Hukum Mengambil Upah Mengajar al-Quran

Oleh Mohd Fikri Alamghiri. 

Imam Ibnu Rushd al Hafid menjelaskan: Adapun meminta upah untuk mengajarkan al-Quran, sekelompok fuqaha berselisih dengan memakruhkannya , namun sebahagian yang lain mengharuskannya. Mereka yang mengharuskannya telah mengqiaskan pada amalan yang lain dan berhujah dengan apa yang diriwayatkan oleh Kharijah Bin al-Somit dari bapa saudaranya beliau berkata:

“Aku telah menerima Islam dari sisi Nabi saw. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata: “Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa kamu ini telah datang dari lelaki (Nabi saw) membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?”. Maka aku katakan kepada mereka: “YA” Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah selama 3 hari setiap pagi dan petang.

 

Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku berkata kepada mereka: “Jangan sehinggalah aku bertanyakan hal ini kepada Nabi saw terlebih dahulu”. Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:”Adakah engkau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?””Tidak!” Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul).

Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.

Hadits yang diriwayatkan daripada Abu Sa‘ed Al-Khudri, beliau berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus kami dalam suatu peperangan, lalu kami singgah berhenti pada suatu kaum. Kemudian kami meminta kepada mereka agar menjamu kami. Tetapi mereka enggan menjamu kami. Lalu ketua mereka disengat (kalajengking). Mereka pun datang berjumpa kami.

Lalu mereka berkata: “Adakah di antara kamu sesiapa yang boleh menjampi untuk mengubat sengatan kalajengking?” Aku (Abu Sa‘ed) berkata: “Ya, tetapi aku tidak akan menjampinya sehingga kamu memberikan kambing kepada kami.” (Salah seorang kaum itu) berkata: “Sungguh, saya akan memberikan kepada kamu tiga puluh ekor kambing.”

Kami pun bersetuju, kemudian aku membacakan kepadanya Al-Hamdulillah (Al-Fatihah) sebanyak tujuh kali. Setelah itu ketua kaum itu pun sembuh dan kami menerima kambing. Dia (Abu Sa‘ed) berkata: “Lalu timbul sesuatu dalam fikiran kami, kemudia kami berkata: “Janganlah tergesa-gesa sehingga kamu menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Dia (Abu Sa‘ed) berkata: “Apabila kami datang menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bagaimana kamu tahu bahawa (surah Al-Fatihah) itu adalah jampi? Terimalah kambing itu dan berilah aku bahagian bersamamu.”

Adapun mereka yang memakruhkan upah dalam pengajian al-Quran, mereka berpendapat bahawa ia seperti mengambil upah dalam mengajar solat bahkan upah yang disebutkan itu adalah dalam hal jampi sama ada jampi dengan ayat al-Quran atau pun selainnya. Meminta upah padanya di sisi kami adalah harus seperti menerima rawatan, sebahagian lain pula berpendapat hal mendapatkan rawatan itu bukanlah hal yang wajib kepada semua manusia, tetapi mengambil upah mengajar al-Quran adalah WAJIB kepada semua orang. 

Jld 2 m/s 168 -169 

Kitab Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid Ibn Rushd Al-Hafid (W595h) 

Jika kita rujuk pula kitab bada’ie al-Sona’ie fi Tartib al-Syara’ie juzuk 4 halaman 191 yang ditulis oleh Ala’uddin al-Kasani al-Hanafi (w587h) seperti berikut. 

Meminta upah untuk berpuasa dan solat (sebagaimana kerja sesetgh ahli Syiah) adalah tidak sah (puak ASWJ menolak perilaku tersebut) kerana ia adalah fardhu ain (pada setiap mukallaf), tidak sah juga meminta upah dalam mengajarkan ilmu kerana ilmu itu fardhu ain, begitu juga tidak sah dalam mengajarkan al-Quran di sisi kami, (Hanafi) namun IMAM AL-SYAFIE berkata: Mengambil UPAH dalam mengajarkan al-Quran adalah HARUS, kerana meminta UPAH pada kerja yang diketahui dengan kadar yang dimaklumi, maka hukumnya HARUS!! 

Al-Hakam bin Utaibah berkata : Tidak aku ketahui seseorang pun (dari kalangan sahabat dan tabi’en) yang memakruhkan untuk mengupah seorang guru. Dan apa yang SAHIH dari ‘Atho dan Abi Qilabah adalah HARUS mengupah guru untuk mengajar al-Quran. Al-Hasan (al-Basri) dan ‘Alqamah di dalam satu pendapat mereka turut mengHARUSkan memberi upah dalam kerja menyalin al-Quran. 

Sila rujuk Kitab al-Muhalla karya Ibn Hazm (w456h) juzuk 8 m/s 196. 

Akhir sekali kita ambil penjelasan dari kitab Tuhfatul Ahwazi karya Abd Rahman al-Mubarakfuri dalam juzuk 6 m/s 191:

Imam al-Syafie memberi izin bagi guru yang mengajarkan al-Quran diambil upahnya. Sependapat dengan al-Syafie beberapa Imam lain seperti Imam Malik, Ahmad, Ishaq (ibn Rahawaih), Abu Tsaur dan selain mereka dari kalangan ulama SALAF dan para ulama selepas mereka. Ulama yang menCEGAH perbuatan tersebut hanyalah Imam Abu Hanifah yang mengharuskannya hanya di dalam jampi sahaja (berpaksikan hadis di atas) sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab syarah Muslimnya. Dan berkata pula Imam al-Hafiz (Ibn Hajar) sesungguhnya dinaqalkan daripada Iyadh (al-Qadhi Iyadh al-Maliki) diharuskan mengambil upah dari mengajarkan al-Quran dari SELURUH ULAMA kecuali ulama Hanafi sahaja. 

Intaha! wassalam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s