Doktor Jin

Assalamualaikum w.b.t


Kita guna ubat-ubat dalam bentuk pil sebagai satu usaha untuksembuh dan kita yakin yang sebenarnya Allah yang sembuhkan? So kalau macam tu, guna jin bolehlah sebab kita tahu yang sebenarnya Allah yang sembuhkan. Maksud ana kat sini, jin tu hanya satu method usaha…

———————-

Jawab THTL

Wa ‘alaikumsalam wbt

Hadis yang mengelirukan yang bertanya ialah berbunyi :

“Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat itu berjaya mengalahkan penyakit, berlakulah kesembuhan dengan izin Allah.”

(Muslim, Sahih, kitab 39, bab 26 # 2204)

“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Ia menurunkan untuknya syifaa’ (penyembuh).”

(Ibn Majah, Sunan/31/1/#3439; alHakim, alMustadrak: 4/Kitab Tibb/399)

Dua hadis ini mendorong atau memberi motivasi kepada umat Islam untuk mencari ubat untuk menyembuhkan penyakitnya…tapi bukan dengan menggunakan Jinn.

Manakala Jinn bukanlah ubat tapi bertambahnya penyakit manusia.

Dalil:

” Bahawasanya ada beberapa orang dari manusia yang meminta pertolongan dari beberapa jinn, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka.” (Al-Qur’an 72:06)

Raja Jinn telah bersumpah keatas manusia:

“Sesungguhnya jika Engkau (Allah) menangguhkan aku sampai hari Qiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya kecuali sebahagian kecil sahaja (yang beriman).” (Al-Qur’an 17: 62)

“Patutkah kamu menjadikan syaitan dan keturunannya (jin) sebagai teman karib dan pelindung yang lain dari Aku sedangkan mereka adalah musuh bagi kamu sekalian.” (Al-Qur’an 18: 50)

“Bahkan mereka menyembah Jinn, kebanyakan mereka mempercayai jinn itu” (Al-Qur’an 34: 41)

“Dan Kami telah menciptakan Jinn sebelumnya (Adam) dari api yang sangat menyala (pucuk api).” (Al-Qur’an 15: 27)

“Syaitan (dari jenis jinn) yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia.” (Al-Qur’an 114: 5-6)

“Telah ditetapkan terhadap syaitan (jinn) itu barangsiapa yang mengawani akan dia, tentu dia akan menyesatkannya dan membawanya kepada siksaan Neraka.” (Al-Qur’an 22:3-4)

“Apabila kamu hendak membaca al-Qur:an, mintalah perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Al-Qur’an 16: 98)

“Dan ingatlah hari di kala Allah menghimpunkan mereka semuanya (jinn dan manusia di mahsyar):” Wahai golongan Jinn, sungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia..” (Al-Qur’an 6: 128)

Kata Qurthubi, meminta pertolongan dari jinn itu adalah perbuatan kufur dan syirik.

Fatwa syaikhul Islam Ibn Taymiyah, tidak boleh menggunakan jinn dalam urusan ghaibiyat seperti perubatan kerana terbukti bangsa Jinn itu adalah sebahagian alam ghaib, mereka melihat kita dan kita tidak mampu melihatnya. Sukar utk mengetahui manakah jin islam, kafir atau munafiq.

(Al-Furqan ms 148), Majmu‘ fatawa Jilid 11 yang dipetik oleh Dr Umar Sulaiman al-Asyqar dari Jordania, ‘Alamul Jinn wa Syayathin)

Hujah Syaikhul Islam:

1. Jika benar boleh menggunakan jinn, sudah tentu Nabi SAW dan para salaf telah melakukannya. Sedangkan Nabi SAW selalu berzikir supaya dijauhkan dari syaitan dan gangguan jin .

2. Kaedah sadd adz-Zara’iy (menutup lubang2) dalam kes ini ialah menutup lubang syirik dan dosa.

3. Sudah diberitahu dengan sejelas-jelasnya dalam Kitab dan sunnah akan asal usul kejadian Jinn dan sifat-sifatnya yang mendorong permusuhan, dzalim, dendam dan berbolak balik sifatnya.

Maka menjawab soalan anda:

Ubat dalam bentuk pil itu adalah hasil ciptaan manusia sendiri dan dikenali melalui experimental medical sciences, manakala menggunakan perkhidmatan jinn adalah mengundang mudharat kerana Allah telah memberitahu bahawa jinn itu bukan ubat, kawan atau rakan, tapi musuh kamu yang nyata.


Dalilnya:

“sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.”

Tambahan:

Bukti disepanjang sejarah, pawang, dukun, witchdoctor, magicians yang menggunakan perkhidmatan jinn, diseluruh dunia telah menimbulkan pelbagai kesengsaraan kepada manusia yang jahil. Antaranya negara seperti Indonesia, Afrika dan India, bomoh dan dukun yang mendakwa menggunakan jinn telah mendatangkan kesengsaraan kepada umat manusia..Kajian JAKIM mendapati lebih dari 85% alam perbomohan di Nusantara adalah berunsurkan syirik (termasuk mengkhadamkan jinn).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s