Dua hadis yang digunakan sebagai dalil Mawlid.

Saya merujuk kepada artikel di:

http://groups.yahoo.com/group/fikrah/message/28234

Keseluruhan artikel tersebut membenarkan amalan Mawlid berdasarkan dua buah hadis. Berikut ulasan saya kepada hadis-hadis tersebut:

Hadis Pertama:

Explaining the previous verse, An-Nasaa`i and `Abdullaah Ibn Ahmad report in Zawayd Al-Musnad and Al-Bayhaqi in Shu’ab Al-Iman reports on the authority of Ibn Ka`b that he said that the Prophet, peace and blessings be upon him, said: “The days of Allah” are Allah’s Blessings and Signs, and the Prophet’s birth is a great bliss. (Al- Aloosi’s Rooh Al-Ma`aani).

 

Jawab HF:

Rujukan saya ialah kitab Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim wa al-Sabi’ al-Muthani (tahqiq: ‘Ali ‘Abd al-Bari; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1994), jld 6, ms 178 (Tafsir surah Ibrahim, ayat 1-34).

Berkata al-Alusi:

Dan dikeluarkan oleh al-Nasai dan ‘Abd Allah bin Ahmad di dalam Zawa’id al-Musnad dan al-Baihaqi di dalam Syu’abu al-Iman dan selainnya daripada ‘Ubay bin Ka’ab daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dia (Nabi) telah menafsirkan perkata “Hari” di dalam ayat (Ibrahim 14:05) sebagai nikmat Allah dan tanda-tanda-Nya. Dan diriwayatkan yang sedemikian oleh Ibn al-Manzhur daripada Ibn ‘Abbas dan Mujahid…….

Sekian al-Alusi.

TIDAK ADA TAMBAHAN TENTANG KELAHIRAN NABI S.A.W.

Rujukan saya yang kedua ialah Ruh al-Ma’ani edisi tanpa tahqiq terbitan Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut tp.thn, jld 13, ms 188 dan ia adalah sepertimana di atas: TIDAK ADA TAMBAHAN TENTANG KELAHIRAN NABI S.A.W.

Hadis Kedua:

Muslim reports on the authority of Qatadah Al-Ansaari that the Prophet, peace and blessings be upon him, was asked about fasting on Monday and he replied: “It is the day on which I was born and on which I received the Divine Revelation”.

Jawab HF:

Hadis ini sahih akan tetapi semua orang tahu bahawa Hari Isnin berlaku sekali setiap minggu dan bukan sekali setiap tahun. Kerana itu kita berpuasa sunat Isnin setiap minggu dan bukan sekali setahun. Jika hendak dijadikan hadis di atas sebagai dalil, maka sambutan Mawlid sebenarnya hendaklah setiap Isnin setiap minggu dan bukannya sekali setahun.

Hakikat bahawa sambutan Mawlid hanya sekali setahun dan tidak semestinya pada Hari Isnin dengan sendirinya membatalkan penggunaan hadis di atas sebagai dalil untuk mengsunnahkan Mawlid.

Sekian ulasan saya. Peringatan kepada yang ingin menyambut Mawlid: Janganlah cuba membenarkan amalan ini dengan cara memutar belit hadis Nabi dan membuat fitnah di atas nama ulama’ dan kitab mereka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s