Hadith Tawassul

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Assalamualaikum,

Ana menerima pertanyaan tentang hadis Nabi s.a.w. bertawasul kepada para nabi sebelum baginda. Hadis ini wujud dalam sebuah artikel berkenaan tawasul yang pernah diforwardkan ke fikrah net baru-baru ini.

Matan hadis boleh dirujuk di akhir posting ini.

Takhrij hadis:

Ia dikeluarkan oleh:

[1] al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Ausath (Dar al-Fikr, Amman 1999), jld. 1, ms 68-69, hadis no: 189.

[2] al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi), jld. 24, ms. 351, hadis no: 871.

[3] Abu Nu’aim di dalam Hilyah al-Auliya’ (Dar al-Kitab al-‘Arabi 1405H), jld. 3, ms. 121

Semuanya dengan sanad yang berpangkal kepada Ruh bin Sholah.

al-Haithami menyebutnya di dalam Majma’ al-Zawa’id (Dar al-Fikr, Beirut 1994), jld. 9, ms. 414-415, hadis no: 15399 dan beliau berkata:

“Diriwayatkan oleh al-Thabarani di dalam (al-Mu’jam) al-Kabir dan (al-Mu’jam) al-Ausath dan di dalam (sanadnya) terdapat Ruh bin Sholah, beliau dinilai thiqah oleh Ibn Hibban dan al-Hakim namun pada dirinya terdapat kelemahan. Baki para perawi adalah perawi sahih.”

Syaikh Hamidi ‘Abd al-Majid, penyemak kitab al-Mu’jam al-Kabir mengulas di bahagian notakaki:

“Dan adapun Ruh bin Sholah, beliau dinilai thiqah oleh Ibn Hibban dan al-Hakim padahal mereka berdua sedia dikenali bersikap longgar (dalam menilai seseorang perawi – tasahul). Beliau (Ruh bin Sholah) telah didhaifkan oleh Ibn ‘Adi. Berkata Ibn Yunus: Diriwayatkan daripadanya hadis-hadis mungkar. Berkata al-Daruquthni: Dhaif fi al-Hadis. Berkata Ibn Makulan: Dha’if.”

Berdasarkan kaedah celaan diunggulkan atas pujian, maka hadis yang dibawa oleh Ruh bin Sholah ini adalah dhaif.

Menarik untuk diperhatikan bahawa pengarang artikel sebenarnya merujuk kepada edisi al-Mu’jam al-Kabir yang sama dengan ana tetapi dia mengabaikan catitan darjat hadis di bahagian notakaki. Sebaliknya beliau menilainya hasan tanpa menyebut bagaimana dia sampai kepada penilaian tersebut.

wassalam.

 

 

> Date: Fri, 26 Nov 2004 17:19:25 +0800
> To: hafizfirdaus@…, akob73@…
> Subject: Tawasul

Hadith 1

Dalil yg sohih dari Rasulullah, yg mana tatkala meninggalnya makangkat nya Fatimah bt Asad mak kepada Saidina Ali, beliau (Rasulullah) berdoa:

Allah yg menghidupkan dan yg mematikan, engkau hidup dan tidak mati,ampunkan lah dosa2 ibuku Fatimah bt Asad permudahkanlah segala urusannya, maka aku meminta dengan hak nabi mu iaitu nabi2 sebelum ku,sesungguhnya engkau amat pemurah lagi amat mengasihani.

Hadis ini adalah hasan diriwayatkan oleh Tabrani dalam mukjam kabirnyamukjam kabir (871) mukjam ausat (1/152) dan abu nuiam dalam kitab nya3/121.

Hadith 2 (yang ana rasa sama, tetapi ditulis dengan matanyang berbeza)

Bertawassul dengan peribadi Nabi Shallallahu‘alaihi wasalam telah banyak diriwayatkan di dalam hadis-hadis Baginda,di antaranya disebut dalam kitab Al-Majma‘ Az-Zawaid (9/414-415), riwayat daripada Anas bin Malik, bahawa Fatimah binti Asad bin Hasyim iaitu ibunda kepada Ali bin AbiTalib Radhiallahu ànhu telah meninggal dunia.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam masuk ke tempatnya lalu duduk disisi kepalanya dan bersabda: Maksudnya: “Semoga Allah merahmatimu, wahai ibu setelah ibuku. Engkau berlapar tetapi engkau berikan aku kenyang, engkau kurang pakaian,tetapi engkau mencukupkan pakaian ku, dan engkau tidak memakai wangi-wangian, tetapi engkau memberikan aku makanan. Kesemua ini engkau lakukan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah danbalasan akhirat.”

Kemudian Baginda menyuruh memandikannya tiga kali. Manakala hendak memandikannya dengan air yang bercampur dengan kapur(pewangi), maka Baginda sendiri menuangkan airnya dengan tangan baginda. Kemudian Baginda menanggalkan baju luar Baginda dan memakaikannya kepadaIbu ‘Ali dan mengkafannya dengan kain lain di atasnya. Kemudian Baginda memanggil Usamah bin Zaid, Abu Ayyub dan ‘Umar binAl-Khattab serta seorang budak hitam untuk menggali tanah bagi makam nya.
Ketika mereka menggali sampai pada batas lahadnya, Rasulullah pun turutmenggali nya, dan Baginda mengeluarkan tanah dengan tangannya sendiri,lalu Baginda berbaring pada nya dan berdoa:

“Allah yang menghidup dan mematikan, dan Dia sendiri hidup tiada akan mati. Ya Allah, ampunilah ibuku, Fatimah binti Asad, ajarkan hujahnya dan luaskanlah tempatnya demi hak Nabi Mu dan Nabi-nabi sebelumaku. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Mengasihani dari segala yangpengasih. Baginda pun bertakbir empat kali dan mereka (iaitu) Bagindasendiri, Al-Abbas dan Abu Bakar, memasukkan mayat itu.”

(Hadis riwayat At-Thabarani – dalam Kitab Al-Kabir & Al-Awsath)
(Al-Haitami, Majma‘ az-Zawaid: 9:414-415)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s