Dasar Ketiga: Menyelaraskan rukun-rukun keimanan dengan arus semasa.

Dasar Ketiga: Menyelaraskan rukun-rukun keimanan dengan arus semasa.

Akhirnya kertas kerja tersebut menekankan bahawa umat Islam masa kini memiliki satu cabaran yang hebat, iaitu bagaimana untuk menyelaraskan rukun-rukun keimanan kita (reconcile the tenets of our faith) kepada cabaran kemodenan, kepelbagaian dan perubahan semasa. Termasuk daripada cabaran ini ialah bagaimana seharusnya kita umat Islam menentukan ciri-ciri moral yang selari secara universal dengan nilai-nilai demokrasi (kesepakatan orang ramai), hak kemanusiaan dan hak wanita, serta di manakah kedudukan Islam terhadap nilai-nilai moral yang sentiasa berubah di dalam dunia yang serba moden ini?

 

Analisa:

Di atas bukanlah cabaran tetapi masalah yang dihadapi oleh tidak sedikit daripada umat Islam masa kini. Masalah tersebut ialah bersifat “mengalah” kepada arus semasa. Pemikiran yang “mengalah” ini lahir daripada kehinaan yang wujud dalam diri seorang muslim dan mukmin, hasil daripada kesan penjajahan pada masa lalu dan sifat ketinggalan pada masa kini yang dihadapi oleh umat Islam. Ini sebagaimana yang saya terangkan sebelum ini dalam risalah Membongkar Aliran Islam Liberal.

Perasaan hina tersebut amatlah berat sehingga dianggap jalan keluar bukan sekadar “menafsirkan semula Islam” tetapi “menyelaraskan rukun-rukun keimanan” kepada arus semasa. Sungguh, ini tidak akan membawa kepada kemuliaan tetapi justeru kehinaan yang lebih buruk.

Oleh itu apa yang ditekankan dalam Dasar Ketiga di atas bukanlah cabaran hebat yang dihadapi oleh umat Islam. Cabaran hebat yang sebenar ialah menterjemahkan kedua-dua firman Allah berikut ini:

“Dia-lah (Allah) yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (Islam), supaya Dia meninggikannya (Islam) atas segala agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang hal itu).” [Maksud surah al-Fath 48:28]

“Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Islam) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (yang lain tentang benar dan salah) dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” [Maksud surah al-Baqarah 2:143]

Cabaran yang pertama, sebagaimana ayat 28 surah al-Fath, ialah membuktikan Islam sebagai agama yang tertinggi di atas segala agama lain. Sifat “tinggi” yang dimaksudkan bukan sahaja dari sudut ketenteraan tetapi juga dari sudut kepimpinan yang mampu memimpin manusia ke arah kemuliaan, kejayaan, keselamatan dan kebahagiaan yang jauh lebih baik daripada apa-apa agama mahupun doktrin ciptaan manusia.

Cabaran yang kedua ialah kita sebagai orang muslim dan mukmin perlu memainkan peranan untuk meninggikan agama Islam dengan menjadikannya pemimpin kepada arus semasa. Kita, bukan apa dan sesiapa lain, yang sepatutnya menerangkan apa yang baik dan apa yang buruk. Dengan itu juga cabaran-cabaran kemodenan, kepelbagaian, perubahan semasa, moral yang baik dan buruk, hak kemanusiaan dan hak wanita patut diselaraskan kepada nilai-nilai Islam dan bukan sebaliknya.

Hanya apabila kita melaksanakan dua cabaran di atas, kita layak menggelar diri kita seorang muslim dan mukmin. Justeru saya mengingatkan diri saya dan semua para pembaca agar tidak dengan mudah berkata “I speak from the perspective of a Muslim, a believer, ……”. Ini kerana menggelar diri sebagai seorang muslim memiliki tanggungjawab yang amat berat.

Ciri-ciri seorang muslim adalah dia menjadikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai saksi yang menerang apa yang benar dan apa yang salah berdasarkan risalah Islam yang dibawa oleh baginda. Seterusnya berdasarkan risalah Islam tersebut, seorang muslim menjadi saksi yang menerangkan kepada manusia yang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah. Di samping itu seorang muslim juga mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat tahunan. Kemudian apabila mereka berhadapan dengan sesuatu masalah atau cabaran, mereka tidak mencari jalan penyelesaian yang lain kecuali berpegang teguh kepada jalan Allah. Ini dilakukan oleh seorang muslim kerana mereka menyakini bahawa Allah sahajalah yang merupakan sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan.

Semua sifat dan tanggungjawab seorang muslim sepertimana di atas telah diperincikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Allah menamakan kamu “al-Muslimin” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula menjadi saksi yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang benar dan salah). Oleh itu dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia-lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia-lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” [al-Hajj 22:78]

Kesimpulan:

Sama-sama dapat kita perhatikan bahawa dasar-dasar yang kita analisa di atas amat berjauhan – malah bercanggah – dengan dasar-dasar al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ia juga tidak dapat diterima oleh pemikiran yang sihat lagi adil. Semua ini menimbulkan satu persoalan, dari manakah munculnya dasar-dasar tersebut?

Wujud satu kemungkinan.

Forum Enforcing Public Morality dianjurkan oleh Liberal Forum Malaysia dan Friedrich Naumann Foundation. Adalah selamat untuk dikatakan bahawa Friedrich Naumann Foundation adalah penganjur utama forum tersebut. Ini kerana nama pertubuhan ini tercatit dengan besar di belakang pentas forum. Lebih dari itu, Friedrich Naumann Foundation turut memberi liputan teks dan bergambar kepada forum tersebut. Teks dan gambar tersebut boleh dirujuk di: (http://www.fnfmalaysia.org/Campaign/276). Timbul persoalan: Apa dan siapa Friedrich Naumann Foundation?

Friedrich Naumann Foundation adalah sebuah pertubuhan liberal yang diasaskan di negara Jerman pada tahun 1958. Dasar-dasar pertubuhan ini telah dinyatakan secara padat dalam satu perenggan di laman web mereka sebagai:

The Friedrich Naumann Foundation is committed to liberalism. Liberalism, in the classic European sense of the word, calls for the advancement of individual freedom. It requires the strengthening of democratic structures, the reduction of state interventionism, the advocacy of decentralization and  privatization, the cutting of existing state regulations and of bureaucratic red tape in our daily lives. [http://www.fnstusa.org/Startpage.htm]

Friedrich Naumann Foundation juga memiliki minat yang mendalam tentang hal ehwal umat Islam, khasnya dalam menafsirkan semula Islam mengikut arus semasa. Antara lain sila rujuk artikel-artikel mereka di dua link berikut:

http://www.fnfmalaysia.org/Human_Right_Islam_Resouces/225

http://www.fnst.org/africa_news_archive/News/gershman.htm

Kembali kepada dasar-dasar pertubuhan Friedrich Naumann Foundation, mungkinkah “kebebasan individu adalah melalui pengukuhan struktur demokrasi” yang dimaksudkan sewarna dengan “kebebasan tingkah laku moral melalui kesepakatan orang ramai”? Mungkinkah “pengurangan kawalan negara, undang-undang atau badan tertentu terhadap kebebasan individu” yang dimaksudkan secorak dengan “isu moral bukanlah urusan pemerintah atau undang-undang”? Mungkinkah “liberalism” yang dimaksudkan senafas dengan “menyelaraskan rukun-rukun keimanan dengan arus semasa”?

Saya menyerahkan persoalan-persoalan di atas kepada kajian dan analisa para pembaca sekalian. Yang jelas, Friedrich Naumann Foundation bukan sekadar penganjur kepada forum Enforcing Public Morality. Ini dapat diperhatikan dalam kesimpulan mereka dalam liputan terhadap forum tersebut:

However, the different positions among the discussants also made it very clear that the desired unity among the Muslim faithful does not exist and that there is no consensus in the Muslim community on the moral laws called upon by PAS. This refutes their claim to represent the umma. Even less, of course, can they represent those members of society, who do not follow the Muslim faith. [http://www.fnfmalaysia.org/Campaign/276]

Saya mengakhiri penulisan ini dengan sekali lagi mengingatkan diri saya dan para pembaca sekalian agar tidak dengan mudah berkata I speak from the perspective of a Muslim, a believer, a feminist and an activist who believes that Islam is just, that God is just.” Jika kita benar-benar beriman bahawa Islam adalah adil dan Allah adalah Maha Adil, maka buktikanlah ia dengan menjadikan Islam sebagai jalan yang memberi penyelesaian terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

Islam yang saya maksudkan bukan Islam versi tertentu atau yang dicedok dari sumber asing, tetapi Islam yang diredhai oleh Allah yang Maha Adil. Kita tidak akan mengetahui apa dan bagaimana Islam yang diredhai oleh Allah melainkan kita merujuk kepada kitab-Nya, yakni al-Qur’an dan tunjuk ajar Rasul-Nya, yakni Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Merujuk kepada al-Qur’an bukanlah dengan menyelaraskan al-Q

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s