan baginda tidak bezikir dengan keras (kuat).

Saya (Imam Syafi’i) mengira, bahawa Nabi SAW tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara…..”

Inilah tafsran Imam as-Syafi’i terhadap hadeeth-hadeeth zikir selepas solat. Beliau menyatakan zikir setelah solat secara jahr yg diriwayatkan dari ibnu Abbas RA adalah untuk para sahabah belajar dari Nabi SAW akan tatacara untuk berzikir. Setelah para sahabah paham caranya maka zikir selepas solat itu disirkan atau disembunyikan dengan suara yg lembut dan perlahan secara individual.

al-Hafidz Ibnu Hajar Asqalani pengarang kitab Fathul Baari juga telah menurunkan kata-kata Imam an-Nawawi Rahimahullah ta’ala (kedua-dua mereka adalah tokoh hadeeth yang bermazhab Syafi’i) sebagai berikut :

“Imam Syafi’i memahami hadeeth ini (yakni hadeeth Ibnu Abbas) bahwa mereka mengeraskan suara hanya beberapa waktu lamanya untuk mengajar sifat (cara) dzikir, bukan bererti mereka terus menerus mengeraskan bacaan dzikir. Adapun pandangan yang terpilih adalah bahawa imam dan makmum sama-sama membaca dzikir dengan suara perlahan kecuali bertujuan untuk mengajar dzikir tersebut kepada orang-orang.” (Fathul Baari 4/711, Pustaka Azzam)

Sekianlah sedikit kupasan ringkas tentang zikir setelah solat. Sebenarnya tidak berzikir berjemaah selepas solat bukanlah satu fahaman baru yang direka oleh Golongan Muda, Wahhabi atau Salafee ini. Ianya telah diperbincangkan oleh Imam kita Imam Muhammad bin Idris as-Syafi’i Rahimahullah ta’ala. Pendapat al-Imam al-Syafi’i Rahimahullah ini juga selari dengan perintah Allah SWT tentang tatacara berzikir dan berdoa sebagaimana firmannya :

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.” ( al-A’raaf (7) : 205)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” ( al-A’raaf (7) : 55).

Saya lampirkan bersama ini Tafsiran al-Hafidz Ibnu Katheer (juga bermazhab al-Syafi’i) Rahimahullah (Dalam Bahasa Inggeris) kepada kedua-dua ayat di atas ini sebagai rujukan.

Sekian Wassalaam

ABU IQBAL AL-MANDILI


Rujukan

1) Zikir-zikir selepas solat Fardhu – sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

2) al-Masaa-il – Jilid 1 dan 2 Oleh Ustaz Hakim Abdat

3) Total Koreksi Ritual Solat Oleh Syaikh Masyhur Hassan Salman

4) Fathul Baari Jilid 4 oleh al-Hafidz Ibnu Hajar Asqalani



The tafsir on Quranic verses regarding zikr by Ibnu Katheer Rahimahullah

Remembering Allah in the Mornings and Afternoons

“And remember your Lord within yourself, humbly and with fear and without loudness in words in the mornings and in the afternoons, and be not of those who are neglectful). Surely, those who are with your Lord (angels) are never too proud to perform acts of worship to Him, but they glorify His praise and prostrate themselves before Him.)” (al-A’raaf (7) : 205-206)

Allah ordains that He be remembered more often in the mornings and the afternoons. Just as He ordered that He be worshipped during these two times when He said, (And glorify the praises of your Lord, before the rising of the sun and before (its) setting.) [50:39] Before the night of Isra’, when the five daily prayers were ordained, this Ayah was revealed in Makkah ordering that Allah be worshipped at these times, Allah said next, (humbly and with fear) meaning, remember your Lord in secret, not loudly, with eagerness and fear. This is why Allah said next, (and without loudness in words).

Therefore, it is recommended that remembering Allah in Dhikr is not performed in a loud voice. When the Companions asked the Messenger of Allah, “Is our Lord close, so that we call Him in secret, or far, so that we raise our voices” Allah sent down the verse, (And when My servants ask you concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me (without any mediator or intercessor).) [2:186]

In the Two Sahihs, it is recorded that Abu Musa Al-Ash`ari said, “The people raised their voices with Du`a’ (invoking Allah) while travelling. The Prophet said to them, (O people! Take it easy on yourselves, for He Whom you are calling is not deaf or absent. Verily, He Whom you are calling is the All-Hearer, close (by His knowledge), closer to one of you than the neck of his animal.)”

These texts encourage the servants to invoke Allah in Dhikr often, especially in the mornings and afternoons, so that they are not among those who neglect remembering Him. This is why Allah praised the angels who praise Him night and day without tiring, (Surely, those who are with your Lord (i.e., angels) are never too proud to perform acts of worship to Him) Allah reminded the servants of this fact so that they imitate the angels in their tireless worship and obedience of Allah. Prostration, here, upon the mention that the angels prostrate to Allah is legitimate.

A Hadith reads; (Why not you stand in line (for the prayer) like the angels stand in line before their Lord They continue the first then the next lines and they stand close to each other in line. ) This is the first place in the Qur’an where it has been legitimized — according to the agreement of the scholars — for the readers of the Qur’an, and those listening to its recitation, to perform prostration.


Encouraging supplicating to Allah

“Invoke your Lord Tadarru`an and Khufyah. He likes not the aggressors.) (56. And do not do mischief on the earth, after it has been set in order, and invoke Him with fear and hope. Surely, Allah’s mercy is (ever) near unto the good-doers.)” (al-A’raaf (7) : 55)

Allah commands His servants to supplicate to Him, for this will ensure their welfare in this life and the Hereafter. Allah said, (Invoke your Lord Tadarru`an and Khufyah) meaning, in humbleness and humility. Allah said in a similar Ayah, (And remember your Lord within yourself) [7:205]

It is recorded in the Two Sahihs that Abu Musa Al-Ash`ari said, “The people raised their voices with supplications but the Messenger of Allah said,(O people! Take it easy on yourselves. Verily, you are not calling one who is deaf or absent, rather, the One you are calling is All-Hearer, Near (to His servants by His knowledge).) Ibn Jarir said that, (Tadarru`an), means obeying Him in humility and humbleness, (and Khufyah), with the humbleness in your hearts and certainty of His Oneness and Lordship not supplicating loudly to show off.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s